1st time jumpa bakal madu, dia merayu mintak jadi isteri kedua. Lepas seminggu aku setuju tiba2 bakal madu buat k3jutan

Aku rasa Ahmad lelaki idaman semua wanita, cuma dia suami orang. Satu hari, Ahmad ajak aku jadi isteri kedua sebab isteri dia pun izinkan dan ajak aku berjumpa. Rasa pelik macam mana seorang isteri sanggup bermadu. Bila aku jumpa isteri dia, aku nampak keadaan isteri Ahmad dengan kulit menggerutu, tergaru..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hi pembaca. Nama aku Scha (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak luahkan ni hanyalah luahan dari seorang ibu tunggal yang hampir menjadi m4ngsa sc4m untuk bermadu. Maaf kalau jalan cerita aku carca marba dan terlalu panjang untuk dibaca.

January 2021, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Suami orang. Aku namakan dia Ahmad. Ok aku terima kecaman pembaca. Tapi perkenalan kami tak lebih dari seorang kawan atau kenalan. Dia bukanlah taste aku. Maaf aku ni ada masalah sikit dengan orang yang berasal dari negeri pantai timur.

Pengalaman kurang baik aku berkenalan dengan lelaki – lelaki yang datang dari pantai timur buatkan otak aku telah di brainwash bahawa lelaki dari negeri sana kebanyakannya bermasalah. Sejujurnya aku tahu, masih ramai lagi yang baik tapi mungkin bukan rezeki aku bertemu yang baik – baik. Aku sedia dikecam.

Oklah, perkenalan aku dengan Ahmad ni berlanjutan sehingga tempoh 6 bulan. Aku kenal Ahmad dekat dating apps. Aku pun tak faham kenapa suami / isteri orang sibuk nak join apps dating ni. Aku malas ambil pusing. Aku dan Ahmad agak serasi kerana kami lebih banyak bersembang mengenai soal kerja dan routine harian.

Si Ahmad ni agak alim. Bagi aku sebagai seorang suami dia ni memang kategori yang dikejar oleh mana – mana perempuan single la kot. Setiap hari jam 5 pagi, dia akan bagi ‘alarm’ salam tahajud atau salam subuh. Kemudian dia akan sediakan br3akfast untuk isteri dan anak dia. Setiap hari.

Lepas tu baru dia ke surau untuk tunaikan solat subuh. Kalau dia single mungkin aku lah yang akan tackle dia kot dan terus aku abaikan tentang perkauman negeri. Hahaha… Tapi tulah, dia suami orang. Seorang suami dan ayah yang baik pada si isteri dan anak.

Namun pada 1 hari, tanpa aku sendiri terfikir, dia ajukan soalan ‘andai ada suami orang yang ikhlas memperisterikan you dan di atas persetujuan isteri pertama adakah you akan terima?’… Eh, aku terus tanya soalan apakah ini?

Tanpa buang masa dia tanya semula terima atau tidak? Jawapan aku adalah tidak tahu. Sebab aku sendiri tak pernah terfikir tentang soalan ni. Then dia pun beritahu bahawa dia rasa aku calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri ke-2 memandangkan dia cakap aku bukanlah seorang yang tergedik – gedik, dia nampak aku struggIe membesarkan anak seorang diri sambil menjaga orang tua aku juga.

Maka dia rasa aku layak atas faktor dia mampu dan si isteri izikan seikhlas hati. Hahaha… Drama tv3 jam 7 malam. GiIa – giIa drama. Aku katakan aku tak pernah terfikir dan terlintas. Tapi dia cuba memujuk untuk bertemu dengan isterinya. Aku setuju.

Tapi niat aku pada mulanya adalah untuk mengetahui kebenaran dari isteri Ahmad. Aku andaikan pertemuan aku dengan isteri Ahmad nanti hanyalah satu perjumpaan biasa. Kami deal hari dan tarikh yang sesuai. Sampai pada hari yang dinantikan.

Ahmad text minta aku hantar location rumah aku. Jadi dia nak pickup aku kat rumah je la. Dia cakap isterinya lebih selesa berbincang di rumah mereka kerana sebab – sebab tertentu. Jadi pada fikiran aku, pkp kan? Mana boleh pergi mana – mana untuk melepak atau dine in mana – mana restaurant pun.

Oklah, aku setuju perbincangan diadakan di rumah mereka. Setelah 30 minit perjalanan, sampailah kami ke tempat yang dituju. Ya, rumah mereka. Syurga mereka. Aku diperkenalkan oleh Ahmad pada si isteri. Aku berikan nama si isteri sebagai Siti.

Siti menyambut kedatangan aku dengan mesra. Manis orangnya. Lembut, sopan dan ramah. Saat tu aku terfikir di manakah kekurangan si isteri? Memandangkan suasana dalam rumah agak kelam jadi aku tak nampak di manakah kekurangan fizikaI Siti.

Aku dipelawa duduk di ruang tamu. Simple tapi kemas. Suasana dan keadaan rumah mereka tenang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Oklah bermula perbincangan dan perkenalan kami. Ahmad keluar untuk membeli makanan, katanya adalah lebih baik perbincangan tu di antara aku dan Siti sahaja.

Dia rasa benda ni sangat awkward. Dah tentu awkward untuk aku juga. Tapi aku lagak biasa – biasa saja. Konon – konon cool la. Padahal dalam hati Allah je tau perasaan aku. Konon – konon nak merasakan pengalaman bagaimana seorang isteri merelakan si suami untuk berkahwin lagi. Hahaha… B0doh betul…

Apa yang buatkan Siti ni merelakan dan mengikhlaskan Ahmad untuk beristeri 2? Sebab Siti s4kit. Ecz3ma ditahap terp4ksa berg4ntung dengan ster0id. Ye dalam kami bersembang dan berbincang memang aku perhatikan tingkah laku Siti.

Dia berasa tidak selesa. Menggaru muka. Dagu. Tangan. Dan aku ternampak juga kesan – kesan kulit yang menggelupas. Alasan s4kit lah punca dia merelakan Ahmad untuk berkahwin lagi. Kenapa dia tak nak bercerai? Sebab Siti fully housewife dan anak masih kecil.

Maka dia lebih rela dimadukan. Dan akan menganggap madu dia nanti bakal jadi sahabat dia juga. Tanpa diduga perasaan simpati aku datang. Aku tak pernah jatuh hati pada Ahmad pun. Sikit pun tak pernah. Tapi hati aku tersentuh ketika Siti meminta aku menerima Ahmad sebagai suami.

Siti sangat berharap dan dari riak wajah dia aku tahu dia sebenarnya masih belum redha tapi dia cuba kerana dia nakkan yang terbaik untuk Ahmad. Sebab Ahmad masih muda lagi. Maka dia rasa tidak salah untuk dia berk0rban andai itu boleh membahagiakan semua pihak.

Disebabkan perasaan kesian dengan Siti yang terlalu berharap, maka aku bukakan pintu hati aku dan aku minta masa 2 bulan untuk aku fikirkan. Tetapi Siti membantah minta fikirkan selama 2 minggu sahaja. Ahhhh ni memang kerja giIa. Aku terima.

2 minggu. Aku cuba fikirkan. Aku istikharah. Selesai solat aku tak berhenti minta Allah beri petunjuk. Petunjuk apa yang aku dapat? Aku seolah angau dengan Ahmad. Tiberrr… Setiap hari selepas pertemuan aku dengan Siti aku akan teringatkan Ahmad.

Setiap hari sehinggalah hari ke-7, belum cukup 2 minggu pun. Aku beri kata putvs aku terima. Namun, aku berikan syarat Ahmad haruslah adil dan aku seboleh – bolehnya taknak serumah dengan Siti. Ini adalah permintaan Siti pada awal perbincangan kami di rumah mereka.

Haruslah lain rumah, giIa nak serumah. Andai ada salah sorang yang kecil hati siapa yang berd0sa? Ahmad yang harus tanggung. Maka bagi mengelakkan semua tu berlaku perlulah aku untuk duduk di rumah lain. Namun, baru sahaja aku berikan kata putvs tiba – tiba Siti text aku..

Katanya dia mahu berjumpa aku tapi tanpa kehadiran Ahmad. Aku dapat rasakan sesuatu.. Hati aku tertanya – tanya kenapa secara tiba – tiba dia nak jumpa? Dia kata dia sanggup drive datang ke office aku. So, aku pun cakap ok boleh je jumpa.

Seminggu berlalu, hari yang dinantikan tiba. Siti datang ke office aku setelah aku berikan location. Maka bermulalah episod di mana dia berterus terang yang dia masih belum redha dan ikhlas untuk jadikan aku sebagai madu dia.

Dia cuba namun dia tau tidak mungkin benda tu berlaku. Apa aku rasa? Tentulah agak terkilan. Kenapa setelah aku beri kata putvs? Kenapa setelah aku berbincang dan memujuk kedua ibubapa aku? Kenapa dia tidak fikir betul – betul? Tapi apa aku mampu buat?

Aku katakan okay. No problem.. Nampak aku macam cool jelah.. Dalam hati aku agak kecewa. Sebab aku yakin Ahmad mampu bahagiakan kami berdua. Semasa dalam perbincangan dan pertemuan dengan Siti pun, Siti tak pernah sekalipun berkata yang buruk tentang Ahmad.

Malah Siti asyik memuji mengatakan Ahmad adalah lelaki yang layak dijadikan suami oleh mana – mana wanita. Selepas dari perjumpaan Siti di office aku, aku telah berjanji dengan Siti bahawa aku akan stop contact dengan Ahmad.

Aku sedaya upaya cuba jauhkan diri dengan Ahmad. Namun Ahmad tak dapat lupakan aku. Maka bermulalah luahan hati Ahmad bahawa ini bukanlah kali pertama Siti meminta dia untuk mencari isteri kedua. Ini adalah kali ketiga di mana setiap kali Siti diser4ng depr3ssions dan anx1ety, dia akan mem4ksa dan meminta Ahmad untuk mencari isteri kedua.

Dengan alasan dia tidak cukup sempurna untuk Ahmad. Pembaca bayangkan bagaimana perasaan suami yang selalu di prov0ke oleh isteri supaya berkahwin lain? Ahmad mengatakan bahawa dia tak pernah terlintas untuk kahwin lain pun, sebab dia terima Siti seadanya dan tak pernah merungut sekalipun bila dia yang terp4ksa buat segala kerja rumah sebab bagi dia itu adalah tanggungjawab dia sebagai suami yang mempunyai isteri yang s4kit.

Tapi disebabkan oleh tindakan Siti yang suka prov0ke, maka ini lah hasil kejadian tu. Aku? Aku dijadikan m4ngsa sc4m bermadu. Tapi aku bersyukur, aku berjaya larikan diri dari kehidupan mereka. Dan aku tak pernah ambil kisah lagi apa yang terjadi di antara mereka, yang pasti kini aku bahagia dengan kehidupan aku walaupun tidak berteman.

Aku masih bersyukur dikurniakan seorang anak dan masih mampu untuk berjasa dengan kedua orang tua aku. Aku tahu pasti aku akan dikecam hebat oleh para pembaca. Aku akan pandang kecaman pembaca dari sudut positive.

Ini perjalanan dan pengalaman hidup aku. Malah aku ingin berpesan pada mana – mana wanita yang single di luar sana, agar berhati – hati dengan sc4m bermadu. Sila selidik sehabis – habisnya andai ada suami atau isteri orang tawarkan untuk bermadu atau jadikan isteri no. 2. Salam kasih Scha. – Scha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hanna Emilya : Confessor tak salah pun. Apa yang confessor buat tu dah betul. Pergi jumpa isteri si lelaki untuk kenal dan tahu lebih dekat. Tak layan perasaan lebih – lebih, tak bercinta berkasih belakang isteri dia. I can sense that you’re good, wise and confident woman.

Semoga Allah kurniakan j0doh yang baik pada kamu kelak. Pesanan untuk isteri, kalau tak kuat nak bermadu, rasa sangsi nak ke tak nak bermadu, jangan dicari madu tu. Jangan mulakan. Jangan prov0ke suami suruh kahwin lain.

Nuriah Abdrazak : To confessor,  boleh tak awak buat isteri dia tu sebagai kawan awak. Awak benamkan Ahmad tu sekejap sebagai cinta yang tak kesampaian tu. Awak tolong cari solution pada peny4kit isteri dia tu. Setiap peny5kit ada ubatnya.

Takkan kahwin takdak anak, kahwin lain. Kahwin, isteri tak sihat.. kahwin lain. Cuba ikut jejak EDIKA YUSOFF. Cari rawatan yang sewajarnya. Banyak pakar sekarang ni. Awak cuba pujuk wife dia. Kesian laa dia. Dia kaum kita. Bantu dia dapatkan rawatan, kita ikhtiar.

Noor Afidah Alias : Awak sarankan la. Selain daripada carikan madu, apa kata duit si suami yang melimpah ruah konon boleh berumah dua tu dibuat bayaran perubatan isteri tu. Ecz3ma tu ada ubatnya. Anx1ety ke depr3si pun ada ubatnya.

Baik sibukkan diri tu dengan mengubati si isteri tu. Ni senang je, bini dah rosak, pi cari baru aihhh. Pemimpin apakah itu? Bersyukur la tak jadi kahwin tu ye. Ecz3ma tu antara punca dia adalah str3ss. Anx1ety pun str3ss.
Depr3si pun str3ss. Agak – agak, macam mana la hidup isteri dia tu ya?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.