Suami lepas tangan jaga anak, tiba2 dapat tahu mengandung anak kedua. Suami boleh cakap ‘padan muka’

Kami kahwin atas pilihan keluarga, masa kahwin pun suami sedang bercinta dengan perempuan lain. Dia kata kekasih dia lagi lawa dari aku. Sampai anak dua aku bertahan, dia tetap tak berubah. Aku nekad ambil keputvsan drastik lepas baca satu buku dan tak sangka aku tenang…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Sebenarnya aku nak peram je kisah ni, tapi imbasan memori lalu yang suram ni asyik berlegar di kepala. Aku mahu je berdamai dengan kenangan lalu dan mampu melupakan saja namun aku mahu juga kisah ini dikongsi sebagai secebis kisah hidup masyarakat..

Rezeki berkahwin melalui orang tengah setelah banyak episod tak menjadi dengan calon sebelumnya. Terima je lah yang datang merisik sebab dah tekad nak kahwin sebelum usia 30. Jadi waktu tu usia aku 30 tahun dan suami 25 tahun.

Perkahwinan yang dimudahkan. Bertunang hanya sekadar ada keluarga dia dan keluarga aku sahaja dengan wang hantaran ikut kemampuan kerana dia tiada kerja tetap. Aku ada kerja waktu ni. Kenduri yang sangat sederhana kerana kami memilih tak mahu berbaIas dulang hantaran dan tiada pelamin.

Sekadar ada makan beradap bawah khemah. Tapi, rupanya aku kuat cemburu. Aku pilih majlis sederhana kerana dia kata keluarga tak suka adat pelamin, bahkan bergambar pun dia tak suka. Bayangkan pengantin perempuan je asyik bergambar sorang – sorang nak beromantis sikit dengannya depan kamera tiada.

Tetapi bila adiknya kahwin selepas kami. Haaaa.. Boleh je ada pelamin, hantaran dan bergambar posing macam – macam. Jadi, aku rasa cemburu kenapa kami dulu tak dapat buat begitu. Lagi cemburu sebenarnya, masa dia kahwin dengan aku, dia sedang bercinta dengan orang lain.

Dia kahwin dengan aku atas pilihan keluarga bukan dia. Keluarganya tak suka pilihan dia yang kurang didikan agama dari segi pakaian walaupun lebih cantik. Semuanya Allah tunjuk satu persatu. Bermula dari aku sedar dia berbual manja di telefon, sehingga aku cek hp, fb, ternyata jumpa banyak bukti hubungannya dengan wanita lain.

Bahkan dia ada menulis pm dengan sepupunya kata kekasih dia lagi cantik dari aku. Bermula episod dukaku. Sedar diri tak disayangi, bagai melukut di tepi gantang. Aku menangis, aku dingin. Tapi aku tak tanya dia, tak beritahu cemburu aku.

Tapi aku mula benci dia. Sebelum ada anak lagi aku dah berhasrat nak bercerai, lebih baik dari dah ada anak nanti. Kami diuji 2 tahun tiada anak, memang terasa tengok adik kakak dah dapat baby baru. Ada yang hadiahkan aku buku kuasa solat hajat dengan bingkisan testimoni kisah yang dapat hasil selepas solat hajat.

Lepas aku betul – betul tawakal dan solat hajat aku mengandung. Sebenarnya hampir setiap bulan cek mengandung dengan alat yang dibeli di farmasi tu, kadang – kadang lambat datang bulan tetap negatif. Waktu tu aku lambat datang bulan tapi tetap berharap, test di tandas, berdoa juga tapi tak yakin sangat sebab tak mahu kecewa sangat.

Jadi bila line alat tu ada dua. Aku tengok betul – betul bukan mimpi kan. Sah, ada. Perasaan tu sangatlah berbunga. Segera jumpa suami yang sedang lepak di katil dengan hp nya. Pandang matanya, senyum.. Insya-Allah abang nak jadi ayah.

Tahu tak apa reaksinya. Kosong. Pandang kita pun tak ada, kata alhamdulillah pun tak ada. Aku kehilangan perasaan. Aku berlalu.. Tak apalah sayang ayah tak suka. Aku usap perut. Bermulalah fasa membawa anak dalam kandungan yang hanya aku.

Suami buat tak tahu tak mahu ambil tahu, m4buk ke mengidam ke kIinik ke, pandailah sendiri. Bila dah sarat aku mencari barangan baby sorang diri, gembira juga pertama kali cari kelengkapan baby. Tapi aku cemburu lihat pasangan lain ditemani suami isteri.

Jangan tak tahu rupanya waktu mengandung pun rasa nak bercerai. Tidak hairanlah kenapa ada yang diceraikan waktu mengandung. Waktu dah s4kit nak bersalin pun dia masih buat tak endah. Suruh dia bawa ke hospitaI waktu malam tu, boleh dia kata tunggu pagiIah.

Aku terp4ksa meng4muk dan dia pun bawa. Sedikit tak terkesan isteri s4kit nak bersalin. Waktu nak bersalin aku tak mahu suami teman. Aku s4kit hati dengan sikap dia. Aku teran sendiri. Tapi rupanya susah nak keluar. Aku mula fikir d0sa aku dengan suami, aku takut.

Akhirnya kuasa Allah mampu juga anak sulung lelaki itu dilahirkan normal. Syukur sangat aku dah ada zuriat. Dalam pantang pun dia tak ambil peranan. Aku berpantang dengan ibu aku. Besar sangat jasa peng0rbanan ibu kandung aku, jaga aku dan baby dalam pantang, makan terjaga dicari orang urut, dia yang urus rumah.

Aku rasa tak mahu bersalin lagi sebab tak mahu susahkan ibu lagi. Tapi aku masih bertahan dengan suami sehingga dapat anak kedua. Tak sangka pula cepat lekat yang kedua sebab anak sulung belum setahun. Tapi, bila tahu mengandung anak kedua aku kurang teruja, macam tertekan pula.

Sudahlah ragam anak pertama ayah tak membantu sangat. Bila dikhabarkan pada suami, ‘abang saya mengandung.’ Dia kata, ‘padan muka.’ Rasa nak lempang je dia kan. Tapi aku dah lali dan aku tak ambil hati sangat. Aku dah tahu episod yang sama berulang.

Sendiri ke kIinik dan dia langsung tak ambil tahu. Yang dia tahu hp. Ternyata ada perempuan lain. Aku tak tahulah kalau dia ada buat benda h4ram kat luar sana. Dipendekkan cerita akhirnya aku minta cerai. Dia ceraikan aku.

Urusan cerai di mahkamah dari bayar dan ambil sijil aku sorang je. Aku masih cemburu lihat kenapa ada pasangan yang bercerai masih mampu pergi pejabat agama sama – sama. Masih sepakat pun bercerai, aku yang susah nak sepakat dengan per4ngai laki yang macam sampah wajiblah bercerai.

Kasihan anak tapi aku tahu, ada kuasa dalam solat hajat. Apa yang aku ada sekarang adalah pemberian Allah SWT. Ada kebaikan untuk aku jadi ibu tunggal. Banyak nikmat lain yang aku kurang bersyukur. Moga anak ini jadi anak yang soleh solehah.

Bagi yang belum ada rezeki anak. Bersyukurlah kerana ada rezeki suami yang setia dan penyayang. – Orkid (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sariff : Dah berapa lama Orkid bercerai? I nak tahu, bagaimana kehidupan bekas suami you selepas menceraikan you. Dia seolah – olah tiada hati dan perasaan. I nak tahu, macam mana kehidupan orang yang telah mengani4yai isteri (dia tak sayang isteri sebab ada wanita lain) dan anak – anaknya sendiri. K3jam.

Raja Norkhairani : Lelaki – lelaki yang tak prihatin dan tak ambil berat perihal isteri, dia tak layak jadi suami. Kalau tak boleh terima isteri tu, janganlah kahwin. Isteri pun ada hati dan perasaan. Hargailah isteri yang rela bert4rung nyawa untuk bagi zuriat pada suami.

Sherri Hazmi : Baca perenggan ke tiga je cukup dah. Kahwin atas sebab yang salah. Main sauk je, itu pun sebab nak kejar umur. Girlllsssss.. Please laaaa.. Jangan takut dengan umur. Tak kisah la, kau kahwin umur 38 kaa.. 42 kaaa..

Asalkan kau berjumpa dengan orang yang betul sayang dan faham dengan kau. Tapi jangan la sauk laki orang pulak. Tak payah kalut sangat umur 30 belum kahwin. Akak aku umur 34 masa kahwin. Ni dah masuk 20 tahun, anak dah umur 19 pun, dah masuk u. Masih happy dan bahagia. Yang penting bertemu orang yang betul.

Azie Azem : Lebih mudah move on bila dia takde tuntut apa – apa terutama anak, kalau anak tanya mana ayah, jawab aje dah bercerai, anak – anak zaman sekarang ni matang, nanti dia dah sekolah ramai aje kawan – kawan yang dibesarkan ibu atau bapa tunggal, ajar anak berdikari.

Waktu saya bercerai dulu, anak saya 2, 4 tahun, bila pergi mana – mana, orang tanya mana ayah, dia selamba jawab, mama dengan ayah dah bercerai, cuma nasib saya baik sebab arw4h concern dan sayang anak walau kami bercerai.

Lebih mudah nak move on bila awak takde perasaan, at least awak tak dibuai rasa bersalah dan serba salah dengan em0si. Semoga tabah ye. Fokus pada anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.