
Duit aku habis bayar bil. Bila air RM500 sebab adik – adik aku suka mandi lama. Bil elektrik RM500 sebab adik – adik suka bukak semua lampu. Dekat rumah aku ada 2 freezer, 2 peti ais. Mak aku kata senang untuk bagi..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku seorang anak perempuan dalam keluarga yang suka membazir. Di sini aku kenalkan diri aku sebagai Yaya. Aku berusia lingkungan 20 an dengan gaji sebanyak RM900 setiap bulan. Aku mempunyai emak dan 6 orang adik beradik lagi.
Abang aku bakal berkahwin tidak lama lagi. Adik – adik aku 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Seorang adik perempuan mnghidap PTSPD iaitu sejenis peny4kit mental selepas mak ayah bercerai. Seorang lagi adik terus menjadi bisu tidak mahu bersosiaI dengan dunia luar semenjak mak ayah bercerai.
Dan seorang lagi adik lelaki. Dia susah nak ke sekolah kerana sering dibuang sekolah sebab terlibat masalah disiplin. Adik lelaki tidak mempunyai apa – apa kerja. Kerjanya hanyalah minum bier, m4buk, berg4duh, lumba motor dan akhir sekali balik rumah minta wang dekat mak.
Mak? Terp4ksalah beri wang kepada adik setiap hari kerana tidak mahu adik melakukan jen4yah. Ayah? Dia seperti chips more. Kadang – kadang muncul kadang – kadang hilang. Nafkah anak? Mula – mula RM1500. Beberapa bulan kemudian RM1000.
Kemudian berkurang kepada RM700. Kemudian RM500. Jadi begitulah kitaran nafkah ayah kepada anak – anak. Anak – anak mana? Anak perempuan termasuk aku yang belum berkahwin dan adik lelaki aku. Dengan RM500 tulah tanggung hidup kami 5 beradik.
Tapi bukan hal itu yang aku nk ceritakan. Ceritnya begini. Aku dalam dilema antara diluah m4ti emak dan ditelan m4ti bapa. Aku gaji RM900. Di rumah ini ada 6 orang termasuk mak. Setiap bulan ini bil – bil rumah aku, Air – RM500, Api -RM500
(Biasanya aku dan emak bergilir – gilir bayar. Tetapi emak akan bayar ansur – ansur RM100 sahaja, aku? Akuu terus lum sum. Tetapi setiap bulan bil tetap RM500) Maintenance rumah – RM250. (Biasanya mak bayar guna wang nafkah ayah, atau guna wang JKM mak)
Loan rumah – RM750 @ RM450. (Loan rumah biasanya aku bayar menggunakan wang nafkah ayah sebab ayah cakap duit nafkah ini RM500 untuk bayar rumah jika tidak bayar bank sotong akan sita rumah). Masalah aku :
1) Gaji aku kecik.. aku tidak mampu untuk sara bil – bil. RM900 tuu termasuk makan minum tambang bas ke tempat kerja, wang em3rgency, duit belanja dapur. Mak sudah mula bising aku tidak memberi wang bulanan kepada mak. Aku hanya beri untuk belanja raya.
Bukan aku tidak mahu beri, Tetapi ibu mahu RM200. Mana nak dapat jumlah RM200? Aku masih membeli segala keinginan dan keperluan ibu setiap bulan yang Mana jumlah itu cecah lebih RM200. Jika aku beri RM200 mak masih mahu aku belikan keperluan nya. Untuk setengah orang mungkin masalah ini remeh. Tetapi tidak bagi aku. Mak aku lain. Jika tidak dipenuhi pasti berbakul – bakul m4kian yang aku perlu telan..
2) Adik beradik aku suka duduk didalam bilik air lama2. Dan suka mngunakan air dlm jumlah yang bnyk. Aku stress !!! Setiap bulan bil air RM500. Apabila aku tegurr mak marah – marah. Mak back up adik beradik. Jadi aku str3ss sangat. Ada kawan – kawan nasihat minta tegur ibu, Tetapi aku sudah buat semua ituu. Tetapi setiap bulan bil air masih RM500.
Jadi jika tidak bayar akan tertunggak. Jika bayar ansur – ansur akan tertunggak juga. Aku tidak tau apa lagi caraa mau kurangkan penggunaan air dalam rumah aku. Yang menjadi m4ngsa bayar bil air? Aku lah!! Jika tidak? Mak akan marah marah bil tinggi. Mak cakap mahu jumpa pengarah air untuk bincang isu ini, entah la. Aku buntu.
3) Bil eletrik. Setiap bulan RM500 bil api. Tinggi bukan? Ya amat tinggi. Adik beradik aku suka buka lampu ketika tidur malam. Lampu bilik la, lampu bilik air la, lampu dapur la. Str3ss aku !! Selain itu di rumah ada 2 peti ais, 2 freezer. Tiada apa – apa kepentingan pun cuma mak cakap kalau mak dah tiada boleh buat modal adik beradik meniaga.
Aku amatlah tertekan dengan sikap mak ini. Freezer dan peti ais penyumbang utama kenaikkan bil api di rumah. Sudah berbuih mulut menasihati, tetapi akhirnya salahh aku yang dicari. Jadi setiap bulan jika aku membayar bil api RM500 gaji aku tinggal RM400. Begitulah sebaliknya. Aku str3ss!!
Jika aku berkeras hati tidak mahu bayar, nanti mak guna wang JKM bayar secara ansuran tetapi bil bulan depan pasti meninggi. Dan kemudian mak akan marah – marah dan tidak bercakap dengan aku kerana marah wang bantuannya bayar bil.Wang bantuan mak cuma RM300. Kerana mak kategori pes4kit kr0nik dan ibu tunggal. (Mak ada strok dan diagnosed peny4kit narcist).
4) Belanja dapur. Cukuplah aku bercakap bahagian aku. Ya, apa – apa saja makanan dibeli pasti habis dalam masa sehari atau seminggu. Di rumah aku semua orang dewasa. Aku str3ss kerana tidak dapat mengawal makan minum keluarga. Belanja untuk makan minum RM300 – 500 sebulan. Mahalnya? Ya. Begini kira – kira belanja rumah aku :
1) Pasar pagi : RM250 × 2 Kali sebulan. (Ayam, ikan, sayur, buah, snek, makanan kering ) kenapa RM250? Ayam 3 ekor, ikan 5-6 kilo. Buah? Bermacam2 jenis, sayur? Lagi banyak lah. Kenapa? Mak cakap rumah ramai orang.
2) Pasar raya besar : RM150-250 × 3-4 kali sebulan. Macam biasa lah beli ayam ikan sayur buah, makanan kering.
3) Makanan hipster × 4 kali seminggu. (Kek secret recipe, ayam KFC, burger macdonald, dan. Bla bla.. jika aku tidak membeli, emak dan adik – adik akan palau aku selama berbulan – bulan)
5) Hari raya? Mak akan belikan adik – adik 3 orang itu pakaian. Aku dan abang? Mak cakap kami dah kerja jadi pandai – pandai lah. Dan kalau mak belikan pun pasti baju aku bawah RM100. Baju adik? RM200 – RM500. Tipu? Terpulang. Tetapi ini yang aku lalui.
Di rumah aku, mak didik kami dari kecil untuk habiskan makanan dalam masa sehari. Mak cakap takpa makan saja esok – esok adalah rezeki lain. Dan hasilnya? Belum tentu esok tu ada rezeki. Apa saja makanan pasti habis cepat. Aku str3ss sangat kerana selalu ik4t perut di tempat kerja, tidak boleh berfesyen seperti kawan – kawan lain. S
emua yang aku mahu semua terhalang kerana aku menanggung keluarga. Umur aku sudah ke hujung – hujung 20an. Tetapi aku tiada apa – apa. Yang pasti setiap hujung bulan pasti mak marah – -marah tiada apa mahu dimakan. Abang aku? Dia hanya menyara diri sendiri saja.
Dia kerja dan mampu membelikan apa – apa saja keperluan dia seperti baju, makanan, vape, keluar dating. Dia juga sudah muak dengan sikap keluarga ini yang suka boros dan membazir. Dia sudah tidak menyara kami sejak 3 tahun sudah.
Aku? Baju dalam pun susah 4 tahun guna. Itupun hanya 2 helai saja. Baju – baju lain? Hanya mengharap kawan – kawan aku bagi. (Aku ada kawan – kawan yang suka bagi baju). Oh yaa kenapa gaji RM900? Kerana itu saja pekerjaan yang dekat dengan rumah.
Mak pes4kit kr0nik jadi jika dekat jika jadi apa – apa senang la aku pantau. Tapi tidaklah dekat sangat. Cuma perlu wang tambang dan wang makan di tempat kerja. Bagaimana ya? Aku cuma mahu wang hasil penat kerja untuk aku guna sikit pun jadiklah. Tetapi akhirnya? Hmmmm.
Aku sudah berkerja hampir 3 tahun.Tetapi tiada saving apa – apa. Takaful pun tiada. Mohon ada pendapat yang bernas ya. Semoga kalian dimurahkan rezeki. Bagi pendapat kepada aku bagaimana 6 orang dewasa perlu tinggal dengan bil yang rendah dan makanan yang tidak perlu dibazirkan. – Yaya (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Adibah Solehah Che Hasan : Hmm.. pindah je lah buat sementara ni.. biar dorang merasa air tu kena p0tong, api kena p0tong.. berlapar… pepandai lah dorang nanti. Menda macam ni, kalau takde tindakan, selagi adik masih support.. selamanya lah sama je keadaan tu.
So adik.. selamatkan diri adik dulu.. simpan untuk diri sendiri. Bagi duit bulanan kat mak ikut kemampuan je. Since kes ni bukanlah terdesak.. tapi banyak pembaziran berlaku. Tambah : kalau mak marah – marah nak pindah.. cakap kat mak, saja nak tunjuk mcm mana keadaan kalau adik ni takde, sape lah yang tolong cover ni semua.. biar semua orang sedar dan insaf.
Fara Li : Maaf tapi cuma nak luahkan pandangan sangat sebab selalu bila baca confession yang ada masalah keluarga macam ni, mesti ada anak lelaki dewasa atau sulung yang akan lepas tangan, bela diri sendiri je. Lepas tu ada adik – adik bawah ramai dan tak guna.
Lepas tu mak pulak jenis suka m4ki – m4ki bila kehendak tak dituruti. Banyak juga bermula puncanya sebab si ayah yang culas dalam pelbagai aspek seperti nafkah, ilmu agama, per4ngai etc.. Saya kasihan pada confessor. Tapi saya nak tahu apakah kelayakan akademik confessor yang sampai sanggup untuk bertahan bekerja selama 3 tahun dengan gaji cuma RM900? Gaji pekerja buruh w4rga asing pun lagi banyak tau. Lama sangat tu 3 tahun.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.