
Aku selalu berdoa minta diberikan hidayah dan taufik dalam hidup aku. Dalam tak sangka, Allah betul – betul hadirkan seorang wanita bernama Hidayah. Sebagai skandal suami aku sendiri. Lucu bukan? Semuanya bermula bila Kamil membeli kereta baru..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku memendam untuk bercerita, tetapi baru saat ini aku diberi kekuatan untuk mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati aku. Aku Anne, seorang suri rumah, mempunyai empat orang cahaya mata.
Aku cukup sayang keluarga aku, anak – anak aku. Sepuluh tahun lebih usia perkahwinan aku. Beza umur aku dan suami aku, dia empat tahun lebih tua daripada aku. Aku gelarkan dia Kamil. Sebelum berkahwin aku pernah bekerja. Selepas kahwin, hidup aku hanya fokus pada keluarga semata – mata.
Bukan aku tak mahu bekerja, tapi disebabkan jarak anak – anak rapat dan masih kecil, aku membuat keputusan untuk fokus sahaja pada anak – anak. Kini anak sulung sepuluh tahun, yang keempat jarak jauh sedikit, berumur sepuluh bulan.
Pendek cerita, aku tak tahu nak mula dari mana, tapi setiap kali aku teringat namanya di man a- mana, hatta nama masjid sekalipun, buat diri aku tr1gger, teringat benda -benda yang boleh buat hati aku terh1ris seperti disi4t – si4t.
Aku terfikir, adakah aku salah berdoa? Terlalu sebut tak tahu makna, atau kebetulan? Aku selalu berdoa minta diberikan hidayah dan taufik dalam hidup aku. Dalam tak sangka, Allah betul – betul hadirkan seorang wanita bernama Hidayah. Sebagai skandal suami aku sendiri. Lucu bukan?
Tapi itulah hakikatnya. Semuanya bermula bila Kamil membeli kereta baru dan Kamil cuba nak sambung USB telefon dengan pemain kereta, terus muncul satu nama perempuan di situ. Aku tak tegur, aku diam. Jelas nama Hidayah. Kamil pula tak panik, tenang. Cepat – cepat dia cabut.
Anak sulung aku menyebut, “eh siapa Hidayah tu ayah?” Tiada balasan. Sunyi. Aku bukan sejenis cemburu buta. Aku tak kisah kalau itu sekadar rakan sekerja. Dan aku tak menyoal satu pun dan aku abaikan. B0doh rasanya teringat balik kenapa aku tak cepat – cepat ambil nombor yang tertera di skrin itu.
Sehinggalah saat waktu ulang tahun kelahiran aku, Kamil ajak aku dan anak – anak sambut bersama. Aku dan anak – anak seronok makan bersama, seterusnya membeli – belah. Kamil belikan kasut kasut sukan kesukaan aku walau harganya cecah empat ratus ringgit.
Lagi bertambah gembira dan sayang aku pada Kamil. Akan aku jaga kasut ini sebaik – baiknya, aku nekad. Pulang sahaja ke rumah, aku berdua dengan Kamil di bilik. Aku mengusik, berseloroh. Aku ada minta satu lagi untuk hari jadi aku hari itu.
Kamil bertanya, jika boleh dia akan tunaikan. Aku minta untuk periksa telefonnya. Terus wajah Kamil berubah. Aku cuba memujuk dan mengusik lagi. Kamil macam endah tak endah tanpa memandang wajah aku. Aku dapat agak petanda itu.
Aku bertanya lagi, jika tiada apa – apa, kenapa perlu sorok? Kamil menjawab memang tak boleh kalau minta telefon, banyak rahsia kerajaan. Terus aku berterus terang, “abang, ada perempuan lain ke selain aku?” Kamil terdiam. Lama aku tunggu jawapan. Pujuk dan pujuk akhirnya Kamil mengaku, ya, ada. Aku masih tenang. Aku tanya siapa, kenal di mana, bila.
Kamil menjawab semua pertanyaan aku dengan jujur tanpa rasa bersalah. Kamil meluahkan hasrat ingin berkahwin dengan Hidayah. Aku tergamam. Diam. Mengalir air mata aku seder4s – der4snya. Rupanya sudah lama melamun cinta dengan Hidayah sejak anak nombor tiga hampir enam tahun. Aku kecewa, aku rasa tertipu, aku rasa aku dikhi4nati.
Kasut yang tadi nak saja aku lempar keluar. Aku jadi hilang pertimbangan. Ya, memang salah aku sebab aku yang tanya. Tapi aku ambil peluang ini sebagai perbualan sebelum tidur dengan Kamil memandangkan moodnya okey. Tapi aku tersilap, akhirnya menjer4t diri sendiri.
Hidayah muda setahun daripada Kamil. Hidayah dan Kamil hampir cecah usia empat puluhan. Masih anak d4ra. Aku terkedu. Kenapa Hidayah? Kamil cerita Hidayah dulu adalah cinta junior di zaman universiti. Jadi mereka berjumpa semula di masjid salah satu universiti itu beberapa tahun lepas. Aku hanya senyum sinis.
Malam itu aku hilang pertimbangan. Aku jadi benci tengok Kamil, sangat – sangat benci. Walau Kamil cuba memujuk, aku tetap diam seribu bahasa. Aku tak meIawan, cuma aku abaikan. Aku cuba korek lagi rahsia Kamil dan Hidayah.
Paling aku sedih ketika aku dan Kamil tunaikan haji dua tahun sebelum itu, di Padang Arafah, aku bersungguh – sungguh minta maaf salah silap aku sepanjang aku jadi isteri Kamil. Apa kesalahan aku, nak aku baiki, tegurlah aku. Kamil hanya diam.
Dan aku bertanya Kamil jika dia ada apa – apa nak beritahu atau luah pada aku. Kamil hanya menggeleng. Bila malam kejadian itu, Kamil cerita semula dan jawab pertanyaan aku. Kamil beritahu waktu Arafah itu dia doa agar aku lembut hati untuk terima Hidayah dalam hidup aku.
Lagi bertimpa – timpa beban atas kepala aku bila aku dengar dari mulut Kamil sendiri. Bertambah benci membuak – buak rasa amvkan dalam diri aku. Tapi aku masih kawal sebab aku masih nak korek hingga aku dapat kenal wajah Hidayah.
Aku minta maaf aku tak boleh cerita secara terperinci, sangat panjang untuk aku ceritakan. Sampailah beberapa minggu aku masih benci dengan Kamil. Aku cuba kawal marah aku. Aku jaga anak – anak, masak, urus rumah tangga seperti biasa. Cuma Kamil aku tak boleh tengok.
Sedih orang yang aku sayang susah senang dari kami kosong bersusah payah dan berkahwin, senang – senang tipu aku main belakang aku hidup – hidup. Kadang – kadang Kamil bekerja luar kawasan laut. Kamil pernah cerita waktu itu dia pernah buat panggiIan video dengan Hidayah. Remuk h4ncur hati aku, macam – macam aku terbayang. Satu soalan aku tanya Kamil, pernah terlanjur? Kamil jawab tak.
Sedang diri aku terumbang – ambing huru – hara uruskan anak – anak sendirian ketika Kamil bekerja luar kawasan atau ke luar daerah, Kamil masih berani main belakang aku. Sangat k3jam. Masih ada masa terluang. Bukan sibuk seperti didakwa. Kalau sibuk, tak ada masa untuk semua benda remeh ini.
Aku senang sahaja. Aku bukan menafikan hak berpoligami, tapi aku marah sebab aku dikhi4nati. Tempoh percintaan mereka empat tahun. Bayangkan ibarat kau b0doh sayang dia seorang, sedangkan hati dia ada orang lain. Sangatlah b0doh.
Sehinggalah aku berdepan sekali lagi dengan Kamil. Walau suasana memang tegang, aku tanya Kamil jika diberi pilihan, Kamil memilih aku atau Hidayah. Kalau Kamil memilih Hidayah, aku minta dilepaskan. Tanpa berfikir panjang, Kamil terus tarik tangan aku, campak beg pakaian aku dan anak – anak untuk keluar dari rumah. Kamil seolah – olah dirasuk.
Anak – anak waktu itu sudah tidur. Kamil memaksa aku kemas pakaian. Sehinggalah aku sendiri menangis kenapa kerana Hidayah kita berantakan. Kamil memberi amaran kalau aku tak keluar, dia sendiri akan keluar. Biar dua – dua tak dapat, jerit Kamil.
Aku tetap berkeras tak keluar rumah. Akhirnya Kamil yang keluar dan Kamil balik dua hari selepas aku pujuk anak – anak yang rindu dan tanya di mana Kamil. Aku cuba cari apa salah aku. Aku gagal ke? Aku tak cantik di mata Kamil? Aku dah tak berharga untuk Kamil lagi ke?
Sehinggalah aku tak putus asa, aku berdepan lagi entah kali ke berapa tanpa aku serik untuk diherdik, selagi Kamil tak ceritakan punca utama dia jadi begitu. Akhirnya Kamil beritahu, setiap kali pulang rumah topik aku cakap hanya rumah dan anak – anak. Itu sahaja.
Sedangkan Hidayah macam – macam topik, saling bertukar idea dalam bekerja. Untuk pengetahuan, Hidayah bukan sama bidang dengan Kamil dan bukan satu tempat kerja. Seorang di barat, seorang di timur. Aku rasa diri aku ni aneh, bosan betul aku ni sampai tak ada topik untuk aku borak, punca isu Kamil ada skandal.
Aku cuba selepas itu cari satu atau dua topik hal semasa sebagai buah bicara setiap kali Kamil pulang rumah. Mungkin boleh berubah. Sama sekali tak. Sebenarnya aku masih menjaga penampilan aku walau aku di rumah. Bukan bau bawang atau selekeh. Aku sentiasa bersedia.
Kamil hanya makan masakan yang baru masak. Jadi aku akan pastikan aku masak ikut masa Kamil hampir balik rumah. Semua tersedia, lauk nasi masih panas. Sampai satu tahap aku dah tak boleh tahan per4ngai Kamil yang abaikan aku selepas kes keluar rumah tempoh hari.
Kamil dingin dengan aku. Tak bercakap. Hanya anak – anak Kamil layan. Aku dah tak boleh nak tanggung keseorangan. Terasa giIa. Kadang – kadang ada waktu kami baik, kadang – kadang kami berg4duh. Sehinggalah aku disahkan mengandung anak keempat.
Sebelum terbongkar skandal, aku dah dua kali keguguran. Aku tahu akhirnya jawapan aku terjawab. Allah nak tunjuk, Kamil ada perempuan lain. Allah tolong aku waktu itu. Tapi bila mengandung kali ini hidup aku berganda tekanan.
Kamil masih hubungi Hidayah. Aku mengalah. Aku turutkan hasrat Kamil untuk ambil Hidayah jadi madu aku, tapi aku nak balik rumah mak aku dan anak – anak untuk bertenang. Seminggu anak – anak tak ke sekolah atas masalah ini.
Aku biarkan Hidayah buat keputusan. Aku sudah lelah penat dengan semua ini. Dengan syarat, aku minta Kamil beritahu Hidayah yang aku sedang mengandung. Kamil setuju. Mak ayah aku hanya ikut keputusan aku walau mereka tetap bantah tindakan aku. Aku fikir anak – anak aku. Aku tak akan mengalah.
Aku minta Kamil bawa aku berjumpa Hidayah jika dia betul – betul serius dengan hubungan ini. MaIangnya Kamil maklumkan pada aku Hidayah sudah ada calon yang dicari oleh orang tua Hidayah. Aku seolah tak percaya. Tak mungkin secepat itu.
Bukankah bercinta serius hingga nak kahwin. Atau mereka berdua mereka – reka cerita untuk jaga perasaan aku. Sehinggalah pada itu aku dah tak tanya lagi tentang Hidayah. Aku selamat bersalin secara pembedahan, padahal anak – anak aku sebelum ini semuanya normal.
Alhamdulillah aku masih diberikan nyawa untuk jaga anak – anak aku. Menangis aku terkenang adakah kerana sebab d0sa aku meIawan Kamil selama ini. Kamil menjaga aku sangat baik waktu aku berpantang. Ya, hikmah aku nampak aku bersalin secara pembedahan, berbeza layanan Kamil waktu anak – anak sebelum ini bersalin normal. Dulu semua mak aku yang uruskan.
Aku ingat dengan aku mendiamkan diri selama ini dan Hidayah pun sudah berkahwin, Kamil tak lagi hubungi Hidayah. Ternyata sangkaan aku meleset. Selepas beberapa bulan, waktu itu Kamil bawa aku dan anak – anak keluar seharian.
Malam itu Kamil minta untuk keluar atas alasan ada kerja perlu diselesaikan mesyuarat atas panggiIan. Kamil tak boleh buat kerja di rumah kerana ketika itu aku di rumah mak aku dan ada adik beradik lain riuh rendah berkumpul. Aku faham kerja dia.
Aku hulur tangan salam dan pesan pada Kamil lepak di mana – mana maklum pada aku dan jangan balik lewat sangat. Setengah jam kemudian aku periksa telefon Kamil masih tak beritahu lokasi dan aku mesej Kamil sepatah. Aku teringat telefon anak aku siang tadi tertinggal dalam kereta dan aku periksa lokasi telefon, ternyata Kamil sedang menuju ke suatu tempat dengan kereta api bandar.
Aku sangat terk.jut. Hati aku bercampur baur. Masih pilih untuk tenang tanpa rosakkan suasana keluarga adik beradik aku di rumah. Aku perhatikan lokasi telefon hampir sejam di tempat yang sama. Kemudian barulah Kamil balas, dia lepak kawasan rumah aku sahaja. Aku hanya menggeleng kepala memaki dalam hati. Masih tak jujur lagi?
Sampailah Kamil tiba di rumah lewat satu pagi. Aku bertanya ke mana, jawapan masih sama. Lepak kawasan berdekatan. Dua tiga kali aku minta Kamil jujur, Kamil masih menafikan. Aku beritahu telefon anak dalam kereta, jangan tipu aku. Terus air muka Kamil berubah.
Kamil mengaku pergi berjumpa Hidayah. Sekadar hantar barang sokongan pinggang. Kamil pernah cerita Hidayah ada s4kit kronik, selain tulang belakang bermasalah. Entah betul atau tak aku pun tak tahu. Alasan kedua Kamil kenapa pilih Hidayah, sebab mereka rancang buat satu syarikat bersama dan melabur, berkongsi idea untuk masa hadapan. Sangat tipikal, lucu bukan.
Melabur dengan skandal. Isteri depan mata tak ada masa depan kah? H1na betul diri aku rasa. Kamil tak boleh tidur bila tahu terbongkar begitu. Masih ego, masih tak minta maaf hingga kini. Tapi aku pilih sabar. Aku fikir anak – anak aku.
Sekali lagi Kamil buat, aku akan bangkit tanpa menoleh lagi. Walau hidup aku dih4ntui bayang curiga, aku tetap nak beritahu perasaan aku ini sah. Apa yang aku rasa ini tak salah. Selepas ini Kamil ke luar daerah ke mana aku tak nak ambil tahu dan peduli. Jujur jujurlah, tipu tipulah. Aku dah letih, penat. Aku sayang diri aku. Anak – anak aku. Apa – apa aku dan anak – anak aku utama.
Buat Hidayah, andai betul anda seorang pes4kit kronik, baik anda jaga kesihatan anda sebaik – baiknya, jaga suami anda dengan baik kalau betul anda sudah berkahwin. Kalau anda tipu, aku tak ada hak. Aku serah bulat – bulat pada Allah.
Terima kasih atas kesengsaraan kau pada aku. Terima kasih atas tr4uma kau berikan hingga saat ini. Aku tak salahkan kau seorang, aku salahkan Kamil juga. Tapi kalau dah tahu suami orang, kenapa masih melayan? Kalau ajak berjumpa baik – baik, kenapa masih menyorokkan diri tapi masih berani berjumpa laki orang? Laki sendiri tahu kah?
Jangan lupa Allah tak tidur. Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Aku harap aku berdoa aku tak sebut lagi berikan hidayah, aku akan doa kau, Kamil dan aku diberikan petunjuk dan taufik oleh Allah. Maaf aku tak boleh lupa apa kau buat. Tak akan. Aku harap suami kau tak buat pada kau. Sekian. Anne- Bukan nama sebenar
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.