Selama ni isteri banyak tolong hal duit tapi aku langsung tak tolong hal rumah, hal anak-anak. Bila aku nak berubah, isteri dah taw4r hati, minta cerai…

Isteri cakap dia dah tak boleh pandang aku. Dia juga tak lagi salam tangan aku, tak bagi aku pegang dia. Kalau aku pegang, dia kata aku p4ksa. Tak lagi ucap kata – kata sayang. Dia hilang semuanya dengan tiba – tiba. Aku dah berjanji nak berubah, tolong uruskan hal rumah, hal anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Salam, aku suami yang buntu nak minta pendapat. Isteri tua lebih 6 tahun daripada aku. Aku berkahwin tahun 2016 atas sebab terIanjur dan dia dah mengandung benih aku. Tahun 2018 aku berlaku curang semasa dia mengandung anak kedua.

Tahun 2019 dia berhenti kerja, aku ambil tanggungjawab sebagai suami untuk berikan apa yang wanita patut dapat, duduk rumah dan membesarkan anak depan mata. Tahun 2020 kami ada perselisihan faham dan aku t4mpar dia di pipi sebab dia menengking aku.

Dia buat repot polis dan aku disoal siasat, namun kes itu NFA. Tahun yang sama dia keluar rumah dan balik kampung tanpa maklum kat aku. Aku tahu masa aku tengah kerja, dia dah keluar dari rumah. Atas faktor aku menyesal sebab berlaku kasar dan sebab dia pernah maafkan aku untuk kes 2017, aku cari dia di kampung.

Tahun 2021 aku kerja dan tinggal di rumah pusaka dia. Dia jadi suri rumah sepenuh masa, tapi khilaf aku tak membantu urusan rumah harian membuatkan dia burnout. Satu hari penghujung tahun kami berg4duh dan dia halau aku keluar. Masa itu aku nekad untuk pergi daripada dia. Namun selepas beberapa hari dia cari aku semula, memujuk aku dan meminta maaf.

Tahun 2022 anak ketiga lahir. Tahun 2023 kami keluar dari rumah pusaka dan duduk sewa sendiri. Aku sediakan tempat tinggal, bil api air, kelengkapan rumah, aku sediakan oven untuk dia buat kerja sambilan. Dia duduk rumah dan membesarkan anak – anak, dalam masa sama buat side bisnes untuk membantu aku, contohnya bagi wang saku anak sekolah, beli barang keperluan diri dan sebagainya.

Tahun 2024 semuanya seperti biasa tanpa masalah. Aku gembira dapat penuhkan hajat dia, bawa makan di luar yang mewah, belanja pakaian, tidur hotel untuk berehat setiap 3 bulan sebab aku percaya rezeki aku dapat untuk keluarga aku. Bil Shopee Paylater pun aku mampu bayar apa yang dia nak beli, aku cakap beli saja aku akan bayar.

Masuk tahun 2025 dia gugur anak keempat. Aku dig4ntung kerja dan dipindahkan tempat kerja di Kuala Lumpur. Aku serba salah sebab hampir 7 tahun hidup selesa sebumbung, tiba – tiba aku terp4ksa duduk sewa bujang. Setiap kali aku balik masa cuti, dia macam tak suka dan kerap marah – marah sebab aku tak beritahu dia awal.

Dia jadi burnout sebab jaga anak – anak dan alami keguguran dan aku tak ada bersama dia waktu itu. Aku mengaku semasa pantang anak kedua dan ketiga aku memang tak membantu dia dalam urusan rumah. Dia berpantang, dia juga yang kena masak dan buat lain – lain kerja atas alasan aku kerja. Itu memang khilaf aku.

Aku nekad berubah dan buat keputusan berhenti kerja kemudian cari kerja berdekatan kampung dia. Tapi bila aku dah dapat kerja, tak sampai dua bulan dia minta cerai sebab hati dia dah taw4r dan dah tak ada perasaan terhadap aku. Kami kerap berg4duh selepas aku dipindahkan tempat kerja.

Aku pun ada memarahi dia dan cakap, aku dah sediakan apa yang sepatutnya untuk dia sebagai isteri duduk rumah membesarkan anak – anak, tapi dia kata aku mengungkit. Aku cuma nak dia hargai aku, tapi dia cakap dia dah tak boleh pandang aku.

Dia juga tak lagi salam tangan aku, tak bagi aku pegang dia. Kalau aku pegang, dia kata aku p4ksa. Tak lagi ucap kata – kata sayang. Dia hilang semuanya dengan tiba – tiba. Untuk makluman, hubungan intim pun sering ditolak atas alasan penat urusan rumah.

Setahun boleh kira pakai jari berapa kali bersama dari tahun 2021 sampai 2024. Tahun 2025 langsung tak ada hubungan bersama suami isteri. Dia dah tinggalkan rumah sewa yang aku sediakan dan dia nekad menuntut cerai. Aku tahu dia tak curang sebab aku ada buat intipan dan sebagainya, tapi dia cakap jangan samakan dia dengan per4ngai lama aku.

Dia kata aku psik0 dan dia takut duduk sebumbung dengan aku. Aku cuma insecure sebab hilang layanan dia. Aku rasa seperti hilang pedoman. Nak menangis pun tak boleh menangis. Aku merayu pada dia untuk tak bercerai atas alasan anak dan beri aku peluang untuk jadi suami yang lebih baik, tapi hati dia dah keras.

Sekarang dia minta persetujuan bersama untuk berpisah dan kalau aku rumitkan keadaan sampai dia terp4ksa tuntut fasakh, dia cakap jangan buat sampai dia benci aku. Aku dilema sebagai suami sebab aku mengaku ilmu agama aku kurang. Aku tak nak ceraikan dia, dan masa aku dapat kerja semula di kampung dia, aku memang berazam nak berubah bantu dia dalam urusan anak dan rumah.

Tapi hati dia dah keras dan dia tak endahkan aku. Kami ada pergi kaunseling baru – baru ini, tapi dia beritahu pegawai agama dia perIukan masa untuk cari semula diri aku dalam hati dia. Aku pula tak sabar sebab aku rasa dia m4kin menjauh. Jadi dia cakap aku p4ksa perasaan yang dah tak ada.

Dia tak bekerja dan aku tak tahu apa perancangan dia selepas bercerai. Dia juga kata kalau bercerai dia tak nak tuntut duit iddah sebab dia tahu kewangan aku tak mengizinkan. Bila aku minta dia ingat kenangan manis semasa bersama, dia terus kata aku ungkit dan tak ikhlas. Aku tak faham kenapa dia tiba – tiba berubah. Adakah sebab terlalu lambat untuk aku ubah diri aku dan sedar silap aku semasa awal perkahwinan?

Komen Netizen :

Ahmad Saifuddin Yusof : Bertimpa – timpa per4ngai tuan buat ni. Kasihan isteri bersabar selama ini. Bagi dia masa, tuan banyakkan berdoa dan solat hajat minta petunjuk. Ada duit, transfer pada dia supaya dia tak serabut. Sebagai salah satu usaha tuan nak berubah.

Jangan mesej p4ksa – p4ksa dia. Hantar mesej ucap terima kasih atas peng0rbanan dia selama ini. Kongsikan cerita perubahan kecil yang tuan buat seperti rasa tenang dapat solat Isyak di surau tadi. Moga Allah beri ketenangan juga untuk awak.

Hantar gambar makanan kegemaran dia sebagai tanda kita ambil berat tentang dia.Selalu tanya keadaan anak. Kalau dia mesej balas menengking, diam saja jangan balas. Harapnya dapat bantu sedikit tuan.  Banyakkan sabar dan doa ya.

SK Adammukhriz : Begini bang. Bagi dia ruang dan masa dulu untuk rehatkan minda dia. Bagi keadaan tenang. Abang jangan terlalu mendesak. Bila kita m4kin tarik, dia m4kin jauh. Dalam hati dia tak ada benci, cuma terkilan dengan sikap abang.

Banyakkan sabar. Ubah diri, jadi orang yang matang. Enam tahun jurang memang tinggi, jadi tahap pemikiran tak sama. Abang cuba matangkan diri. Dan abang solatlah sedikit demi sedikit. Tak dapat lima waktu, buat satu waktu, buat dua waktu dulu. Minta petunjuk dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah hubungan kembali bertaut.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :