Suami pernah kena tangkap basah tapi aku bagi peluang kedua demi anak-anak. Satu hari, aku jumpa sekotak k0ndom dan baju kotor dalam bonet kereta

Dulu sebelum kahwin aku banyak kali terlanjur dengan suami. Sekarang aku terima balasan walaupun aku dah bertaubat. Suami pernah kena tangkap basah, curang berkali – kali. Dia mula berjinak dengan ar4k. Taubat aku tak diterima…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua pembaca. Maaf, aku tak pernah menulis di ruangan ini sebelum ini. Jujurnya aku sendiri tak pasti dari mana harus aku mulakan. Tapi izinkan aku meluahkan apa yang tersimpan lama di dalam d4da.

Aku berharap, kalau pun tulisan ini tak memberi jawapan, cukuplah ia menjadi pedoman kepada sesiapa yang membaca. Aku berusia pertengahan 30-an.. Kami bercinta hampir lima tahun, kemudian berkahwin dan hidup bersama hampir sedekad.

Dari luar, kisah kami nampak biasa sahaja. Tiada yang luar biasa, tiada juga yang terlalu indah. Namun Allah menguji aku sejak dari zaman bercinta lagi. Kami gagal mengawal nafsu. Aku fikir ketika itu, dialah satu – satunya. Aku yakin, aku percaya. Kami tetap berkahwin juga akhirnya.

Allah kurniakan kami tiga orang cahaya mata. Sebelum disatukan, kami bertaubat. Kami berjanji untuk membina keluarga yang diredhai. Hidup kami serba sederhana, tapi aku bahagia. Aku benar – benar rasa kami bahagia. Beberapa tahun kemudian, Allah buka pintu rezeki melalui perniagaan.

Dari situlah semuanya perlahan – lahan berubah. Kami terlalu sibuk mengejar dunia. Masa bersama sem4kin kurang. Perbualan sem4kin ringkas. Segalanya tentang duit, keuntungan, angka dan sasaran. Sampai satu tahap, bila ujian datang bertimpa – timpa, barulah kami kembali mencari Tuhan.

Kami bangun solat sunat, Dhuha, Tahajjud, Taubat. Kami sujud lama – lama. Kami menangis. Tapi perniagaan tetap gagal. Rezeki itu Allah tarik kembali. Kami terduduk, hilang mata pencarian. Aku cuba mencari peluang kerja di sektor swasta, tapi tak mampu menyediakan upah pengasuh.

Anak – anak masih kecil. Aku cuba buat kerja freelance, sekadar cukup untuk beli barang dapur dan keperluan asas. Dalam tempoh itu, suami aku sem4kin hanyut. Sejadah hanya terdampar di tepi. PanggiIan solat sudah tak diendahkan. Fokus kami berbeza.

Dia masih merasakan hidup ini panjang. Aku pula merasakan masa kami m4kin suntuk. Hutang bertimbun, umur m4kin meningkat, keperluan anak – anak m4kin bertambah. Aku mula depresi. Rumah dipenuhi amarah yang aku sendiri tak sedar dari mana datangnya.

Dalam kekalutan itulah, aku tak sangka suami aku kembali jahiI. Dia mencari hiburan di aplikasi. Curang sana sini. Dia mula berjinak dengan ar4k. Dunia gelap yang aku tak pernah bayangkan. Dia pernah ditangkap basah. Aku ada bukti di depan mata.

Tapi aku memilih untuk memberi peluang kedua. Aku fikir demi anak – anak. Aku fikir mungkin ini ujian untuk aku bersabar. Dalam tempoh dua tahun, berkali – kali aku ditipu dan dicurangi. Berkali – kali juga aku memujuk diri sendiri untuk bertahan.

Atas tiket isteri, aku memaafkan. Tapi aku sedar, aku juga berd0sa. Aku menengkingnya setiap kali tekanan memuncak. Aku tahu dia tak redha aku meninggikan suara. Tapi aku benar – benar tak mampu mengawal emosi ketika itu. Tekanan itu terlalu kuat. Naluri aku mula meronta.

Satu hari, aku jumpa sekotak k0ndom dan baju kotor di dalam bonet kereta. Dunia aku runtuh sekelip mata. Aku meraung. Aku tak sangka kecurangan itu sampai ke ranjang. Aku terduduk di lantai parkir, menangis tanpa peduli orang lalu lalang. Malam itu aku pulang dengan jiwa yang kosong.

Aku tenangkan diri. Aku mohon ampun kepada Allah. Aku terima semua ini sebagai balasan atas perbuatan kami sebelum berkahwin dulu. Nauzubillah. Aku mula merasakan taubat kami tak diterima Allah. Sebab itulah ujian ini datang bertimpa – timpa. Aku reda, walaupun hati aku remuk.

Ya Allah, aku ikhlas memohon agar Kau ampunkan d0sa suamiku dan diriku. Betapa hinanya kami di sisi-Mu. Aku merasakan takut yang teramat sangat. Tapi suamiku tidak. Dia m4kin jauh. Kali ini, dia melampau. Rasa cinta aku m4ti serta – merta.

Dalam kekosongan itu, aku sedar sesuatu. Allah sebenarnya telah menyediakan aku bertahun – tahun lamanya untuk menghadapi hari ini. Allah kuatkan aku sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, aku masih berdiri. Aku mula mengumpul dokumen. Aku bersedia untuk perceraian.

Aku tak menyesal berkahwin dengannya. Aku cuma salah memilih jalan. Aku salah memilih pasangan. Aku sia – siakan sekeping ijazah demi cinta. Aku k0rbankan masa depan, serahkan jiwa dan raga atas nama cinta, yang rupanya hanya permainan nafsu dan sy4itan.

Bila aku ke pusat beli – belah bersama anak – anak, aku lihat pasangan muda berpeIukan, ketawa tanpa beban. Aku beristighfar. Aku pernah berada di situ dulu. Dan lihat aku sekarang. Aku terima balasan walaupun aku bertaubat. Atau mungkin taubat aku belum diangkat.

Hanya Allah yang tahu. Amalan kita di dunia ini, cukupkah? Kita rasa kita lebih baik daripada orang lain, tapi benarkah? Benarkah pahala kita lebih berat daripada mereka yang kita pandang rendah? Rahsia Allah tak pernah kita ketahui. Aku pernah berada di sana. Aku sudah melaluinya. Dan hari ini, aku merasai ubat dari perbuatanku sendiri. Adakah aku akan diampunkan, ya Allah? – Madame Q(Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nur Hidayah Senawi : Alhamdulillah sis dh sedar, it’s more than enough sis. Alhamdulillah sis masih diberi teguran oleh Allah untuk kembali kepada-Nya. Allah tak tengok kesalahan yang kita buat, Allah tengok usaha kita untuk bertaubat dan mintak ampun dari-Nya.

InsyaAllah Allah tu Maha Pengampun. Make sure bertaubat betul – betul dan jangan ulang balik kesilapan sebab risau takut anak akan terp4ksa tanggung d0sa mak ayah dia. Apa – apa pun sis bila Allah tegur sis, maknanya Allah masih sayang sis.

InsyaAllah. Terus kan istiqamah, kita ni sentiasa berd0sa dan sentiasa buat kesalahan sebab tu pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka. Saya doakan sis dan kita semua sentiasa mintak ampun dari Dia atas kesalahan yang dilakukan. Hugs for u sis. Pasal suami sis tu doa jugak selagi boleh berdoa. Kalau rasa bercerai tu boleh buat sis m4kin better, just keep on going doing that okay. Semoga kita semua dalam rahmat Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :