Terlopong aku bila nampak mak jatuh tandas, aku ketawa senyap2 rasa d3ndam terbaIas

Aku g4duh besar dengan mak. Aku cakap kat mak, “pasni kau jangan mintak tolong dengan aku. Sebab aku susah pun kau tak tolong. Kau mengungkit. Aku tak akan bawak kau pegi mana – mana lagi kalau kau soh aku bawak!” Lepas aku kahwin dan aku ada anak, buat pertama kali aku rasa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan luahan aku ni. Korang semua leh panggil aku Ju. Berumur 34 tahun dan berasal dari selatan tanah air. Sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata yang masih kecil.

Pertama sekali, nak bagi warning. Luahan nie agak panjang. Terpulang pada korang nak baca atau tidak. Kisah yang aku paparkan memang kisah benar belaka. Ok aku mulakan. Aku anak tunggal dalam keluarga. Sejak aku kecil lagi, aku memang “panas” dengan mak aku.

Aku hanya boleh ngam dengan ayah aku, tapi tidak mak aku. Apa – apa masalah memang aku akan refer pada ayah aku. Mak dan ayah aku memang garang. Aku pernah baca 1 buku doa, iaitu doa untuk melembutkan hati orang yang keras.

Aku baca doa tu pastu aku tiup kat mak aku. Sampai tahap macam tu sekali mak aku punya garang. Aku hampir – hampir pernah kene ketuk dengan hammer oleh ayah aku sebab aku merayap pegi rumah orang. Waktu tu aku darjah 1.

Memang aku rajin merayap rumah orang, sebab bosan kat rumah takde kawan. Dan ayah aku pernah ik4t aku kat tiang lampu atas sebab yang sama. Setiap kali aku kena marah dengan ayah aku, memang mak aku tak pernah backing aku.

Mak aku akan m4kin memarakkan lagi keadaan. Tapi bila mak aku marah aku, ayah lah yang jadi penyejuk. Mak aku memang surirumah sepenuh masa. Waktu aku darjah 3, kawan – kawan aku datang beraya kat rumah.

Kitorang seronok la berbual – bual sambil bergelak ketawa. Pastu kitorang cerita pasal classmate yang lain, termasuk la pasal classmate yang lelaki. Bila mak aku dengar aku sebut nama classmate lelaki, mak aku jeling dan cubit peha aku tanda dia tak kasi aku sebut nama lelaki.

Keadaan tu buat aku f0bia nak sebut nama lelaki kat dalam rumah. Bila kawan – kawan aku datang, diorang cerita pasal classmate lelaki, aku terus gigil (seriously menggigiI sebab takut mak aku marah) dan aku akan cuba ubah topik biar diorang tak cerita pasal budak lelaki.

Waktu aku darjah 5, mak dan ayah aku berg4duh teruk. Waktu tu pulak tv kat rumah aku tetiba rosak. Aku ingat lagi masa tu, ayah aku pegi amek plug tv tu pastu h3mpas banyak – banyak kali ke dinding sampai plug tu pecah dan dinding rosak.

Ayah aku jerkah mak aku “kau punya pasal tv nie rosak!”. Mak aku masa tu hari – hari menangis tak silap aku dalam seminggu diorang tak bertegur sapa. Yang jadi kemarahan aku ialah, mak dan ayah aku berg4duh. Tapi kenapa mak pun buat macam aku yang salah?

Mak langsung taknak tegur aku, taknak layan aku. Semua urusan baju – baju sekolah, makan etc ayah aku uruskan. Ayah aku cakap, biar mak dalam dunia dia. Ayah ada dengan Ju. Bila diorang berbaik semula, aku la insan paling happy kat muka bumi nie sebab akhirnya mak aku nak layan aku dan bercakap dengan aku.

Dipendekkan cerita, waktu aku darjah 6, kitorang terp4ksa pindah ke daerah lain sebab ayah dapat tukar tempat kerja. Bila kat daerah yang baru ni, ekonomi ayah ade sikit terjejas dan mak terp4ksa kerja untuk bantu ayah.

Ayah waktu ni dah m4kin jadi seorang yang tenang. ayah dah tak garang macam dulu. Mungkin faktor usia. Dan waktu mak dah mula kerja, arw4h atok dan nenek beIah mak mula s4kit. Mak mula jaga arw4h gilir – gilir dengan adik beradik yang lain.

Penat bekerja dan ditambah dengan penat jaga arw4h atok dan nenek buat mak aku m4kin garang dengan aku. Ade je tak kena kat mata mak aku. Hari – hari aku kena marah walaupun salahnya sikit dan ayah lah yang pujuk aku.

Kata ayah, mak jadi macam tu sebab penat. Sampai la aku menginjak ke tingkatan 2, atok dan nenek aku dijemput Ilahi. Tak berapa lama lepas tu mak aku pulak di detect ade ketumbuhan dalam rahim. Punca tu lah yang wat mak aku susah nak mengandung dan senggugut teruk setiap kali period.

Mak aku masuk wad dan perlu di0perate. Waktu ayah bawa aku melawat mak kat hospitaI, ayah minta aku jaga mak. Tapi aku geleng kepala. Aku taknak. Alasan aku, aku sekolah. Masa tu mak dengar perbualan kami. Aku nampak mak menangis tapi hati aku keras.

Dalam usia mak aku 38 tahun, mak aku dah takde rahim. Rahim mak terp4ksa dibuang sebab dah teruk terjejas. Waktu mak dah takde organ paling penting wanita tu, mood mak m4kin dahsyat. Aku disuruh buat kerja kat dapur, tapi bila aku ade kat dapur, aku kene haIau sebab katanye menyibuk. Nak masak pun susah.

Ade 1 hari tu, mak aku marah aku giIa – giIa. Then mak aku gi bilik air nak mandi. Kat dalam bilik air, mak aku jatuh. Aku mase tu terus terbukak luas mata aku nampak mak aku jatuh dan aku ketawa senyap – senyap. Masa tu aku rase macam d3ndam aku terbaIas.

Langsung aku tak tolong mak aku. Aku biarkan dia bangun sendiri, pastu aku bIah tengok tv kat ruang tamu. Waktu aku lepas PMR, aku dapat offer masuk sekolah teknik. Kawan – kawanaku majority sume dah dapat surat offer, tapi aku tak dapat pape.

Aku anggap je aku takde rezeki walaupun result aku boleh dik4takan ok sangat. Berapa minggu sebelum kawan – kawan aku lapor diri kat sekolah teknik, ayah panggil aku. Ayah kata, aku dapat offer sebenarnya. Tapi mak sorok surat aku, mak tak kasik aku pergi.

Aku masa tu macam marah giIa dengan mak aku, kenape la dia wat aku macam ni. Pastu mak aku tak bagi aku pergi. Aku berkeras nak pergi jugak, akhirnya mak aku lepaskan aku. Duduk asrama, hidup aku rase tenteram, aman, bebas. Takde orang marah, takde orang pekik, jerkah aku.

Aku tak peduli mak aku nak nangis sebab rindukan aku ke ape ke. Yang penting aku dah bebas dari rumah. Lepas SPM, aku masuk driving school. Ayah aku sponsor. Tapi test JPJ aku gagal. Aku balik rumah, mak aku terus meng4muk m4ki – m4ki aku sampai aku pikir tahap nak bunvh diri je.

Aku dah siap amek pis4u nak kelar tangan kat dlm bilik. Tapi Alhamdulillah aku masih rasional lagi waktu tu. Aku tak jadi bunvh diri tapi aku tak bercakap dengan mak. Kali kedua test baru lulus. Dipendekkan cerita, lepas SPM aku dapat offer sambung belajar.

Lagi jauh dari rumah aku beratus kilometer. Memang aku happy sangat. Kat tempat belajar, memang idup bebas la tapi aku still ingat batas – batas dalam agama. Lepas abes belajar, aku dapat offer keje kat Putrajaya. Waktu tu aku kerja kat stesyen minyak dalam setahun lebih.

Oleh sebab duit tak berapa nak ade, aku mintak tolong mak aku pinjamkan aku duit untuk aku pegi Putrajaya sane. Mak aku tiba – tiba menangis dan aku terus macam blur. Mak aku cakap, ko ni dah susah sangat ke sampai tahap nak pinjam – pinjam duit mak.

Pastu mak aku cakap la dia dulu susah tak pernah mintak tolong kat mak bapak dia dan dia masuk bilik, amek sampul surat pastu kasi kat aku. Aku amek, ade dalam rm1k ++ dalam tu. Pastu mak aku cakap, tu sume duit yang aku kasi kat mak aku sepanjang aku kerja.

Dia tak usik pun. Dia soh aku amek duit tu tapi aku amek 100 je. Aku memang betul – betul bingung mase tu kenape mak sampai tahap menangis, mengungkit. Sebab aku nak pinjam duit dia kot nanti dapat gaji aku bayar la.

Waktu tu ayah tengok je drama yang jadi. Tup tup hp aku masuk mesej. Rupanye ayah aku mesej aku. Ayah aku tanya, kenape tak mintak duit kat dia? Kenape mintak kat mak? Sebab kalau mintak kat mak, memang kompem jadi drama.

Start dari tu apa – apa sume aku tak cakap kat mak aku. Aku cakap dan mintak kat ayah je. Duit rm100 yang aku pinjam tu pun aku dah pulang balik dah malah berlebih – lebih lagi aku kasi kat mak. Oleh sebab aku kerja jauh dari rumah beratus kilometer, aku akan balik sebulan sekali.

Aku pun dah ade kereta sendiri waktu tu. Ntah kenape ade skali waktu aku balik tu, aku g4duh besar dengan mak. Aku tak ingat apa puncanye tapi yang aku ingat, aku cakap kat mak “pasni kau jangan mintak tolong dengan aku. Sebab aku susah pun kau tak tolong. Kau mengungkit. Aku takkan bawak kau pergi mana – mana lagi kalau kau soh aku bawak!”

Mak aku memang tak pandai bawak kete so pegi memane memang aku je yang bawak kalau aku balik. Dah namanye mak sendiri, aku pun tak sedap la berg4duh lama – lama dengan mak. Aku mintak maaf kat mak aku dan mak aku maafkan.

Kami memang kerap berg4duh dan aku kerap meIawan. Sampai la aku nak kahwin, mak aku tak kasi aku duduk sendiri. Mak aku soh aku dok sekali. Aku mase tu taknak la sebab dah kahwin kan. Lagipun aku dah dapat transfer balik negeri aku sendiri dan rumah sewa aku pun dekat je ngan rumah mak.

Aku cakap kat mak, yang masa mak kawen dulu pun mane ade mak duduk umah nenek? Terus duduk sendiri kan? Mak aku diam je. Ni aku dah 6 tahun kawen, dah ada 2 orang anak. Mak aku pun dah pindah duduk kampung.

Semenjak aku jadi ibu buat pertama kali, aku dapat rasa hati seorang ibu. Aku jadi m4kin sayang pada mak aku. Setiap kali mak aku nak datang rumah, aku lah insan paling gembira skali. Malah aku p4ksa mak ngan ayah duduk lama – lama kat rumah aku, tak kasi dorang balik.

Mak aku pun dah berubah sangat semenjak dah ada cucu ni. Aku kalau boleh hari – hari nak peIuk civm mak aku, tapi agaknye eg0 aku masih tinggi melangit, aku cuma peIuk mak aku waktu salam hari raya je. Padahal hati mer0nta – r0nta nak civm dan peIuk mak puas – puas sebab aku pikir, mak dan ayah aku takkan selamanya ade.

Untuk semua, hargailah ibu dan ayah. Percayalah, bila kita sendiri dah jadi seorang ibu, kita akan faham bagaimana rasa hati seorang ibu. – ju

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.