Sebelum kahwin tak pernah pergi rumah mertua. Pertama kali pergi aku terk3jut. Hijab aku terbuka, ujian untuk dah bermula..

Bau busuk ser4ng hidung aku sebaik buka pintu rumah mertua. Kaki aku tiap kali melangkah mesti hitam. Bila aku tengok dapur, aku rasa nak pengsan…

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Ana, berusia 25 tahun dan aku baru kahwin. Baru sangat lagi. Orang kata, fasa awal perkahwinan ni fasa bulan madu, tapi untuk aku, dia jadi fasa terbuka hijab mata pada realiti ada mentua. Masa mula – mula kenal suami aku dulu, dia tak pernah bawa aku ke rumah mak ayah dia.

Kalau kami nak jumpa, merisik atau bertunang, dia akan buat dekat rumah nenek dia. Nenek dia memang jenis kemas orangnya. Rumah bersih, tersusun. Suami aku masa tu nampak sangat bertanggungjawab, jenis rajin tolong angkat pinggan, sembang pun sopan, jaga solat.

Aku fikir, “Lelaki macam ni, kalau jadi suami mesti tenang hidup aku.” Lepas beberapa bulan kenal, dia masuk meminang. Aku setuju. Mak aku pun berkenan. Semua macam sempurna. Kami kahwin, alhamdulillah, majlis pun elok. Tapi ujian untuk aku, aku hadap lepas tu.

Lepas kahwin, dia ajak balik rumah mak ayah dia. Katanya, nak jumpa keluarga, lepak – lepak kenal akak dan adik dia. Aku pun excited la, fikir mungkin boleh bonding dengan ipar duai. Tapi Tuhan je tahu perasaan aku bila aku masuk rumah tu.

Bau busuk ser4ng hidung aku sebaik buka pintu rumah mertua. Bau bulu kucing yang tak dibersihkan, hapak, macam dah lama tak cuci lantai. Kaki aku tiap kali melangkah mesti hitam. Aku cuba senyum, mungkin kalau kemas sikit ok ni, punya nak sedapkan hati.

Tapi bila masuk dapur. Aku rasa nak menangis. Minyak tebal kat dinding dapur, pinggan mangkuk berlonggok, singki berkerak. Macam rumah tak berpenghuni. Yang buat aku lagi tak faham, rumah tu ada anak d4ra tua. Tua dari aku. Dan adik perempuan suami aku pun ada. Umur awal 20-an, tak kerja, duduk rumah.

Tapi masa aku sampai, dia rilek je baring depan TV, gelak – gelak tengok drama. Tak ada rasa segan, tak ada usaha nak kemas ke, sapu lantai ke, sekurang – kurangnya buatkan air ke bila ada tetamu. Aku bukan nak dilayan bak ratu, tapi basic adab tetamu tu langsung tak ada.

Aku senyum je walau dalam hati aku tengah berkecamuk. Malam tu aku menangis dalam bilik. Suami aku tidur lena. Aku termenung sambil fikir: “Betul ke aku kenal dia sebelum ni? Macam mana dia boleh tinggal dalam persekitaran macam ni tapi nampak bersih dan terurus masa dekat rumah nenek dia dulu?”

Rupanya dia memang jarang balik sini, banyak ke rumah sewa dia di ibukota. Jadi aku kenal versi dia yang duduk rumah bersih, dengan orang tua yang ajar tertib. Tapi rumah sebenar dia… sebaliknya. Aku bukan benci keluarga dia. Tapi aku kecewa. Sebab aku rasa tertipu.

Bukan dia menipu dengan sengaja, tapi aku tak pernah tahu reality dia. Dan dia sendiri tak pernah cerita. Sekarang, aku tak tahu nak buat apa bila nanti dia ajak balik rumah mak dia, aku rasa berat. Bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku struggle dengan suasana.

Aku orang yang suka kebersihan. Bila tengok dapur macam tu, aku rasa nak pengsan. Bila nak solat pun, aku kena cari ruang betul – betul bersih. Kadang – kadang aku kesian dekat diri aku sendiri. Tapi aku diam. Aku pendam. Sebab aku tahu kalau aku cakap, nanti orang kata aku menantu cerewet.

Aku takut nanti dik4ta tak reti hormat keluarga suami. Tapi aku manusia juga. Aku ada rasa, aku ada hati. Dan aku cuma nak hidup dalam suasana yang selesa, bersih, itu je. Aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan. Tapi aku harap suami aku akan sedar.

Sebab kalau dia sayang aku, dia akan faham kenapa aku jadi begini. Bukan sebab aku tak suka keluarganya, tapi sebab aku tak sangka realiti lepas kahwin boleh seteruk ni. – Ana (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Noir Hunny : Hahhahahhaa. Kau baru lagi dik. Aku dah bertahun – tahun menahan diri dengan keluarga mertua pengotor. Apsal cerita kau macam sama dengan mertua aku. Ada 2 oran akak dan adik ipar belum kahwin duduk kat rumah tu juga.

Tu belum lagi toilet berlendir. Cadar tak tukar setahun. Bangkai tikus dalam bilik tak dibuang. Hahahahahah. Kau tak payah beriya nak tolong kemas ye. Manusia pengotor ni dia tak suka orang alihkan barang – barang dia, badan dia da immune dengan kotor. Aku dulu nak tolong kemas, last – last aku kena Palau. Esoknya dia buat kotor balik. So kau balik tunjuk jela muka pastu blah even kau kena fake.

Suri Leen : Kisah awak tu sama lah dengan saya. Itulah perasaan saya masa pertama kali jejak kaki ke rumah mentua, iaitu lepas nikah. Rasa macam ya Allah rumah dia bersepah, dapur lagi lah. Tapi bezanya saya jadi makan hati sebab sebelum kahwin dulu, mentua siap tanya suami saya pandai masak ke, rajin kemas tak, pandai buat kerja rumah ke, macam – macam lah.

Lepas nikah, seminggu kami duduk rumah kuarters suami, hari – hari lah dia telefon tanya saya masak ke, kemas rumah tak. Bila pertama kali jejak kaki rumah dia untuk majlis bertandang, hmm terus str3ss. Dia sendiri pengotor, tapi ada hati pula tu nak spot check kita.

Awal – awal tu memang moody juga layan suami sebab rasa mak dia ann0ying, padahal dia pun tak sempurna mana. Tapi entah lah, tetap sayang hubungan tu kan. Dah 7 tahun kahwin, sekarang dah lali. Masuk je rumah dia, biasakan diri dengan kotor – kotor tu haha.

Balik rumah saya, saya ikut cara saya pula. Kalau orang cadang suruh kemas, baik jangan. Benda tu lagi buat mentua sentap. Saya pernah buat, terus dia moody dengan saya okay. Lepas tu saya bayangkan kalau kita ada menantu, tiba – tiba dia kemas bilik kita, mungkin kita segan sebab bilik kita sepah dan ego bila menantu yang kemas.

Jadi saya anggap itu lah yang dia rasa. Dia segan dengan saya dan ego, jadi dia h4mbar layan saya. Pesanan saya, sabar je lah dan set dalam minda rumah mentua tu macam rumah orang lain yang jenis tuan rumah pengotor. Tak adalah nak kecil hati, cukup lah sekadar tahu itu per4ngai dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :