
Cantik orangnya. Rindu, sayang, cinta semua dia luahkan pada perempuan tu. BerWhatsApp sweet-sweet bagaikan pasangan kekasih, mengalahkan WhatsApp dengan isteri sendiri. Petang tu, bila suami balik kerja aku buat macam biasa. Esoknya aku keluar bawa anak, dalam pantang..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai admin. Terima kasih sebab sudi siarkan cerita aku. Kalau nak sorok profil aku pun tak apa, aku pakai akaun lain ni. Selama ni aku baca cerita orang je dekat sini. Cuma tiap kali ada isteri cerita pasal suami curang, yang tu memang aku terasa.
Aku pun kena benda yang sama masa tengah berpantang anak pertama. Hari ni aku nak luah sikit. Harap ada yang sudi bagi aku kata – kata semangat. Kalau tengok cara suami jaga aku masa dalam pantang, memang susah aku nak percaya dia ada perempuan lain.
Dia baik dengan aku, tanggungjawab dia buat, tak pernah dia abaikan aku. Sebab tu selama ni aku tak pernah rasa nak periksa telefon dia. Aku percaya dekat dia. Sampailah satu malam tu, aku dah pejam mata lama dah tapi tak tidur – tidur juga.
Entah kenapa, asyik tergerak hati nak tengok telefon suami. Malam tu aku buka WhatsApp dia tanpa dia tahu. Lepas tu aku buat macam biasa. Dua hari lepas tu, pagi – pagi aku nampak dia tengah mesej seorang perempuan.
Cantik orangnya. Suami aku cakap dia rindu, dia sayang perempuan tu. Siap rancang nak keluar berdua lagi. Masa aku baca tu aku tengah berdiri. Tangan aku menggeletar, kaki pun rasa lembik. Hari tu aku demam. Mungkin sebab terkejut sangat, aku pun tak tahu.
Antara banyak – banyak mesej tu, ada satu benda yang sampai sekarang aku ingat. Nak balik rumah dekat aku pun dia bagitahu perempuan tu dulu. Dengan aku pula, kalau aku ajak sembang, dia kata dia penat. Selama ni aku percaya jelah dia penat balik kerja.
Rupanya masa aku balik berpantang dekat kampung, diorang dah pernah keluar jumpa. Baca cara dia layan perempuan tu dalam WhatsApp, dengan aku yang isteri dia ni pun dia tak semanis tu. Petang tu dia balik kerja, aku layan dia macam biasa.
Banyak kali aku rasa nak tanya, tapi bila dia dah ada depan mata, satu ayat pun aku tak terkeluar. Malam tu lepas dia tidur, lama aku pandang muka dia. Dah lima tahun aku sayang orang ni. Dialah yang ada sebelah aku masa aku bersalin.
Depan anak kami yang baru lahir tu juga dia janji nak setia dengan aku. Aku tengok dia tidur sambil air mata aku mengalir. Dia tak tahu pun. Esoknya aku keluar rumah bawa anak. Masa keluar tu aku sendiri tak tahu nak pergi mana.
Nasib baik ada kawan bagi aku tumpang rumah dia. Aku cuma tahu yang waktu tu aku tak sanggup nak tengok muka suami, apatah lagi nak buat macam tak ada apa – apa. Bila dia balik kerja petang tu, aku dengan anak dah tak ada dekat rumah.
Tiga hari aku duduk rumah kawan. Suami menangis, merayu minta aku balik. Dia janji takkan buat lagi. Aku pula tiap kali lepas solat, aku minta Allah kuatkan hati aku. Kadang – kadang dah rasa tenang sikit, tapi bila pandang muka anak, aku menangis balik sambil peluk dia.
Aku ada cakap dekat suami, kalau betul dia nak perempuan tu, kahwinlah. Cuma lepaskan aku. Aku tak marah – marah. Perempuan tu pun aku tak cari. Masa tu aku masih susah nak percaya yang orang yang hantar semua mesej tu memang suami aku sendiri.
Dia kata dia cuma main – main. Sampai sekarang aku tak faham part tu. Dah berjumpa, dah cakap rindu, dah panggil sayang. Yang mana satu main – main? Sebab masa dia janji nak setia depan anak kami dulu, aku percaya dia maksudkan apa yang dia cakap.
Suami minta satu peluang terakhir. Dia kata kalau dia buat lagi, dia terima apa saja keputusan aku lepas tu. Akhirnya Allah bukakan hati aku untuk bagi dia peluang. Aku fikirkan anak kami yang masih kecil. Aku dah maafkan dia.
Aku boleh senyum bila dia ada depan aku, boleh duduk sebelah dia macam biasa. Cuma perasaan aku dah tak sama. Dulu kalau dia kata penat, aku tak fikir apa dah. Sekarang bila dia cakap benda yang sama, aku teringat yang dulu pun itulah jawapan dia dekat aku. Penat sebenarnya bila benda kecil macam tu pun boleh buat aku teringat balik.
Aku tak simpan dendam. Mana yang aku tak larat nak fikir dah, aku serah dekat Allah. Selama ni aku sayang sangat dekat suami sampai aku rasa dia tak mungkin buat aku macam ni. Bila dah jadi, dekat Allah juga aku mengadu, lagi – lagi bila aku sendiri tak tahu nak cerita dekat siapa.
Untuk suami – suami yang baca ni, jagalah hati isteri, lebih – lebih lagi masa dia tengah berpantang. Aku ingat suami faham apa yang aku lalui sebab dia sendiri ada masa aku bersalin. Bayangkan macam mana rasanya bila aku dapat tahu, dalam tempoh aku tengah pulih dan jaga anak kami yang baru lahir, dia sempat rindukan orang lain. Bila awak susah dulu, ingatlah siapa yang ada teman awak.
Dan kalau suami aku terbaca luahan ni, buat masa sekarang jangan panggil aku “sayang” dulu. Dulu aku suka dengar awak panggil aku macam tu. Sekarang tiap kali awak sebut, aku teringat ayat yang aku baca dalam WhatsApp awak pagi tu. Perkataan yang sama awak guna untuk dia. Aku dah bagi kita peluang. Aku pun rindu nak rasa seronok bila awak balik kerja, macam aku dulu. Cuma aku tak tahu bila aku boleh rasa macam tu semula. Doakan aku, ya.
Komen Netizen:
Cda Adnan : Apa yang sis alami ni, inilah yang saya teruskan dah 14 tahun pun saya teruskan permainan ni. Hanya kerana anak, tapi tiada dah kemanisan dalam rumah tangga. Hanya mampu untuk sabar demi anak – anak. Walaupun pengkhianatan itu berlaku pada awal perkahwinan lagi, dan terus berlaku hingga anak ke 3.
Bukan tak mampu untuk mengundurkan diri, bukan sekali malah ini merupakan yang terakhir untuknya. Sebab bila jadi lagi, kami tak mungkin akan bersama lagi. Untuk kali terakhir dalam hidup aku, aku dah jadi terlalu keras hati. Dia masih aku hormat sebagai suami tapi hanya untuk tanggungjawab. Selebihnya tidak lagi.
Mesej? Call? Memang tak pernah lagi, hanya buat bila anak ada masalah kesihatan. Aku boleh jaga diri aku sendiri, diri anak anak. Aku hanya tak mahu anak lelaki aku jadi hilang hormat pada ayah mereka. Anak perempuan aku dah matang dalam masalah aku dan suami. Moga anak aku tak jalani hidup seperti aku.
Aku mohon ampun suami ku jika kau tak merasai lagi kemanisan cintaku, kerana kau yang mematikan rasanya. Aku minta maaf suamiku kerana aku tak mampu untuk menyayangimu seperti dulu. Sebab sayangku agung untuk yang berhak. Kini hanya mampu ikhlas dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Perempuan jika dah move on, dia tak akan simpan sekelumit pun perasaan tu. Malah, dia akan jadi lebih berdikari walaupun dia ada lagi suami di sisi. ITULAH AKU…..
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.