Suami asyik kena ganggu, kena s4kit kulit yang melampau teruk. Kami pergi jumpa b0moh. Rupanya, Mak aku hantar sih1r pemisah, abang aku guna 2 patung

Cara ustaz tu boleh panggil jiin masuk dalam tubuh dan tanya siapa yang hantar. Mak aku hantar sih1r pemisah dan abang hantar s4ntau ber4cun dan guna 2 patung untuk suami. Benda tu mengaku, dibayar untuk suami m4ti.

#Foto sekadar hiasan.  Salam admin dan semua w4rga Facebook. Aku adalah seorang isteri. Alhamdulillah kami telah dikurniakan dengan seorang anak yang sangat comel. Suami seorang yang baik, keluarga belah suami pun baik, rezeki aku dapat mertua yang baik. Rumah kami dekat saja. Tapi yang masalahnya sekarang, keluarga belah aku pula tak ok.

Masalah bermula lepas anak aku lahir. Suami ada krisis dengan ibu aku, semuanya berpunca dari sih1r. Mesti ramai cakap jangan main tuduh. Sebenarnya kami berubat banyak tempat dan masing – masing mengatakan benda yang sama iaitu mak aku hantar sih1r untuk kacau anak.

Anak dah sihat dari kena kacau benda – benda halus tu suami pula kena s4kit kulit yang melampau teruk dari muka sampai kaki, berkudis, berair – air, berd4rah sebab garu terlebih. Malam – malam tidur menggaru, tak sedar sampai berd4rah.

Bangun pagi habis cadar – cadar berd4rah. Aku sedih sangat tengok keadaan suami. Pergi hospital cakap gatal biasa. Suami menggaru tak henti – henti, merenyam. Pergi kerja suami malu sangat, muka, telinga, leher, berkudis. Sebulan suami kena macam tu, dapat jumpa seorang ustaz yang boleh buang ibu s4ntau.

Alhamdulillah beransur pulih. Jumpa ramai juga ahli perubatan, ada yang cakap siapa yang buat, ada yang bagi kiasan orang dekat. Abang aku punya kerja, sebab apa? Sebab s4kit hati dekat suami aku. S4kit hati sebab suami tegur mak depan – depan jangan lah hantar benda tu kacau anak kami.

Kesian dekat anak nangis meraung – raung, tangan tutup mata tak nak tengok atas. Mak marah kena tuduh, beritahu abang yang suami tuduh mak buat macam tu. Tu yang abang pergi jumpa b0moh buat dekat suami. Macam mana tahu? Kan dah cakap, rata – rata pergi berubat cakap benda yang sama. Ok, habis bab s4ntau kudis.

Suami dah sembuh, tapi masih ada lagi miang – miang dalam badan sikit – sikit. Terjumpa pula jarum peniti dekat ruang tamu rumah sedangkan rumah ni tak pernah pakai jarum peniti. Pelik, aku ni tak percaya sangat bab – bab tu sebenarnya tapi dah depan mata benda jadi.

Suami balik kerja tak teringat pasal apa – apa terus pegang jarum tu lebih meng3jutkan selepas pegang suami terus seram sejuk demam terus. Demam panas, tapi satu badan sejuk macam ais batu. Tumbang terus suami. Aku telefon ayah mertua, ayah mertua terus datang ambil suami, suami siap kena papah.

Kami bawa pergi hospital, hospital bagi ubat demam saja. Last – last ayah terus bawa pergi rumah makcik suami yang boleh berubat. Bawa sekali jarum tapi berlapik dengan tisu, letak jarum dalam poket seluar bawah dari lutut. Ayah pun rasa kaki dia sejuk macam ais.

Dalam jarum ada benda rupanya dan jarum tu dituju pada suami. Tak percaya makcik suami beritahu, sampai lah kejadian suami kena paku, jarum dan kaca dalam badan. Orang yang pernah kena sih1r boleh tahu, apa yang tak kena dengan badan dia. Kami jumpa seorang ustaz yang boleh keluarkan barang dalam badan.

Habis keluar lah paku, jarum dan kaca, tak sampai separuh jalan dari rumah ustaz, suami kena tuju balik. Benda ni berlaku nak dekat 2 tahun. Baru – baru ni, dapat jumpa seorang ustaz, cara orang mengubat lain – lain. Cara ustaz boleh panggil jiin masuk dalam tubuh dan tanya siapa yang hantar dan kenapa, ayah mertua bawa aku sekali sebab nak dengar sendiri siapa yang buat suami.

