
Memang dulu saya selalu kant0i dengan perempuan lain tapi bagi saya itu sebab isteri tak pandai ambik hati saya. Tapi baru – baru ini isteri saya yang solat tu pulak kantoi mesej dengan lelaki lain. Malah mereka suka sama suka dan isteri tak boleh lupakan lelaki itu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku. Aku menulis ni bukan untuk membenarkan apa yang aku buat, tapi aku betul – betul nak dengar pendapat orang luar. Mungkin ada yang lebih matang, lebih tenang, dan boleh nampak benda yang aku sendiri gagal nampak selama ni.
Aku dah berkahwin sembilan tahun. Kami ada lima orang anak. Dari luar, orang nampak keluarga aku lengkap. Isteri aku cantik, menjaga solat lima waktu, uruskan rumah, jaga anak – anak. Ramai orang cakap aku lelaki bertuah. Tapi jujur aku cakap, dari awal perkahwinan sampai sekarang, aku selalu cari perempuan lain. Aku sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang aku cari.
Bukan sebab isteri aku tak cukup rupa atau akhlak. Cuma aku selalu rasa isteri aku tak cukup pandai layan aku, tak pandai ambil hati aku. Aku balik kerja penat, badan letih, kepala serabut. Kadang – kadang bila balik rumah, sambutan dia macam ala kadar.
Aku bukan minta benda besar. Sekurang – kurangnya tanya khabar dengan nada yang lembut, atau urut sikit badan aku. Tapi benda kecil tu pun aku jarang rasa. Bila aku penat dan emosi tak dilayan, aku mula rasa kosong. Dari situ, aku cari perhatian di luar.
Aku tahu benda tu salah, tapi waktu tu aku rasa macam aku perIukan seseorang yang boleh buat aku rasa dihargai. Masalah kami juga selalu berpunca daripada duit. Isteri aku selalu tanya ke mana perginya duit aku, kenapa cepat sangat habis.
Aku rasa aku belanja untuk keperluan harian sahaja. Tak ada berfoya – foya, tak ada beli benda bukan – bukan. Tapi bila dia asyik soal, aku rasa tertekan. Aku mula senaraikan satu – satu perbelanjaan aku. Niat aku nak jelaskan, tapi lama – lama benda tu buat aku str3ss. Aku rasa macam aku dipantau setiap masa.
Aku tahu isteri aku bukan setiap hari macam tu. Ada masa dia baik, ada masa dia cuba faham. Tapi dalam kepala aku, aku tetap rasa dia tak pandai nak buat aku gembira. Aku nak tengok dia ceria, manja, ambil hati aku tanpa aku perlu minta. Dari situlah aku selalu jadikan alasan untuk kesalahan aku sendiri.
Sejak awal kahwin lagi, aku memang kerap kantoi berbalas mesej dengan perempuan lain. Banyak kali juga isteri aku menangis, marah, kecewa. Tapi dia tetap bagi peluang. Pernah satu masa aku terIanjur dengan perempuan lain. Masa tu aku ingat segalanya dah berakhir. Tapi isteri aku masih beri aku peluang.
Dia pilih untuk bertahan demi anak – anak, demi keluarga. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. Aku sayang isteri aku, tapi aku tak mampu kawal per4ngai aku dari dulu sampai sekarang. Setiap kali aku janji nak berubah, aku berubah sekejap. Lepas tu ulang balik benda yang sama.
Aku tahu isteri aku terIuka berkali – kali. Aku nampak perubahan pada diri dia. Dia jadi lebih diam, senyuman dia tidak seperti dulu. Tapi aku tetap buat tak nampak. Baru – baru ni, kami berg4duh besar. Berg4duh yang buat aku hilang kawalan.
Masa tu aku lepaskan dia dengan mulut aku sendiri. Dalam tempoh tu, aku tahu dia ada berhubung dengan seorang lelaki. Lelaki tu katanya pernah suka dia dulu, dan dia pun pernah ada perasaan pada lelaki tu. Lama – lama mereka mula rapat, mula sayang satu sama lain.
Aku tak boleh terima hakikat tu. Aku rasa marah, cemburu, ego aku tercabar. Dalam keadaan emosi yang tak terkawal, aku pukuI isteri aku. Aku tahu aku buat salah besar. Aku tahu aku sebagai suami gagal jaga dia. Tapi masa tu aku cuma nampak kesalahan dia, bukan kesalahan aku yang bertahun – tahun.
Selepas kejadian tu, isteri aku kembali pada aku. Kami cuba berbaik semula. Tapi aku sedar, hati dia dah tidak sama. Dia masih teringat lelaki tu. Dia jadi lebih jauh dengan aku. Aku bagi amaran pada dia supaya putuskan hubungan dengan lelaki tu.
Aku cakap kalau dia ingkar, dia dikira tak taat pada suami dan berd0sa besar. Aku persoalkan solat dia, aku persoalkan kefahaman agama dia. Dalam kepala aku, kalau dia solat, must4hil dia tak tahu hukvm. Tapi beberapa kali juga aku kantoi dia masih berhubung dengan lelaki tu secara diam – diam.
Bila aku tanya, dia menangis. Dia kata dia tahu salah, dia tahu berd0sa, tapi dia tak mampu lawan hati dia sendiri. Dia minta maaf dan berjanji tak nak ulang lagi. Dalam masa yang sama, kesalahan aku sendiri belum selesai. Semalam, isteri aku baru tahu yang aku masih berbalas mesej dengan perempuan lain.
Benda tu sebenarnya dah lama, tapi baru sekarang dia tahu. Bila dia tahu, dia betul – betul meIetup. Dia kata dia dah penat nak bagi peluang. Dia dah tak yakin aku akan berubah. Aku rasa kemarahan dia bukan semata – mata sebab aku, tapi sebab lelaki yang dia sayang tu. Sebab tu dia jadi dingin, sebab tu dia jadi berani cakap pasal cerai.
Tapi jauh di sudut hati aku, aku juga tahu aku punca semuanya. Aku yang mula rosakkan kepercayaan dia. Aku yang buat dia rasa tak dihargai, tak disayangi, sampai dia cari tempat berg4ntung pada orang lain. Sekarang aku betul – betul buntu.
Aku sayang isteri aku. Aku sayang anak – anak aku. Tapi aku juga sedar aku banyak meny4kiti. Aku nak tahu, apa patut aku buat. Kalau seorang isteri minta cerai sebab dah terlalu penat dan terIuka, adakah dia berd0sa. Atau sebenarnya aku yang berd0sa kerana gagal jadi suami yang sepatutnya.
Komen netizen :
Hawa : Dia kurang layan tuan sebab dia dah taw4r hati mengadap per4ngai tuan yang tak sudah – sudah giIakan perempuan tu. Dalam kepala dia penuh dengan syak wasangka disebabkan per4ngai tuan tu. Kalau betul tuan sayangkan dia, berubah betul – betul.
Perkara macam ni memang ambil masa dan tuan kena banyak – banyak bersabar melayan kerenah dia sebab tuan yang bersalah dulu kan. Kepercayaan yang dah bina bertahun – tahun tuan, nak bina balik bukan dalam masa sebulan dua tuan. Layan dia seperti tuan p1kat dia masa bercinta dulu. Solat supaya Allah tolong tuan dapatkan dia balik dan buang per4ngai lama tuan tu jauh – jauh. Semoga berjaya tuan.
Linda Zul : D0sa isteri awak nampak, d0sa awak tak nampak? Isteri ni bukan dia nak curang sangat kalau suami tu bertanggungjawab tapi isteri awak ni cuma nak baIas dend4m rasa s4kit apa yang awak dah buat pada dia. Bayangkan anak dah 5 orang, awak ingat tak letih ke isteri awak hari – hari kat rumah. Kita ni hidup berumahtangga biarlah ada sikap bertolak ansur. Jadilah suami yang diredhai Allah.
Fatimahzd Zainuddin : Elok je kalau kau lepaskan isteri kau, kurang – kurang dia dah tak ada perasaan s4kit hati lagi dekat kau. Tak ade lagi nak berd0sa dengan kau yang jadi suami dia. Lepaskanlah isteri kau tu, biar dia cari kebahagiaan sendiri.
Hidup dengan kau pun bukan tenang. Asyik duk kejar perempuan dekat luar. Jadi kalau kau lepaskan isteri kau, kau dah boleh nak keluar dengan siap – siapa pun tanpa ada orang yang nak marah, bebaskan. Cuma kau jangan lupa nafkah wajib kau buat 5 orang anak – anak syurga kau tu. Cukup – cukup la ya. Saya doakan isteri kau ketemu dengan insan yang boleh memberi kebahagiaan pada dia. Untuk kau pula, pergiIah hidup dengan cara kau sendiri dan bertaubatlah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.