
Baru ni, isteri aku lari dari rumah sebab, aku kantoi keluar dengan perempuan lain, kenal dekat aplikasi Ome. Aku nak ajar dia macam mana s4kitnya rasa bila dia kerap jumpa bekas suami dia di belakang aku. Lepas itu hari – hari ber TikTok konon dia terpaling terani4ya.
#Foto sekadar hiasan. Isteri aku janda dua kali. Aku suami ketiga. Perkahwinan kami dari awal bermacam masalah akibat sikap isteri aku yang tak boleh ditegur. Setiap kali ditegur dia akan ada sahaja jawapan untuk menjawab, untuk dia pertahankan apa yang dia buat itu betul padahal hal tersebut memang sah salah baik dari segi hukvm ataupun logik.
Jenis aku kalau menegur memang akan cakap baik – baik dahulu kemudian dia akan menjawab untuk nak juga betul. Itu yang membuatkan aku jadi marah. Bila aku marah aku pilih diam tapi dia akan memprov0kasi aku untuk aku membalas kata – kata dia.
Di situlah terjadi perg4duhan antara kami. Bila berg4duh sebab tak tahan mulut aku keluarkan macam – macam kata dan bila macam itu dia cakap aku tak jaga mulut. Bila aku diam dia pula yang cakap bukan – bukan dekat aku. Memang pening.
Dipendekkan cerita, kerap sangat kami berg4duh hal – hal kecil menjadi besar akibat dari sikap dia yang suka menjawab dan memprov0kasi aku. Tapi dia tetap tak akan mengaku salah apa lagi nak minta maaf sebab bagi dia hal yang dia buat itu betul.
Contoh yang pernah terjadi pasal tali pinggang keselamatan bila naik kereta. Bukan sekali aku menegur tiap kali naik kereta kena guna tali pinggang keselamatan untuk keselamatan. Aku tegur elok – elok dia cakap dia pelupa dan kemudian terus buat mimik muka terus senyap tak nak bercakap. Sentap bila aku terangkan kenapa tali pinggang keselamatan itu penting. Terjadilah perg4duhan.
Yang paling aku tak suka dia suka babitkan orang luar setiap kali berg4duh. Dia ceritakan dekat adik beradik dia sampai ipar lelaki dia masuk campur dan salahkan aku sahaja tanpa usul periksa. Masa itu perkahwinan baru beberapa bulan. Mulai detik itu aku dah mula taw4r hati akibat sikap dia.
Dia bercerita dekat kawan – kawan dia tentang hal rumah tangga kami. Luahkan dekat status WhatsApp jangan cakaplah memang selalu. Sampai pada kawan – kawan aku pun dia ceritakan masalah rumah tangga kami padahal punca perg4duhan kami semua berpunca dari sikap dia yang tak boleh ditegur, dinasihati.
Memang jenis keras kepala untuk dididik dan dibimbing. Menolak kebenaran yang jelas dengan pemikiran yang ikut kehendak tekak dia sahaja. Memang aku lah yang akan dipersalahkan di setiap perg4duhan kami. Aku jenis cukup senang, bila marah orang itu minta maaf mudah sangat hati aku reda.
Aku dah cakap dekat dia ubat marah aku dengan kata maaf dah cukup tapi dia cukup susah nak minta maaf apa lagi nak mengaku salah. Terlampau kerap sangat berg4duh. Bila berg4duh segala apa yang perlu untuk tanggungjawab dia dekat aku dia memang tak akan buat.
Dia tak sediakan bekal untuk aku bekerja dan kerap kali aku tak makan di tempat kerja. Duit gaji aku banyak habiskan untuk gembirakan dia tapi bila aku cakap dia kata aku mengungkit dan itu memang tanggungjawab aku untuk dia. Dia pandai sangat memanipulasi orang untuk mengh3ntam aku yang menampakkan aku sahaja yang salah akibat dari mulut aku bila aku marah.
Aku lambat sangat nak panas tapi dia terlalu memprov0kasi aku. Bila aku marah dia tuduh aku baran padahal aku dah banyak sangat menahan sabar sebab tak nak berg4duh. Pendek kata memang aku sahaja yang salah tiap kali berg4duh.
Sampai satu tahap kantoi dia mengadu dekat bekas suami dia nombor dua sebelum aku pasal hal rumah tangga kami. Aku betul – betul tak boleh tahan dan malu dengan perbuatan dia. Habis segala semua dia ceritakan dekat bekas suami dia pasal rumah tangga kami. Malu betul… hilang maruah lelaki macam itu.
Kemudian kerap sangat berjumpa dan menghantar mesej alasan sebab anak. Dengan suami nombor dua mereka ada seorang anak perempuan. Aku memang makan hati. Aku menegur kemudian memang terjadi perg4duhan, bagi dia apa dia buat itu tetap betul bercerita tentang hal rumah tangga kami pada bekas suami kedua dia. Pedih sangat.
Dia janji tak akan hubungi bekas suami dia lagi tapi itu cuma sekejap. Kami g4duh lagi dia terus mengadu dan jumpa bekas suami dia. Aku memang dah tak tahan dan nak ceraikan dia. Bila aku cakap dia curang dengan bekas suami dia, dia tak nak terima.
Dia cakap aku menuduh, memfitnah dan tak ada bukti. Mereka kerap berjumpa di belakang aku alasan anak mereka bila aku kerja. Memang aku pernah memukuI dia akibat sangat – sangat tak tahan dengan sikap dan mulut dia. Sampai dia buat laporan polis yang aku memukuI dia.
Tapi masih tak ada apa – apa tindakan dari pihak polis hingga ke akhir baru – baru ini aku dipanggil ke balai bahagian D11 untuk diambil keterangan. Terlampau sangat penceritaan dan hal – hal yang bercanggah dari realiti sebenar. Sampai sarjan tersebut pun tergelak bila aku tunjukkan bukti.
Dia yang beIasah pukuI aku semua ada. Baju kerja aku digunting sampai sekarang masih ada bekas di d4da aku dia cucuk dengan gunting. Memang pandai sangat berlakon dan memusing cerita. Semua akan nampak salah aku. Aku tak pernah ceritakan hal rumah tangga kami pada sesiapa tapi kawan yang tahu sendiri dari melihat apa yang jadi dekat aku. Tak makan dekat tempat kerja itu biasa.
Aku memang sayangkan dia dan cuba bertahan tapi tak mampu dah dengan apa yang dia dah buat dekat aku. Takut m4kin diteruskan m4kin s4kit m4kin pedih. Dia berumur lebih tua dari aku. Empat puluh tujuh tahun dan aku tiga puluh lapan.
Awal ingatkan dia matang dalam semua hal sebab dah dua kali bercerai. Sebab itu aku setuju untuk berkahwin dengan dia sebab niat aku memang kerana Allah untuk berumah tangga. Tapi silap, setiap apa kebaikan, nasihat, teguran, didikan aku disalah erti dan tak boleh dia terima.
Sedangkan hal – hal tersebut adalah hal – hal yang baik untuk ke syurga untuk bahagia bersama dan berjaya bersama. Dia pendidikan tak tinggi setakat tingkatan tiga, aku ijazah. Mungkin sebab itu pemikiran yang jauh berbeza dia susah nak terima cara dan didikan aku.
Tak apalah semoga dia sedar suatu hari nanti itu pun kalau sedar apa yang aku bawa terapkan selama ini dalam perkahwinan yang baru setahun sebulan ini. Hari kedua nikah dah g4duh sebab gambar bekas suami nombor dua dia masih terg4ntung dekat dinding ruang tamu rumah.
Bab hati aku jaga hati sendiri, bila aku diam pun aku yang salah apa lagi kalau aku bercakap bersuara. Susah memang susah, banyak aku nak luahkan tapi penat menaip. Sekadar berkongsi dan meluah rasa hati. Nak minta pendapat rasa tak ada jalan lain kot selain berpisah walaupun s4kit sebab aku memang sayang sangat isteri aku.
Nak kata cantik bukan kategori cantik, aku pilih sebab hati. Awal – awal sebelum nikah nampak ok dah nikah aduhai. Sekarang fasa menunggu tarikh mahkamah, surat nikah pun dia yang pegang semua. Dia dah keluar dari rumah baru – baru ini bila aku kantoi keluar dengan perempuan lain aku kenal dekat aplikasi Ome.
Aku nak ajar dia macam mana s4kitnya rasa bila dia kerap sangat jumpa bekas suami dia di belakang aku terus dia tak boleh terima dan pergi. Dia tuduh aku curang ok tak apa aku terima sebab aku memang sengaja buat. Dia tuduh perempuan yang aku keluar bersama itu per4mpas padahal perempuan itu tak tahu status aku suami orang sebab aku mengaku aku duda.
Ya memang aku salah sebab curang macam itu aku mengaku sebab nak bagi dia rasa macam mana perasaan aku bila dia jumpa bekas suami dia kerap sangat. Lepas itu hari – hari ber TikTok konon dia terpaling terani4ya. Sampai gigih buat dua tiga akaun nak mengintip aku dan perempuan itu hari – hari. Dah blok dia buat lain.
Setiap kali dia WhatsApp memang semua kata – kata dia menuduh aku macam – macam itu ini jauh lari dari kenyataan sebenar. Macam itu lah sikap dia dari dulu jenis tak akan pernah dia bersalah dalam setiap hal yang salah. Penat sangat.
Cukuplah sampai sini sahaja, aku memang dah taw4r hati. S4kit tak benci tak sayang tak rindu pun tak. Kosong, m4ti rasa dah dekat isteri aku. Menunggu tarikh untuk lafazkan talak. Puas bertahan, letih, pedih semua cukup. Sayang memang sayang tapi sayang dekat orang yang salah itu pun satu kesalahan yang memakan diri.
Semoga kamu semua jangan jadi macam aku. Doakan kamu semua bahagia dengan isteri suami masing – masing. Buang yang keruh ambil yang jernih. Perbaiki selagi boleh, dua – dua kena berk0rban. Nak harapkan satu pihak sahaja berk0rban tak akan boleh. Yang penting asas niat, keikhlasan cinta dari kedua – dua pihak. Ada itu sempurnalah rumah tangga.
Doakan aku ya semua. Aku pun nak bahagia ada isteri macam orang lain, nak gembira nak ada teman susah senang sama – sama. Buat semua hal sama – sama. Aku nak bahagia. Semua orang berhak bahagia. Assalamualaikum. Semoga Allah melimpahi kita semua dengan rahmat-Nya. Amin.
Komen netizen :
Azmanwani Waniazman : Aku baca pun penat. Sebelum kahwin ada ambik tau tak kenapa dia becerai sampai 2 kali. Cari bini baru je la, yang da ni elok lepaskan je sebelum jadi yang bukan – bukan, simpan pun bembazir je. Silap – silap satu hari nnati kita lepas ke dalam kalau betul-betul dah hilang sabar. Aku dah pernah hidup dengan perempuan per4ngai macam ni, lagi p4rah siap mengaku janda. Bila kantoi, tau plak takut. Sudahnya 4 hari kena lokap.
Mat Esang : Ok dik, lepaskan je perempuan macam tu, jangan s4kit kepala, patutlah kahwin cerai kahwin cerai je dia. Suami mana mampu bertahan dapat isteri jenis prov0ke macam tu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.