Memang betul kata – kata yang lain – lain sebelum ni kami pergi berubat, mak aku hantar sih1r pemisah dan abang hantar s4ntau ber4cun dan guna 2 patung untuk suami, sebab tu bila berubat buang paku saja, mesti masuk balik. Benda tu mengaku, dibayar untuk suami m4ti.

Sampai macam tu punya s4kit hati. Kata – kata jiin tu (kalau dia buang, aku masukkan balik) (kalau aku tak m4ti dia m4ti) (mak tak suka, aku pun tak suka) sedih dengar. Sanggup betul diorang buat macam tu dekat kami. Kalau balik kampung belah aku, aku akan cerita benda yang baik – baik dekat mak pasal suami tapi tetap macam tu juga mak.

Ada ‘benda’ dekat rumah, sampai anak tegur ada benda kat ceiling. Dengar orang ketuk pintu (bukan kes dekat Sabak tau). Ada kami bawa ustaz yang lain datang rumah, nak minta pagarkan rumah, ustaz tu geleng, dia cuma berkias dengan suami, apa yang berlaku dengan awak, berkaitan dengan isteri awak (ni ustaz yang baru kami jumpa, tak pernah cerita apa – apa pun).

Tanya ustaz tu, siapa yang buat, ustaz cakap complicated sangat nak beritahu. Tak apa lah. Biar aku saja yang tahu. Sampai sekarang suami masih kena, walaupun dah buang patung tu, jiin yang buat tu masih ada, tok b0moh tu sendiri yang pantau, kalau suami buang, dia masukkan balik. Doakan kesembuhan suami.

Aku mampu doa mak dan abang berubah. Kalau kami jumpa, masing – masing buat biasa saja. Macam tak ada apa yang berlaku, tapi nampak abang mata dia tak boleh pandang lama -l ama, macam orang ada buat salah. Mak tak nampak perubahan. Diorang tak tahu yang aku dah tahu.

Suami cuma marah, dia cakap kalau tak suka cakap terus terang jangan main benda – benda macam tu s4kit. Suami tak pernah fikir nak balas, dia cakap tunggu dekat Akhirat, nak tuntut siapa yang buat. Baru – baru ni depan rumah aku bau wangi sangat, macam orang tabur bedak, lalu tepi rumah tak berbau.

Bila pergi belakang rumah bau bedak juga. Bila masuk rumah, terus g4duh dengan suami sampai minta cerai. Suami keluar rumah terus beritahu mak dengan ayah dia minta cerai. Mak suami terus call, kenapa macam tu, kena bebel dengan mak.

Lepas tu, ayah datang rumah, suami ada tapi suami diam saja. Ayah tahu ada tak kena, ayah cuma nasihat banyakkan bersabar, kalau rasa nak marah istighfar banyak – banyak. Jangan sebut pasal cerai. Suami dah taw4r hati sebab pasal dia kena dengan mak dan abang aku.

Komen netizen :

Bulan Tak Pernah Jauh : Perbanyakan pendinding diri. Pernah ikut pergi berubat kat darul syifa, tapi style mereka, takkan beritahu siapa. Untuk elak berd3ndam dan bersengketa. Ustaz darul syifa cuma akan cuba bantu sehabis baik. Nasihat aku, walaupun kamu tahu atau syak siapa pun yang buat… cukup hanya dalam hati kamu sahaja. Untuk diri kamu dan keluarga, perbanyakkan zikir dan minta Allah lindung kamu sekeluarga. Walau sehebat mana pun makhluk itu, tak akan mampu mengatasi kekuasaan Allah.

Bunga Melati Love : Maafkan mak dan abang mu.. dirimu dan suami juga. Minta maaf lah.. dan serahkan kepada Tuhanmu tentang semuanya .. sebab kita hanya manusia biasa. Tiada hak untuk menghukvm kecuali Tuhanmu. Berdoa selalu.

Philip Anggie : Datang terakhir minta maaf untuk semua yang mereka rasa s4kit hati apa segala. Lepas tu jangan lagi datang jumpa mereka, biarkan mereka sembuhkan hati sendiri. Selagi kau ada datang dekat diorang dan diorang tahu kau tak apa – apa, tu yang diorang akan buat lagi sebab sihat saja. Kena berdiam diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :