Saya tak suka anak menantu perempuan saya, suka buat muka ketat. Lepas tu pemalas, baju longgok tepi mesin basuh. Ingat saya kuli ke nak basuhkan?

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

kain baju longgok

Saya ni ok saja dengan anak-anak menantu saya, kecuali sorang. Betul, saya tak suka, malah saya paling benci dengan dia bila ada kat rumah ni. Asal anak menantu balik sini je saya dah resah, gelisah, menyampah. Saya kalau boleh…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin. Ni cerita mak mertua saya. Kami berdua memang rapat. Dia selalu kata dia rindu saya, dah macam anak sendiri dia anggap. Pak mertua pun sama. Kalau dah mula bersembang dengan saya, kalau boleh sampai ke subuh dia nak sambung.

Saya ni orang Sabah. Saya dengan isteri dua – dua kerja kat Sabah, jadi setahun sekali je kami balik jumpa mak dengan pak mertua. Bila dah balik tu, tak sah kalau tak cuti sampai sebulan. Mak ayah saya sendiri lainlah. Rumah diorang dekat dengan rumah saya, tempat kerja pun dekat. Hari – hari nak singgah pun boleh.

Mak mertua saya suka baca cerita rumah tangga kat page ni. Bila terbaca kisah orang tak ngam dengan mak mertua atau pak mertua, gelak-gelak dia sorang. Dia baca guna akaun FB kedua saya. Minat tu minat, tapi nak buka Facebook pun saya kena tunjukkan.

Dah belikan telefon canggih pun dia tak berapa pandai guna. Yang dia berkenan tetap Nokia picit-picit tu juga. Kali ni dia pula nak bercerita. Saya tukang taip je. Cerita ni pasal biras saya, isteri kepada anak lelaki bongsu dia.

Saya ringkaskan sikit sebab mak mertua cakap loghat Terengganu, pekat macam Ustaz Azhar Idrus. Saya ni orang Sabah pun boleh faham. Yang bawah ni mak mertua saya yang cerita. Assalamualaikum. Saya ni mak kepada enam orang anak. Kalau tanya cucu dah berapa, saya pun lupa nak kira. Ramai sangat. Yang baru lahir pun ada, kembar lagi.

Suami saya pencen cikgu. Saya pula suri rumah dari muda sampai ke tua ni. Agaknya sampai ke kuburlah saya jadi suri rumah. (Sampai sini mak mertua saya gelak besar.) Anak – anak saya semua dah kahwin. Menantu lelaki yang sporting, yang tengah tolong taip ni, suami kepada anak saya yang kelima.

Selalu saya baca kat sini cerita mak ayah mertua yang tak suka menantu perempuan. Kali ni biar saya pula cerita. Saya okey dengan semua anak menantu saya, kecuali sorang. Bini anak bongsu saya. Terus teranglah, saya memang tak suka dia.

Paling saya tak tahan bila dia ada kat rumah ni. Saya rasa anak – anak dengan menantu saya yang lain pun tak berapa suka dia, termasuklah yang tengah menaip ni. Kita panggil dia Joyah. Anak lelaki saya pula kita panggil Mamat. Dua – dua nama samaran, senang sikit saya nak cerita.

Kenapa saya tak suka Joyah? Bila jumpa saya dengan pak mertua dia, ketat je muka. Senyum pun tidak, apatah lagi nak mula bersembang. Bab baju pula, baju dia, seluar Mamat, sampai ‘sotong kering’ pun dia longgok kat tepi mesin basuh. Tak pernah saya nampak dia basuh sendiri. Dia nak tunggu saya basuhkan ke? Dia ingat saya ni orang gaji dia?

Masak pun malas. Kat rumah saya ni, masuk dapur pun dia tak pernah. Tunggu orang panggil makan je. Bilik yang saya bagi diorang tumpang tu bersepah. Bangun tidur dah tengah hari. Anak dia dengan Mamat yang bangun dulu.

Bila Mamat keluar jumpa kawan-kawan sekampung, dia duduk berkurung dalam bilik. Katanya nak jaga anak. Saya ni dah biasa jaga budak kecil. Apa salahnya bawa anak duduk kat ruang tamu? Bolehlah sembang dengan saya dengan ayah Mamat, cerita apa-apa pun jadilah.

Tahun pertama diorang kahwin, saya boleh tahan lagi. Ni dah masuk tiga tahun. Memang menyampah betul saya dengan perangai Joyah tu. Mamat dengan Joyah dua – dua kerja kerajaan kat Pahang. Joyah pun orang Pahang. Orang Pahang yang baca ni jangan marah pula, ya. Diorang agak kerap balik kampung sini, setahun dalam tujuh lapan kali juga. Anak manja jugalah si Mamat ni.

Asal dengar diorang nak balik, saya dah mula tak senang duduk. Dengan Mamat tak ada masalah. Dia anak bongsu saya, memang saya sayang. Cucu saya pun saya sayang. Tapi bila fikir Joyah pun balik sekali, eee, geram betul saya. Kalau ikut hati, saya nak Mamat dengan cucu saya je yang balik. Joyah tu biarlah duduk kat Pahang sana.

Dah banyak kali saya cakap kat anak saya, “Mamat, macam mana kau boleh tahan hidup dengan dia? Kau nasihatlah bini kau tu. Biar berubah sikit perangai dia.” Kerja kerajaan, tapi bila duduk rumah mertua, macam tulah perangainya.

Geram macam mana pun, saya masih ada rasa kesian. Kalau tak, dah lama saya suruh Mamat ceraikan dia, cari bini lain. Saya rasa kalau mak ayah mertua lain dapat menantu berperangai macam Joyah, entah berapa lama diorang boleh sabar.

Jadi saya nak pesan sikit kat orang yang baca page ni. Kalau rasa mak mertua, pak mertua, ipar, biras, beras segala tu tak suka korang, cuba tengok balik perangai sendiri juga. Baju sendiri korang basuh ke tinggal orang lain basuhkan? Bilik yang orang bagi tumpang tu korang kemas tak? Bila jumpa mak ayah mertua, macam mana korang layan diorang?

Kalau ada perangai yang tak elok tu, ubahlah sikit. Kadang – kadang ada masalah sikit dengan mertua, terus mengadu kat page ni. Perangai sendiri dekat rumah mertua tu pun kena tengok juga. Maaflah kalau ada yang terasa. Sekian cerita daripada mak mertua yang saya sayang.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5170 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.