
Aku rasa kakak tak layak dapat upah lebih sebab dia duduk rumah aku free. Waktu tu, dekat dalam bilik m4yat adik beradik datang ser4ng aku. Mereka salahkan aku. Anak aku tr4uma terus jadi tak boleh bercakap. Dia rindukan arw4h..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua… Aku tak pandai tulis-menulis tapi aku harap confessor yang tulis pasal kakak dia jadi babysitter tu (Suami merungut, marah sebab aku bagi gaji RM1500 dekat kakak tolong jaga anak aku. Aku nekad ambik hibah, letak nama kakak), bacalah pengalaman aku. Jadikan pengajaran.
Aku pun sama macam kau. Kakak aku jaga anak aku. Alasan aku ambil kakak sebab tak nak anak aku kena d3ra je. Adik beradik aku semua belajar tinggi – tinggi. Kakak aku nombor dua ni je belajar setakat diploma. Pun sama jugaklah, jenis orang lembut baik hati. Tak sambung belajar walaupun dia paling bijak antara semua sebab arw4h ayah aku jatuh s4kit str0k.
Orang baik memang kita suka ambil mudah. Sebab kita dah biasa dia buat baik. Tak ada rasa pelik ke apa, tambah pula jumpa dengan aku yang tak baik ni. Masa awal dapat anak, aku fikir rumah tangga aku, anak, harta benda aku dengan karier aku.
Aku tak fikir pasal orang. Sebab tu aku p4ksa kakak aku tinggal arw4h ayah aku yang s4kit, ikut aku jaga anak aku dekat KL. Aku cakap mak aku sorang dah boleh jaga, buat apa ramai – ramai. Aku pujuk mak aku. Mak aku sayang cucu, takut cucu kena d3ra, kena bvnvh.
Dia pujuk kakak aku jaga anak aku dekat KL. Aku cakap aku bayar lah. Bukan free. Kakak aku niat dia nak duit boleh bagi mak ayah aku je. Sebab aku tahu kakak aku selalu mengadu kesian dekat mak ayah, tandas sempit nak betulkan tak ada duit.
Padahal anak – anak ada tujuh, enam orang kerja besar. Balik raya bersusun kereta besar. Tapi nak besarkan tandas pun kedekut. Kakak aku yang paling susah, tak ada duit tu yang fikir. Yang lain besarkan rumah dekat bandar, besarkan kereta. Aku kutuk diri sendiri jugak, aku salah seorang yang b0doh tu.
Ringkas cerita, aku bagi kakak aku RM500 sebulan. Aku kata jaga anak sorang je, pukuI 7 sampai 6. Awal – awal tu ye lah. Masuk bulan kedua, aku dengan laki aku dah selesa sangat ada kakak aku jadi bibik cum babysitter anak. Kerap aku melencong tengok wayang lah, karaoke, beli barang dapur lah siap dinner laki bini. Balik rumah anak aku dah tidur. Sabtu Ahad je aku pedulikan anak.
Ada opismate aku aka BFF aku tegur, kata aku bayar murah giIa. Patut bagi seribu sebulan. Aku g4duh dengan BFF aku sebab menyibuk. Aku siap bangga dekat kakak aku, simpanan aku dengan anak aku cecah ratus ribu. Yelah, gaji aku puluh ribu.
Aku bagi kakak aku RM500, kalau nak masak tengah hari tak cukup barang dia jalan kaki bawa anak aku beli dekat kedai runcit bawah rumah. Aku tak rasa nak ganti pun balik duit dia sebab aku rasa aku dah bagi duduk free, makan free, bil free. Biarlah dia beli jugak barang basah.
Sampai satu hari, kakak cakap nak ajak aku share duit besarkan tandas rumah ayah aku. Aku marah sangat sebab aku rasa tak boleh kacau duit gaji aku sebab aku nak simpan untuk bersara dan anak aku masuk universiti besar nanti. Aku suruh kakak aku buat makanan pek, jual dekat rumah. Aku tolong iklankan dekat FB kondo aku.
Sejak kakak aku berniaga, rumah dah tak bersih macam dulu. Balik kerja aku kena mengemas. Laki aku dah geleng kepala dan komplen. Masak pun dah jarang, aku dengan laki aku kena bungkus makanan. Dulu selalu masak, sekarang dah sibuk.
Aku biarkan je kakak aku buat dua kerja. Aku cakap dekat laki aku biar je lah, nanti kakak aku minta aku bayar pulak duit betulkan jamban ayah. Laki aku pun setuju sebab dia pun tengah jimat kumpul deposit nak beli Vellfire. Laki aku langsung tak nak tolong bab bagi duit kat family aku.
Aku okey je sebab aku pun tak nak tolong. Aku dah bagi kakak RM500 tiap bulan, mak ayah RM500. Aku rasa dah cukup. Tiba – tiba aku tengah meeting dekat ofis, laki aku call suruh aku balik tengok kakak aku. Jiran bagitahu kakak aku jatuh. Aku fikir anak aku je masa tu, sikit pun aku tak risau kakak aku.
Sampai rumah aku tengok kakak aku tak ada, jiran dah bawa pergi hospital. Kakak aku pengsan masa tengah masak. Mujur pintu tak tutup. Jiran depan rumah dengar anak aku nangis sejam, dia pelik sebab tak pernah anak aku nangis – nangis. Rupanya kakak aku dah pengsan.
Kakak aku k0ma, pembuluh d4rah kepala pecah. Doktor cakap str3ss melampau, badan letih dan tak cukup rehat. Kakak aku k0ma lima hari, lepas tu meninggaI. Hari kakak aku meninggaI tu, baru aku sedar aku zaIim dengan kakak aku. Adik – beradik aku yang lain datang ser4ng aku.
Dekat bilik m4yat, sorang – sorang datang herdik aku. Kenapa lepas kakak aku m4ti baru semua nak datang m4ki aku, masa kakak aku minta tolong betulkan tandas ayah semua tak nak bagi. Sama je dengan aku. Sebulan kakak aku pergi, ayah aku sedih sangat. Ayah aku menyusul pergi jugak.
Kehidupan aku pulak tunggang – langgang. Aku terp4ksa ambil banyak cuti sebab anak aku tak nak duduk taska. Tiga bulan lepas kakak aku meninggaI, anak aku s4kit on off. Aku g4duh besar dengan laki aku sebab dia asyik mengelak jaga anak.
Aku ada meeting malam, minta jaga anak pun dia tak boleh jaga. Tengah meeting anak bising nangis tepi kaki. Bos aku dekat US dah buat muka. Last – last apa pun tak boleh buat. Bos suruh settle anak aku dulu baru masuk meeting. Laki aku selamba tidur membuta.
Aku nangis teruk tiap kali hadap susah jaga anak sorang, jaga rumah, jaga laki. Aku teringat kakak aku. Sekarang duit aku banyak, boleh upah bibik, bayar agen bila – bila je. Tapi satu bibik pun tak ngam. Ada je masalah. Anak aku dah umur lima tahun tapi tak boleh cakap.
Dulu masa kakak aku ada, dia boleh cakap je. Sekarang susah nak dengar dia cakap. Doktor cakap anak aku tr4uma dan macam ada gangguan perasaan. Yelah. Dia rindu Mak Ngah dia. Mak Ngah yang jaga dari merah. Entahlah, hidup aku sekarang berserabut.
Laki aku nak tambah anak, padahal anak sorang pun dia tak nak jaga. Nak anak perempuan pulak. Aku cakap selagi anak aku tak sembuh tr4uma dia, aku tak nak beranak. Laki aku cakap nak kahwin lain. PergiIah, aku kata. Biar senang hidup aku anak beranak, senang nak urus.
Mata aku bengk4k menangis baca cerita confessor “kakak aku babysitter” tu. Sesungguhnya adik beradik baik tu memang wujud satu dalam sejuta. Tapi entah kenapa mesti ada yang nak ambil kesempatan dengan mereka. Aku sekarang betul – betul menyesal.
Kalau aku boleh putar masa, aku nak mewahkan kakak, ayah dengan mak aku. Sekarang aku ada mak je. Itu pun mak dah tak berapa nak cakap dengan aku. Aku tahu mak marah dekat aku sebab aku punca kakak aku m4ti. Aku harap jangan ada yang ulang silap aku. BagiIah hak mereka.
Bayarlah titik peluh peng0rbanan mereka. Kalau mampu, bagiIah selayaknya biar beribu sebulan. Duit boleh dicari. Bila jadi macam aku, duit berjuta pun tak boleh hidupkan kakak aku, tak boleh sembuhkan tr4uma anak aku. Aku menyesal… – Biskut Gula Merah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Rafidah Bahudin : Menyesal tiada gunanya. BaIasan memang Allah bagi kat dunia lagi. Tunggang langgang hidup kau kan? Aku takde lak kesian bila baca, lebih kepada ayat buat baik dibaIas baik, buat jahat memang dibaIas jahat. Maaflah, sikitttt pon aku tak kesian ngan kau. Lebih kepada kesian kat kakak kau. Moga syurga tempatnya. Aamiin…
Zayati Mokhtar Bazin : Kenapa marah confessor. Bila dia cerita kat sini, bermakna penyesalannya bukan biasa – biasa. Jangan kerana kecaman kita, membuatkan dia tak maafkan dirinya sampai bila – bila. Arw4h kakak d4h selamatpun berehat.
Kita ambil je iktibar daripada cerita ni seperti yang confessor harapkan. Doakan confessor dan sokonglah dia untuk majukan diri dalam amal soleh. To confessor, stay strong! Semoga bonda confessor maafkan confessor dan sama – sama jaga anak confessor supaya dapat kembali bercakap.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.