Masa ayah hidup, keluarga ayah selalu minta duit. Masa ayah meninggaI sorang pun tak datang tengok. Tapi lepas tu mereka datang tuntut harta

Masa ayah s4kit teruk, pakcik makcik masih minta duit macam biasa. Ayah aku yang dah lemah terbaring pun masih transfer duit pada mereka. Tapi bila ayah akhirnya meninggaI, seorang pun tak datang melawat, tak ada yang tolong angkat jen4zah..
#Foto sekadar hiasan. Aku tahu, kalau ada ahli keluarga aku yang baca cerita ni, mesti terus tahu siapa yang aku maksudkan. Tapi aku tetap nak luahkan apa yang terpendam dalam hati ni, sebab aku selalu je dilabel kurang ajar, padahal segala yang aku lalui tu datang dari layanan mereka sendiri.

Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana, tinggal berdekatan dengan atuk dan nenek. Semuanya nampak baik – baik saja sehingga ayah aku jatuh s4kit dan akhirnya meninggaI dunia. Sebelum tu, hidup kami agak tenang, walaupun ada ketegangan kecil yang aku perasan tapi tak ambil pusing sangat masa kecil dulu.

Ayah aku memang amat taat pada mak ayah dia. Sampai pernah berg4duh besar dengan mak aku gara – gara benda tu. Aku tak kisah sangat, tapi dalam Islam, nafkah utama suami adalah pada isteri dan anak – anak, baru kemudian pada mak ayah kalau dah berkahwin. Tapi ayah aku lain.

Setiap kali dia beli makanan atau barang apa pun untuk rumah kami, mesti kena beli double untuk rumah atuk nenek sebab ada pakcik dan makcik yang tinggal sana. Pakcik dan makcik aku kebanyakannya kerja pegawai, gaji tetap, tapi entah kenapa, nak beli apa – apa pun mesti minta duit dengan ayah aku.

Ayah aku pula baik hati giIa, sampai simpan nombor akaun semua adik beradik dia dan anak saud4ra dalam telefon. Dia curi – curi transfer duit pada mereka setiap bulan tanpa pengetahuan kami. Kami tahu benda tu baru lepas dia meninggaI, masa kami buka telefon arw4h untuk uruskan hal – hal lain.

Ayah aku kerja biasa je di kampung, tapi hidup nampak mewah sebab kos sara hidup rendah. Bayangkan, nak makan pun kena libatkan ayah aku. Nak beli barang rumah tangga untuk rumah atuk nenek pun ayah aku yang kena tanggung. Kami anak – anak mula rasa hati sikit demi sikit.

Ada satu kali, aku nak beli kasut sekolah baru sebab yang lama dah rosak teruk, tapi ayah cakap duit tak cukup bulan ni sebab baru tolong pakcik bayar ansuran kereta. Aku diam je, tapi dalam hati dah mula tertanya – tanya kenapa kami kena berk0rban untuk orang yang sebenarnya mampu.

Masa ayah s4kit teruk, pakcik dan makcik masih minta duit macam biasa. Ayah aku yang dah lemah terbaring pun masih transfer pada mereka. Tapi bila ayah akhirnya meninggaI, seorang pun tak datang melawat ke hospitaI atau ke rumah. Tak ada yang tolong angkat jenazah, tak ada yang datang ziarah mak aku yang sedang sedih giIa.

Pastu mulalah isu harta. Harta ayah aku sebenarnya tak ada apa sangat, semuanya milik mak aku sebab ayah cuma pencari duit je. Tapi atuk nenek dan adik beradik ayah tiba – tiba kata arw4h pernah janji nak berikan tanah kampung atau barang – barang tertentu pada mak ayah dia kalau dia meninggaI.

Kami semua tak pernah dengar langsung pasal janji tu. Tiba – tiba je keluar cerita macam tu masa majlis tahliI. Ada satu malam, pakcik aku datang rumah dengan marah – marah, cakap kalau kami tak serah benda yang kononnya dijanjikan tu, mak ayah dia akan s4kit hati dan arw4h tak tenang dalam kubvr.

Mak aku menangis sorang – sorang lepas mereka balik. Aku dan adik – adik terp4ksa duduk berbincang panjang, akhirnya kami serah je semua yang mereka tuntut sebab tak nak jadi punca arw4h siksa. Padahal harta tu sikit je, tapi bagi mereka yang kerja bandar dan gaji besar, macam penting sangat nak rebut benda tu dari anak yatim.

Selepas tu, kami macam tak wujud langsung dalam keluarga besar. Nafkah untuk mak aku dalam iddah dan untuk kami anak – anak yang masih kecil tak ada langsung dari w4ris lelaki macam yang sepatutnya dalam Islam. Sepuluh sen pun tak ada. Sekolah pun susah, mak aku kena kerja lebih masa untuk tampung kami.

Part yang buat aku gelak sinis, rumah atuk nenek penuh dengan gambar family besar, tapi langsung tak ada gambar keluarga kami. Yelah, ayah dah tak ada, mana ada lagi yang bagi duit atau harta pada mereka. Banyak lagi cerita kecil yang buat hati aku pedih.

Macam hari raya, mereka buat kenduri besar, tapi kami tak dijemput. Atau bila ada kenduri kahwin anak saud4ra, kami tak dipanggil langsung. Aku sampai sekarang buat tak tahu je, tak tegur, tak datang majlis mereka. Kononnya aku yang kurang ajar, cerita aku disebar – sebar pada saud4ra lain.

Aku respect mak aku yang sabar dan tak pernah mengeluh depan orang. Dia faham keadaan dan tak nak g4duh. Tapi untuk pakcik makcik aku tu, aku tak boleh terima langsung layanan mereka sebelum dan selepas ayah meninggaI. Hutang ayah aku yang tolong selesaikan dulu, sekarang bila ayah tak ada, anak – anak dia dibuang macam sampah.

Jangan salahkan orang lain kalau kami jadi kurang ajar. Kadang – kadang kena cermin diri sendiri, apa yang kita buat pada orang lain tu akan balik pada kita jugak. Aku tahu, dalam Islam nafkah isteri dalam iddah dan nafkah anak yatim terletak pada w4ris lelaki sampai anak tu dewasa, baru ikut faraid.

Bukan ambil faraid dulu, lepas tu buat tak tahu langsung pada anak si m4ti. Aku tetap percaya pada janji Allah tentang harta anak yatim dan balasan atas penganiayaan. Cuma aku tertanya – tanya, salah ke aku menjauhkan diri dan buat tak tahu dengan saud4ra mara yang layan kami macam ni? Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :