Lepas cerai, bekas suami hanya bagi nafkah untuk anak-anak sebanyak RM1.84 untuk persiapan sekolah. RM 5 untuk seminggu

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sekarang ni, isteri baru suami yang akan transfer nafkah anak a- nak dari akaun dia. Aku terima pemberian untuk anak – anak daripada isteri dia pada setiap hari Jumaat selama tiga minggu berturut – turut. Minggu pertama RM50, minggu kedua RM15 dan minggu ketiga RM5.

Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Mohon admin hide profile aku. Aku nak meminta pendapat dan pandangan daripada semua. Aku pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama. Namun, aku tak nak bercerita lebih lanjut tentang perkahwinan dahulu atau kehidupan aku sekarang.

Apa yang aku nak kongsikan adalah berkaitan hak dan kebajikan anak – anak aku yang sehingga kini masih aku perjuangkan dan masih melalui proses perbicaraan di mahkamah. Pertama, aku pernah menerima screensh0t daripada seorang kawan mengenai satu posting daripada bekas pasangan aku.

Dalam posting tersebut, ada kenyataan yang membuatkan aku sangat terkilan kerana seolah – olah hanya mengiktiraf anaknya yang sekarang, manakala anak – anak kami disebut anak h4r4m. Anak – anak tersebut adalah anak kami bersama.

Kedua, mengenai nafkah anak – anak. Sebelum ni, keadaan masih boleh aku uruskan walaupun setiap kali nak mendapatkan nafkah, aku terp4ksa melalui pelbagai perbincangan dan kadang – kadang berlaku perselisihan terlebih dahulu.

Sekarang, urusan nafkah pula banyak dikendalikan oleh isteri baharu beliau, termasuk bayaran yang dibuat melalui akaun bank isteri beliau. Jumlah yang diterima juga berubah ubah mengikut keadaan dan kemampuan mereka. Aku bukan tak bersyukur dengan apa yang diberikan. Aku faham keadaan sekarang mungkin mencabar dan masing – masing mempunyai komitmen sendiri.

Tetapi aku juga mempunyai tanggungjawab dan perbelanjaan untuk anak – anak. Jumlah nafkah yang diterima juga tak pernah mencapai jumlah yang sepatutnya. Pernah aku menerima RM1.84 untuk persiapan persekolahan anak. Pada masa yang sama, aku terbaca satu caption yang menyebut bahawa suami masih mampu menanggung anak – anak tiri.

Aku akui, perkara tu sedikit sebanyak membuatkan hati aku tersentuh. Bukan kerana aku tak bersyukur, aku cuma berharap kebajikan anak – anak sendiri turut diberi perhatian. Setiap bulan, jumlah yang diberikan hanya mampu bertahan untuk beberapa minggu.

Selebihnya aku perlu fikirkan sendiri, termasuk yuran PIBG, pakaian, keperluan sukan, bahan kerja sekolah, kesihatan dan pelajaran anak – anak. Hampir tiga tahun juga anak – anak tak berjumpa dengan ayah mereka, walaupun jarak tempat tinggal taklah terlalu jauh.

Beliau mengatakan dirinya sudah berubah. Aku juga berubah dan kehidupan aku juga banyak berubah. Anak – anak semakin membesar dan keperluan mereka semakin bertambah. Ketiga, mengenai pemberian atau infaq. Sejak kebelakangan ni, aku menerima pemberian untuk anak – anak daripada isteri beliau pada setiap hari Jumaat selama tiga minggu berturut – turut.

Minggu pertama RM50, minggu kedua RM15 dan minggu ketiga RM5. Aku sendiri tak tahu bagaimana hendak mentafsir perkara tersebut. Aku cuba untuk berfikiran baik dan tak nak menuduh sesiapa. Tetapi aku akui, sebagai seorang ibu, ada masa aku terasa sangat sedih dan tertanya – tanya apakah tujuan sebenar di sebalik perkara ni.

Adakah normal untuk aku mempunyai perasaan seperti ni? Atau adakah aku sebenarnya kurang pandai bersyukur? Aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati, menahan emosi dan tak mendoakan perkara yang buruk kepada sesiapa. Aku cuma terlalu penat dengan keadaan yang berpanjangan.

Aku tak nak berg4duh atau memburukkan sesiapa. Tujuan aku hanya nak meminta nasihat dan pandangan daripada semua. Aku juga sangat memerlukan kata – kata semangat untuk terus kuat. Apa yang aku perjuangkan bukan untuk diri aku semata – mata. Aku cuma nak memastikan hak, kebajikan, pendidikan dan keperluan anak – anak aku terus terjaga.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberikan pandangan dengan baik. Mohon jangan menghukvm atau membuat andaian kerana hanya aku yang melalui keseluruhan perjalanan ni. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan anak – anak serta memberikan jalan yang terbaik untuk semua pihak.

Komen netize :

Nanny Za : Dulu saya pun ade masalah nafkah anak – anak dari suami yang tak ikut arahan mahkamah. Nak minta yang culas bayar jangan harap la dapat. Tapi bila ex suami nak keluar KWSP nya, memang takde alasan la tak berduit kan. Pergi ke mahkamah syariah mohon ex lunaskan bayaran nafkah anak – anak yg tertunggak sekurang – kurangnya setengah tahun dari tarikh pengeluaran KWSP nya. Kira berapa yang ex culas bayar, failkan kat mahkamah. Pembayaran harus melalui bank untuk bukti pembayaran.

Mikayla Dan Marissa : Inilah yang paling banyak terjadi, dah tahu tak mampu tapi masih nak berkahwin baru dan buat anak baru sementara anak sedia ada dinafikan haknya. Lelaki macam ni sampai bila – bila dia tak sedar diri dia sendiri secara tak langsung dah menzaIimi d4rah daging dia sendiri. Semoga puan dan anak – anak tabah mengharungi waktu ni.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.