
Emak mertua pula, walaupun s4kit, tetap suka membebel. Lagi – lagi kalau aku tengah makan, memang waktu itu lah nak keluar suara – suara sindir. Kena perli pasal buang sampah, kena hempas pintu bila aku tengah makan, seolah – olah aku ini tak ada maruah langsung dalam rumah tu.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku harap admin dapat luluskan luahan hati aku ini. Nama aku Alim, sudah berkahwin. Kalau kebanyakan cerita yang kita selalu dengar ialah mertua menindas menantu perempuan, kali ini aku nak kongsikan cerita aku pula, mertua menindas menantu lelaki.
Ini bukan cerita rekaan, ini kisah hidup aku sendiri yang aku simpan lama dalam hati sampai aku rasa sesak nak bernafas. Ya, aku tinggal dengan keluarga mentua. Bukan sebab aku tak mampu atau tak ada rumah sendiri, tapi sebab atas permintaan isteri aku.
Dia nak duduk dekat dengan mak dia yang tak berapa sihat. Aku faham perasaan dia, sebab aku pun ada mak. Malah mak aku lagi la ibu tunggal, tinggal seorang diri sejak ayah aku meninggaI dunia beberapa tahun lepas. Tapi atas dasar tolak ansur dan kasih sayang, aku turutkan juga permintaan isteri aku.
Aku siap berbincang dengan kakak aku dulu, sebab kakak aku pun tahu aku ni jenis tak suka menyusahkan orang. Rumah aku sebenarnya dah sedia, lengkap semua. Boleh sahaja kalau kami nak pindah masuk rumah aku sendiri. Kalau menantu perempuan pun kadang – kadang tak selesa duduk dengan mertua, kami yang lelaki ini pun nak privasi juga sebenarnya.
Mula – mula semua nampak okay. Isteri aku cakap mak dia okay, adik beradik dia pun tak ada masalah. Adik beradik dia seorang lelaki, abang, dan tiga perempuan termasuk isteri aku. Rumah dia biasa sahaja, tak besar mana. Tapi bagi aku memang tak ada langsung privasi. Bilik pun rapat – rapat, ruang tamu kecil, dapur pun sentiasa penuh orang.
Aku ni kerja sendiri. Aku cuma perIukan laptop dan Internet sahaja untuk buat kerja. Pendapatan aku pun lebih dari cukup kalau nak ikutkan. Untuk belanja rumah mentua, aku bagi. Sedangkan adik beradik dia yang dah bekerja pun tak buat macam tu.
Aku tak hulur terus dekat mak dia sebab aku tak nak orang rasa malu atau terasa. Jadi aku bagi duit dekat isteri aku sahaja, biar dia yang uruskan. Beberapa bulan pertama aku sabar. Aku fikir mungkin aku yang kena biasakan diri. Tapi lepas beberapa bulan, mula keluar per4ngai buruk masing – masing.
Aku ada pejabat kecil sendiri untuk fokus buat kerja. Tapi ada hari aku malas nak keluar, aku duduk sahaja dalam bilik sambil buat kerja. Bila aku duduk dalam bilik, mula lah masing – masing berbunyi. Kata aku biawak hidup, kata aku pemalas, kata aku tak tolong buat apa – apa dalam rumah.
Paling aku terasa bila adik beradik dia yang menganggur tu yang paling kuat bersuara. Emak dia pula, walaupun s4kit, tetap suka membebel. Lagi – lagi kalau aku tengah makan, memang waktu itu lah nak keluar suara – suara sindir. Aku makan duit aku sendiri.
Aku dah bagi duit makan, bayar bil rumah, bayar Internet. Nak suruh aku buat apa lagi? Memasak? Sidai baju? Adik dia yang duduk dua puluh empat jam depan televisyen main telefon dan motor saja tu buat apa? Tapi aku pula yang kena perli pasal buang sampah, kena hempas pintu bila aku tengah makan, seolah – olah aku ini tak ada maruah langsung dalam rumah tu.
Ayah dia pula tak kerja dari dulu. Asyik lepak kedai kopi sahaja. Sekarang sebab dah tak boleh keluar sangat, duduk terperap dalam rumah. Tapi mulut masih sama, asyik perli aku. Perli aku duduk rumah mertua, perli aku tak buat kerja rumah, perli aku makan duit anak dia.
Kadang – kadang terlintas juga dalam hati, nak sahaja aku sembur depan muka mereka satu persatu. Nak kira guna kalkulator berapa banyak duit aku dah keluarkan untuk rumah ni. Tapi aku tahan, sebab aku fikir aku lelaki, aku suami orang, aku kena jaga air muka isteri aku.
Masalahnya, mulut mereka memang celupar. Setiap hari ada sahaja benda yang buat aku rasa kecil hati. Ada satu hari tu, aku balik dari pejabat sebab migrain, aku terus baring dalam bilik. Tiba – tiba aku dengar adik ipar aku cakap kuat – kuat dekat ruang tamu, “Tu la, suami orang makan minum free, buat macam hotel pula rumah ni.” Masa itu, d4da aku rasa sempit. Aku tak buat apa – apa, aku cuma diam.
Aku bagitahu isteri aku yang aku dah tak tahan dan aku nak pindah. Aku cakap baik – baik, bukan marah. Tapi dia cuma diam. Dia kata dia tak sampai hati nak tinggalkan mak dia. Dia juga tak pernah nak bagitahu mak dia yang sebenarnya aku hulur duit untuk rumah ni. Katanya takut mak dia malu. Tapi dalam masa yang sama, aku yang kena tanggung semua perli dan sindiran.
Aku cakap dekat isteri aku, nak jaga mak ayah, aku pun ada mak. Mak aku lagi la perIukan aku. Syurga aku pun bawah tapak kaki mak aku juga. Masa aku bagitahu keputusan aku, isteri aku menangis. Dia kata aku k3jam. Tapi aku tanya balik, k3jam ke aku nak hidup tenang dengan isteri sendiri?
Kalau aku boleh toleransi dengan adik beradik aku, kenapa dia tak boleh toleransi dengan mak aku pula? Ingat lelaki sahaja ke yang kena berk0rban semua benda, tinggalkan mak ayah? Ingat hati aku ini tak ada perasaan ke? Tak ada rasa nak duduk santai tengok televisyen, masak sama – sama dengan isteri dalam rumah sendiri?
Aku dah bagi masa dekat isteri aku untuk fikir. Aku tak p4ksa dia terus. Tapi aku dah tetapkan dalam hati. Kalau dia tak nak ikut juga, aku balik jumpa dia sekali sekala sahaja atau dia datang rumah aku sendiri. Aku sedih nak cakap macam ini, tapi aku kena jaga diri aku juga.
Aku tak sanggup hidup dalam rumah yang setiap hari aku rasa macam orang luar. Kalau dia tetap tak nak ikut, dia kena tanggung akibat keputusan dia sendiri. Jangan salahkan aku kalau rumah tangga ini jadi renggang. Lelaki pun ada hati yang perlu dijaga. Bukan semua lelaki kuat telan h1naan. Ada masa, kita pun penat, kita pun nak rasa dihargai, bukan sekadar dijadikan mesin duit dalam keluarga orang lain. – Alim (Bukan nama sebenar)
Ulasan pembaca :
Afrah Radzi : Kalau aku jadi kau, aku pindah keluar duduk rumah sendiri yang dah lengkap semua perabot tu. Isteri nak stay dengan mak ayah dia silakan. Nafkah hulur macam biasa. Kadang – kadang kena buat cara macam ni baru isteri ni nak terdetik rasa bersalah. Kau ada depan mata dia 24 jam, dia rasa s3cure. Dia rasa kau takkan pergi mana – mana. Dia rasa selamat. Once kau dah angkat kaki, dia tau lah macam mana. Nanti dia sendiri sedar la, patut tak patut perbuatan dia tu.
Atikah Jamaludin : Semua adik beradik nak menyumbat dalam satu rumah dah kenapa? Memang la takde pr1vacy. Memang ya, sayang kat mak. Tapi tu la, bukan tak boleh buat jadual. Setiap hujung minggu balik rumah mak tu jenguk dia. Yang adik beradik lain duduk ramai – ramai dalam rumah tu tolong buat apa? Tolong tadah mulut time makan ke apa?
Ema Sofea : Sebenarnyalah erk. Puncanya mulut, mulut kalau tak reti jaga cakap ikut sedap je memang tak ada menantu lah yang betul – betul rapat. Kenapa kalau kita tengok ada keluarga tu bahagia dengan menantu dan boleh jadi geng, sedangkan keluarga kamu pecah beIah.. sebab MULUT.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.