
Bila bekerja, gaji besar ego aku tinggi. Aku jarang masak, baju kerja suami habis, terlupa nak basuh. Suami bangun pagi gosok baju sendiri tiap hari. Belum kena cari stokin dan sapu tangan sendiri. Sehinggalah Allah uji kami, suami buat hal.
#Foto sekadar hiasan / AI. Tolong hide profile aku admin. Hai. Aku isteri yang bekerja sebelum ni. Jadikan kisah aku sebagai pengajaran ya para isteri. Aku isteri yang alpa sebelum ni. Bila bekerja, gaji aku boleh tahan besar. Suami pun bergaji besar. Suami bayar semua bil.
Gaji aku untuk aku dan untuk makan kami. Walaupun tiap bulan kami kongsi beli keperluan rumah, aku tak kisah pun bila keluar dan makan hari – hari pada belah malam pakai duit aku. Suami pun ada belanja juga, kadang – kadang bergilir. Pendek kata, aku bersyukur suami seorang yang bertanggungjawab.
Bila bekerja ego aku agak tinggi. Alah, tak masak takkan suami tak faham kot, penat kerja. Kadang – kadang tu baju kerja suami habis, terlupa nak basuh. Suami okey saja, cakap tak kisah. Suami bangun pagi gosok baju sendiri tiap hari. Belum kena cari stokin dan sapu tangan sendiri. Kesian suami waktu tu.
Yalah, aku kerja penat, stress lagi. Dengan melayan karenah customer tiap hari. Bila balik rumah badan penat, kepala dah berat. Tapi alhamdulillah, nafkah batin aku jaga. Aku tak pernah menolak bila suami nak. Cuma bab harian tu aku agak alpa sikit.
Sehinggalah Allah uji kami, suami buat hal. Aku mengamuk sakan. Aku hambur kata – kata tak fikir dosa pahala dah. Aku lupa dia siapa. Aku ungkit semuanya. Lagipun kami sama – sama bermula dari bawah. Sebab tu aku terkilan dan sedih waktu tu.
Aku beri kata dua. Jika suami betul – betul boleh hidup tanpa aku, aku akan undur diri. Buat apa kita nak sekat orang nak bahagia. Dah dengan kita dia tak bahagia, biarlah dia bahagia dengan pilihan dia. Walaupun jauh di sudut hati, aku masih berharap suami akan pilih aku pada waktu tu.
Suami minta berikan dia masa untuk istikharah. Allahu, sampai dah tahap nak istikharah bermaksud suami benar – benar serius. Aku berserah pada waktu tu. Pada Allah aku mengadu. Aku dapat ketenangan. Mak nasihat aku, suruh tengok balik salah silap aku pada suami aku sehinggakan dia izinkan hati diusik wanita lain.
Fahamlah ramai wanita yang sentiasa mencuri peluang untuk mendampingi suami kita. Semua seolah – olah terakam dalam kepala aku, apa yang aku dah buat pada suami. Layanan lebih kurang saja. Kadang – kadang anggap dia ada pun tak apa, takde pun tak apa. Aku boleh hidup tanpa dia, fikir aku pada waktu tu. Tapi aku lupa, kami dah kenal 11 tahun.
Terlalu banyak kenangan memori susah senang. Berkongsi RM5 sementara nak tunggu gaji. Semua tu datang balik dalam ingatan aku. Mungkin juga pada suami. Dia pada akhirnya pilih aku, walaupun kekasih dia tu jauh lebih bagus dari aku. Gaji mungkin lagi besar dari aku dan ada harta. Tapi suami aku ni jenis yang bukan pandang pada duit dan harta.
Sejujurnya dia pun sama seperti aku. Kami terlalu bergantung sesama sendiri. Suami takut dia tak dapat biasakan diri dengan kekasih dia selepas mereka bernikah nanti. Dia terpaksa lukakan hati kekasih dia. Mujur juga kekasih dia jenis yang berpelajaran. Tak meroyan, jenis yang boleh move on.
Kami bertiga settle cara baik walaupun ada jugalah aku maki kekasih suami aku tu. Biasalah tengah marah. Berkali – kali dia minta maaf sebab hadir di antara kami. Dia betul – betul jatuh cinta dengan suami aku. Mungkin dia tertarik pada keperibadian suami aku. Ya, suami aku soft spoken.
Jentik aku pun tak pernah. Mulut dia cakap benda yang baik – baik je. Aku je yang penuh dengan kekhilafan. Kadang – kadang rasa tak layak je untuk dia. Tapi apa boleh buat, aku memang mabuk cinta dengan suami aku sampaikan aku tutup hati pada lelaki lain.
Suami akui dia masih sayangkan aku. Dia masih cintakan aku. Dia mohon aku beri dia peluang kedua. Aku beri dia masa untuk lupakan kekasih dia. Yalah, orang baru putus cinta kan. Alhamdulillah hampir setahun berlalu. Sekarang kami sedang meniti hari – hari bahagia dengan kehidupan yang cukup sederhana.
Walaupun tak mewah mana, tapi aku tak kisah asalkan suami ada di sisi. Semoga Allah berikan kesihatan pada suami untuk mencari rezeki. Hari – hari aku lihat kehancuran rumah tangga dalam page ni. Korang semua, selagi kita boleh berbincang, berbincanglah. Suami kita pun manusia. Allah uji hati mereka, semua berlaku dengan izin-Nya.
Sekali mereka buat jahat, jangan kita lupa 10 kebaikan yang mereka pernah buat pada kita. Kita pun bukan sempurna mana. Doakan kami bahagia sampai syurga. Aku sedang bertatih untuk tebus balik masa – masa alpa aku pada suami sebelum ni. Kami bahagia meniti hari – hari yang Allah izinkan ni. Alhamdulillah.
MANUSIA BELAJAR BUKAN DARI BUKU ATAU CIKGU, TAPI DARI KESILAPAN. TU LEBIH BAGUS UNTUK MASA YANG AKAN DATANG. Pada perempuan jenis suka mengata, menjaja atau ambil tahu rumah tangga orang lain, baiklah korang hentikan. Jaga suami baik – baik, bagi layanan batin tip top. Layanan zahir yang first class, tu lagi berfaedah.
Ingat ya, jangan lihat suami korang tu jenis tak kisah, jenis selebet dan korang fikir takkan ada perempuan nak pandang. Jangan silap ya, tak semua perempuan suka lelaki ada rupa. Asalkan baik, kelakar dan bertanggungjawab pun dah boleh buat hati perempuan lain melting tau.
Nampak setia dan tak jeling perempuan lain, korang dah jamin dia akan setia! Suami kita juga manusia, tak lepas diuji Allah. Jadi, jaga saja diri masing – masing. Jangan sibuk hal rumah tangga orang lain ya. Dulu aku juga ada terjebak dengar gosip – gosip kawan – kawan tentang rumah tangga kawan yang lain. Dah kena batang hidung sendiri barulah tahu langit tu tinggi ke rendah! Yang ikhlas, Isteri yang khilaf.
Komen netizen :
Suehaila Saifullah : Alhamdulillah, semoga sampai jannah hendaknya. Jangan jadi macam seorang lelaki tu dah. Bini dalam pantang, boleh pula pergi cari budak tingkatan 3. Konon cinta suka – suka, boleh ke macam tu? Yang penting tengok dulu kesalahan diri. Muhasabah diri, sama-sama belajar dari kesilapan yang kita buat sendiri. Bukan orang yang buatkan.
Armin Jeffri : Bahaya betul. Takut mendengarnya. Alhamdulillah, tahniah coz masih lagi berfikiran waras dan tak bertindak melulu. Begitu juga dengan si suami. Sempat berfikir dan imbau kenangan yang dah dilalui bersama. Tahniah sekali lagi.
Aku seorang suami yang menghidap kanser. Bila baca story – story macam ni, perasaan takut tu always datang. Tapi alhamdulillah, Tuhan kurniakan seorang wife yang setia buat orang macam aku. Sedikit terubat dengan ketabahan wife dan kesetiaan dia. Even pun sering kali hati ni bersedih coz always susahkan dia. Apa pun aku bersyukur. Cinta tu masih utuh even pun keadaan aku yang sakit ni.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.