Mak ayah bercerai masa anak-anak kecik. Bila kami dah besar mak ikut ayah kahwin dekat Siam. Sekarang mak mengadu, ayah dah lafaz talak lebih dari 3 kali

Mak tak boleh mengadu, bercerai dekat Malaysia sebab perkahwinan mak dan ayah tak berdaftar. Aku sendiri bawa mak pergi Siam untuk bercerai. Lepas cerai, ayah taknak keluar dari rumah, jadi biawak hidup. Kami halau ayah keluar, dia tidur dalam kereta depan rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak mohon pandangan semua. Mak dan ayah dah bercerai sejak aku berumur dua tahun. Sejak itu ayah memang abaikan kami adik beradik sampailah aku dah masuk universiti. Hanya mak yang membesarkan kami dalam keadaan yang sangat susah.

Aku masih teringat betul waktu kecil dulu, rumah kami kecil, bocor pula bila hujan, kadang – kadang makan pun sekadar apa yang mampu. Tapi mak tak pernah mengeluh walaupun jelas dia letih sangat masa itu. Satu hari, tanpa pengetahuan aku dan adik beradik yang lain, mak dan ayah buat keputusan berkahwin semula di Siam.

Kami memang sejujurnya tak bersetuju sebab kami tahu ayah bukan orang yang bertanggungjawab. Dia kembali hanya kerana dia tak ada tempat untuk pergi. Bukan sebab sayang atau sebab dia mahu betulkan apa yang rosak. Umur aku ketika itu baru 21 tahun dan adik adik aku semua masih belajar di universiti. Kami semua memang terkejut dan kecewa.

Sejak umur aku 21 tahun sampai sekarang aku dah berkahwin dan ada tiga orang anak, ayah tetap sama. Dia tak jalankan apa apa tanggungjawab. Nafkah tak pernah diberi, ked3rat di rumah tak pernah tolong. Ayah memang macam biawak hidup. Menyusahkan, bukan meringankan.

Ada satu masa ayah masuk penjara sebab g4nja dan mak juga yang bersusah payah jamin dia keluar. Aku sendiri dah letih nak cakap dekat mak supaya sayanglah diri sendiri. Tak perlu jadi baik sampai menyusahkan diri. Dalam perkahwinan semula mereka itu, memang diorang sering berg4duh. Tak ada langsung persefahaman.

Mak pernah cakap ayah dah banyak kali jatuhkan talak. Tapi sebab mereka berkahwin di Siam dan tak daftar perkahwinan di sini, isu tu tak boleh dibawa ke mahkamah syariah tempatan. Keadaan jadi m4kin kusut apabila mak mengadu ayah dah ceraikan dia dengan talak tiga. Mak tak sanggup hidup dalam keadaan berd0sa, tapi ayah pula tak mengaku dan tak nak keluar dari rumah.

Akhirnya aku sendiri bawa mak ke Siam untuk buat tuntutan fasakh. Aku masih ingat perjalanan itu. Mak menangis sepanjang jalan, bukan sebab ralat kehilangan suami, tapi sebab dia terlalu letih memikul tanggungjawab seorang diri selama puluhan tahun.

Bila kes selesai dan mak dapat surat cerai dari Siam, kami semua rasa lega. Tapi lega kami tak lama. Ayah tetap tak nak keluar dari rumah walaupun dah dihalau berkali – kali. Dia buat tak faham. Buat macam rumah tu memang hak dia.

Sehinggalah adik aku ambil tindakan tegas, barulah dia keluar. Tapi itu pun dia tetap datang dan tidur dalam kereta di depan rumah. Kadang – kadang dia minta nak masuk rumah untuk mandi, nak makan. Macam rumah tu hotel dia. Sebagai anak, aku rasa sangat runsing.

Aku ibu tunggal kepada tiga orang anak. Semua tanggungan rumah tu atas aku. Aku memang tak mampu nak menambah komitmen untuk menyediakan tempat tinggal untuk ayah aku. Bukan sebab tak sayang, tapi sebab aku sendiri dah terlalu terbeban. Aku bukan satu – satunya anak dia.

Selepas bercerai dengan mak aku masa awal – awal dulu, dia kahwin lain dan ada lima orang anak dengan isteri baru. Anak – anak dari isteri baru tu membesar dengan dia. Dapat perhatian, dapat kasih sayang, dapat apa yang aku dan adik – adik aku tak pernah rasa. Tapi kini bila dia tak ada tempat berg4ntung, semuanya dilepaskan pada aku semula.

Untuk menyewa bilik untuk dia pun perIukan duit. Kurang – kurang dalam lima ratus sebulan untuk makan dan tempat tinggal. Sedangkan aku sendiri terp4ksa tanggung hutang bekas suami beribu ringgit. Tanggungan rumah, anak – anak, belanja dapur, semuanya aku.

Kadang – kadang aku menangis sorang – sorang waktu malam sebab rasa tak mampu nak hadap semua ini. Ayah aku pula bukannya uzur. Dia sihat, tegap, kuat. Tapi dia pilih jalan mudah. Tak nak berusaha langsung untuk kelangsungan hidup dia.

Aku perempuan, dianggap lemah, tapi aku masih bangun setiap pagi cari rezeki. Kadang – kadang tak cukup tidur, tapi aku gagahkan diri sebab aku ada anak – anak yang perIukan aku. Kenapa dia, sebagai lelaki yang sihat, tak boleh berusaha menanggung diri sendiri?

Tapi bila dia tidur dalam kereta depan rumah aku, orang luar akan nampak seolah aku anak derh4ka. Anak yang biarkan ayah macam gelandangan. Orang tak tahu cerita. Orang hanya tahu menilai dari apa yang mereka nampak. Mereka tak nampak Iuka yang aku pikul sejak kecil.

Mereka tak nampak mak menahan sebak bertahun tahun hidup dengan lelaki yang tak bertanggungjawab. Untuk aku menanggung hidup dia sekarang memang aku tak mampu. Bukan sebab aku kedekut atau berd3ndam. Tapi aku terlalu terbeban dan aku tahu ayah tak akan berubah.

Sudahlah dia tak bertanggungjawab kepada anak – anak dan isteri, kepada diri sendiri pun dia tak boleh nak bertanggungjawab. Adilkah untuk kami? Tak pernah ditanggung, tapi kini harus menanggung. Dia ayah hanya sekadar pada nama.

Bukan pada kasih sayang, bukan pada tanggungjawab. Orang mudah cakap, dia masih bapa aku. Tanpa dia aku tak lahir ke dunia. Tapi kami juga tak pernah meminta untuk dilahirkan hanya untuk diabaikan. Aku cuma seorang anak yang masih terIuka.– Anak terIuka (bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Junaida Abdul Jalal : Sedih dengan cerita sebegini. Mungkin boleh pakat sesama adik beradik, bawak ibu pindah ke tempat lain dan rahsiakan dari pengetahuan orang lain. Wa’ima saud4ra – mara terdekat. Memang tidak mudah, tetapi dengan per4ngai hauk ayah TT macam ni, memang elok putuskan saja hubungan secara drastik!

Kalau report polis pun, apa tindakan yang mereka boleh ambil? Melainkan si ayah ada buat onar yang menggugat keselamatan TT adn ibu. Kalau setakat tidur luar rumah, polis takkan halau dia, sebab dia ada pertalian d4rah dengan TT.

Tun Ryan : Kenapa tajuk anak derh4ka. Sepatutnya ayah derh4ka. Apa alasan dia taknak keje tu. Tapi tak penting alsan dia. Dia memang bangkai. Sekarang dia masih sihat. Bayangkan bila dia dah menjelepek atas tilam nanti. Hantar je ke umah orang tua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :