
Sepupu aku ajak aku pergi ke KL, peluang besar untuk orang OKU macam aku. Tapi keluarga kau tentang. Mereka gelar aku anak derh4ka, aku diugvt, aku dihalau. Sehinggalah pihak persatuan orang buta datang rumah aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Terima kasih admin atas penyiaran sekelumit luahan insan kecil ini. Aku coretkan kisah ini bukan sekadar kenangan, tetapi juga sebagai penguat semangat buat rakan – rakan senasib yang masih mencari cahaya dalam kelam.
Setiap insan punya liku hidup yang berbeza, namun aku berharap agar kita, insan yang diuji dengan kekurangan penglihatan, tidak terlalu bersandar pada belas ihsan andai tubuh masih teguh, minda masih w4ras.
Di kala kudrat empat kerat masih mampu berdiri utuh, jangan dipersiakan mengemis simpati melangkah lurus. Aku tidak mahu kita terus dipandang sebagai beban, sebagai makhluk lemah yang sekadar menadah simpati dunia.
Keluarlah daripada ketakutan kerisauan bayangan sendiri kerana hakik4tnya kita punya akal, daya, dan jiwa yang mampu membentuk kehidupan lebih bermakna. Sebagai anak sulung dalam keluarga enam beradik, aku memang terbiasa berdikari. Ayah seorang pen0reh getah, ibu suri rumah.
Dari kecil, aku pegang prinsip “buat sendiri selagi boleh, jangan menyusahkan orang lain.” Tidak ada abang atau kakak kandung untuk dijadikan tempat berpaut. Aku membesar di kampung dan bersekolah rendah di sekolah arus perdana kerana ketika itu belum ada aliran pendidikan khas di tempat aku.
Waktu di Tahun 4, rakan – rakan mula membuIi – makanan dicuri, ejekan bertubi – tubi, dan h1naan seperti “buta tak guna” menjadi hal biasa. Guru pun ada yang tak ambil peduli, malah ada yang marah – marah bila aku lambat buat kerja.
Hanya dua orang guru yang sudi membacakan soalan peperiksaan untuk aku dan hingga kini aku masih doakan kesejahteraan mereka. Guru lain? Biarlah diberi baIasan setimpal atas kek3jaman mereka terhadap aku suatu ketika dahulu.
Tertutupnya Pintu Sekolah Menengah… Tamat sekolah rendah, seorang guru mencadangkan aku ke sekolah menengah khas di bandar. Hati melonjak gembira, seolah melihat secebis harapan. Namun, harapan itu r4nap sekelip mata. Keluarga aku menolak.
Jauh katanya, tiada duit katanya, keselamatan aku jadi alasan utama. Padahal, seorang guru sudah berusaha mendapatkan tajaan penuh untuk aku. Aku terkurung di rumah, menyaksikan adik – beradik lain bersiap ke sekolah setiap pagi, sedang aku hanya mampu duduk di tangga, memandang dengan mata kosong, air mata mengalir tanpa henti.
Rindu aku pada dunia pembelajaran membuak – buak. Dalam kekecewaan, aku hanya mampu memeIuk baju sekolah menengah yang tidak pernah kugunakan, menjadikannya selimut membungkus penenang jiwa. Itulah cara aku melepas rindu pada impian yang kian menjauh.
Aku mahu belajar mengaji, namun tiada siapa yang tahu bagaimana mengajar insan seperti aku. Seorang guru mengaji akhirnya tampil, mengajar aku melalui kaedah dengar dan hafal. Setiap hari, aku membantu kerja rumah meskipun sering disambut dengan keluhan dan sindiran. “Menyusahkan!” “Membebankan!” Kata – kata itu bagai pis4u yang mengh1ris jiwa aku, tetapi aku telan dengan redha.
Bangkit MeIawan Takdir… Pada umur 19 tahun, sepupu aku yang belajar dalam bidang pendidikan khas membuka mata aku kepada teknologi. Dia mengajar aku menggunakan telefon bersuara, radio USB, dan berkongsi info tentang pusat latihan kemahiran untuk OKU penglihatan selain menceritakan kisah pengalamannya bergaul dengan golongan OKU penglihatan yang berdikari di Kuala Lumpur.
Aku beranikan diri untuk mencuba, tapi seperti biasa, keluarga menentang. Mereka gelar aku “anak derh4ka”, “tak bersyukur”, malah aku diugvt, dihalau keluar dari rumah. Hubungan kami dingin selama hampir sebulan, penuh dengan kata – kata h1naan.
Aku tiada pilihan. Aku nekad tinggalkan segalanya untuk berdikari. Dengan bantuan sepupu aku, kami hantar borang ke pusat latihan. Kemudian, pihak persatuan orang buta datang ke rumah untuk meyakinkan keluarga aku.
Yang menarik, 8 daripada 10 orang yang datang adalah buta sepenuhnya. Tetapi mereka bukan orang biasa, ada yang jadi pensyarah, bos kedai urut, guru, instruktor ICT, atlet sukan, dan pegawai bank. Itu pertama kali aku benar – benar sedar, orang buta boleh berjaya.
Melangkah Tanpa Ragu… Perjalanan baru bermula dan c4baran m4kin getir. Di pusat latihan, aku sering dipandang rendah. Aku cuma lulusan sekolah rendah, sedangkan ramai yang ada SPM, diploma, ijazah. Aku dik4ta tidak tahu apa – apa.
Tetapi aku tidak peduli. Aku belajar tanpa jemu, menelan setiap kepahitan demi sebuah ilmu. Bertahun berlalu, aku berjaya menggenggam sijil kemahiran, membuktikan aku bukan sekadar insan buta yang harus dikasihani.
Kini, keluarga aku yang suatu ketika dahulu bangga dengan adik beradik lain mula menyedari sesuatu. Orang yang mereka harapkan, akhirnya tidak membantu seperti yang diimpikan. Ironinya, akulah yang kini menghantar wang setiap bulan ke kampung, membantu perbelanjaan mereka.
Aku tidak berd3ndam, tidak juga bangga diri. Aku hanya bersyukur masih dapat berbakti, meskipun Iuka lama tidak akan pernah pudar. Kini, aku hidup di Kuala Lumpur satu – satunya tempat yang menerima dan menghargai aku.
Aku bersyukur kerana mampu mengurus hidup aku sendiri tanpa membebankan orang lain serta hidup aku tak meminta – minta. Dunia sudah berubah, teknologi telah membuka jalan buat insan seperti aku.
Kini, semua boleh dilakukan di hujung jari, sekalipun oleh seorang insan yang buta seperti aku. Perjalanan ini tidak mudah, tetapi aku berdiri di sini sebagai bukti bahawa buta mata bukan bermakna buta masa depan.
Selagi ada akal, selagi ada semangat, kita mampu membina kehidupan yang lebih baik. Kepada rakan – rakan OKU di luar sana, jangan tunduk pada stigma. Kita lebih daripada sekadar bayangan simpati. Kita adalah pejuaang, kita adalah cahaya yang tetap dalam gelapnya kepompong keraguan kerisauan hati sendiri. – Bunga Raya (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.