Aku perasan suami follow perempuan dekat Tiktok. Bila aku block, suami aku unblock balik. Malam tu, aku cek galeri handphone suami yang disorok

Pagi itu, telefon suami bergegar lagi. Ada notifikasi dari Michat. Aku terus jadi detektif, aku nampak suami tengah mencari perempuan yang nak melayani nafsu masa aku tengah tunggu hari nak bersalin. Bukti video mereka bersama sangat jelas dan jijik. Aku simpan bukti supaya suami tak putar belit..

#Foto sekadar hiasan. Sembilan tahun bukan masa yang sekejap. Aku masih ingat betul detik mula – mula aku dan suami bina hidup bersama. Sekarang kami sudah ada lima cahaya mata. Alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi memang luar biasa. Tapi kadang – kadang, bukan semua yang kita jaga sepenuh hati akan kekal. Benda yang kita genggam kuat pun boleh terlepas bila diuji.

Kisahnya bermula seminggu sebelum aku bersalin anak kelima. Kami sekeluarga menginap di sebuah hotel untuk buat sedikit staycation dan terus ke klinik untuk pemeriksaan terakhir sebab nak tempah tarikh bersalin secara ceaser. Masa itu aku rasa hati sangat tenang walaupun tubuh sudah berat.

Anak – anak seronok mandi kolam, suami pun nampak biasa sahaja. Tengah – tengah nak bersiap, tiba – tiba telefon suami bergegar. Aku seperti biasa tiada rasa curiga untuk memeriksa telefon dia sebab selama ini aku percaya penuh. Ada satu notifikasi dari tiktok yang menyatakan akaun Cherry, bukan nama sebenar, telah reposted satu post.

Aku macam pelik, kenapa pula boleh dapat notifikasi macam itu? Aku cuba google dan katanya tiktok akan bagi notifikasi begitu kalau dua akaun itu selalu berinteraksi. Waktu itu jantung aku rasa laju semacam. Aku cek dan ya, suami memang follow akaun perempuan itu.

Aku mula rasa lain macam. Aku terus jadi detektif kecil tengok kalau ada komen suami dalam akaun perempuan itu, tapi memang tak ada. Aku pun terus block akaun itu guna akaun suami. Keesokan harinya, aku cek lagi telefon suami. Dan ya, dia sudah unblock perempuan itu dan follow semula.

Aku block kembali tanpa pengetahuan suami. Kisah block dan unblock itu berlarutan beberapa hari, sampai dua hari sebelum aku bersalin. Pagi itu, telefon suami bergegar lagi. Ada notifikasi dari Michat. Bila aku buka chat dalam aplikasi itu, aku nampak suami tengah mencari perempuan yang nak melayani nafsu.

Tangan aku menggigil, tapi aku cuba berlagak tenang. Aku sempat ambil gambar sebagai bukti, sebab aku tahu perkara macam ini kalau dibiarkan, akan ditolak mentah – mentah. Malam itu, entah apa yang mendorong hati aku. Aku cek gallery dalam folder hidden.

Dan waktu itu, rasa macam b0m meIetup dalam d4da. Ada bukti yang aku sendiri tak pernah sangka. Suami aku bervideo bersama seorang perempuan yang tak dikenali, aku percaya kenalan dari Michat. Bukti itu adalah screen recording yang sangat jelas.

Rasa jijik, marah dan kecewa bercampur semua sekali. Dengan tangan yang menggigil, aku hantar bukti melalui airdrop untuk disimpan. Aku tahu kalau aku mula bersuara tanpa bukti, suami boleh putar cerita. Dua hari sebelum bersalin anak kelima, dunia yang aku kenal runtuh sekelip mata.

Satu video, satu bukti, cukup untuk buat d4da aku rasa sesak, tangan menggigil, dan hati seolah – olah tak ada bentuk. Curang. Satu perkataan yang dulu hanya aku dengar dari kisah orang lain, tiba – tiba jadi cerita hidup aku sendiri. Waktu itu aku tak tahu nak marah atau menangis.

Aku cuma diam. Mungkin sebab sudah terlalu s4kit sampai air mata pun rasa tak berguna. Dalam kepala cuma satu benda, aku tak boleh rebah sekarang. Aku nak lahirkan anak aku dengan selamat. Malam itu aku bersemuka dengan suami. Aku menangis dan rasa sangat h4ncur.

Suami minta maaf, berjanji tak akan ulang lagi. Aku memang tak sangka dia boleh pergi sejauh itu. Selama ini dia seorang yang penyayang, sangat baik dengan aku dan anak – anak. Dia tak pernah tinggi suara, rajin bantu di rumah, rajin uruskan anak-anak. Aku tak faham di mana silapnya.

Suami mengaku dia ada ket4gihan tengok video – viedo tak senonoh tu. Perempuan itu katanya hanyalah peIacur di aplikasi itu yang menaw4rkan perkhidmatan. Katanya tiada chat perkenalan, tiada hubungan emosi. Hanya nafsu semata – mata. Tapi bagi aku, pengkhi4natan tetap pengkhi4natan.

Hati aku berkecamuk, tapi aku cuba untuk maafkan dia demi anak – anak dan demi kestabilan mental aku sendiri. Selepas aku bersalin, suami menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Dia mandikan anak – anak, dia suap mereka makan, dia buat semua perkara tanpa banyak bunyi.

Aku nampak usaha dia. Aku nampak kesungguhan dia. Tapi Iuka di dalam d4da aku bukan semudah itu nak hilang. Aku selalu terfikir, adakah aku di jalan yang betul? Setiap malam aku baca kisah – kisah isteri lain yang diuji seperti aku. Banyak yang akhirnya berakhir dengan perpisahan.

Kisah – kisah itu beri impak mendalam. Ada masa aku rasa takut. Ada masa aku rasa kuat. Ada masa aku rasa nak lari. Hari demi hari, aku cuba bangkit semula. Bukan sebab aku sudah tak sedih, tapi sebab aku tahu aku tak boleh hidup selamanya dalam Iuka.

Aku belajar maaf, bukan untuk lelaki yang khi4nat, tapi untuk diri aku sendiri. Aku belajar redha, bukan sebab aku pasrah, tapi sebab aku percaya Tuhan tak akan ambil sesuatu tanpa sebab. Sekarang bila aku tengok anak – anak bermain, aku senyum.

Lvka itu masih ada, tapi sudah tak berd4rah seperti dulu. Tuhan bagi ujian yang sangat berat, tapi dalam ujian itu ada hikmah yang sedang menunggu. Aku akhirnya faham, kadang – kadang Tuhan h4ncurkan hidup kita supaya kita boleh bina semula dengan tangan sendiri.

Lebih kukuh, lebih ikhlas dan lebih dekat dengan Dia. Doakan suami aku istiqamah dan terus cekal berubah. Aku juga doa agar hati aku diberi kekuatan untuk memaafkan, melupakan dan membina kembali apa yang retak. – Mangga(Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Siti Aishah : Mudah sangat awak maafkan, lepas macam tu je. Paling tak pun bagi la peIempang m4ut 1 2 das, tambah bagi pecah telo sekali dua. Lepastu ambil semua gaji dia bulan tu bawak pergi kedai emas. Kuat betul kesabaran awak ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :