
Selepas empat tahun berkahwin, barulah aku tahu sejarah hitam dia yang pernah mempunyai anak luar nikah. Tu pun aku dapat tahu sendiri selepas dia kantoi. Aku sendiri tak tahu berapa ramai lelaki yang pernah bersama dengan isteri…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin, tolong hide profil aku. Ni adalah fake account yang aku terpaksa buka sebab nak follow Facebook bekas isteri aku yang asyik menceritakan keburukan aku. Ada kawan yang bagitahu bekas isteri aku macam meroyan dekat Facebook, sebab tu aku buat fake account ni.
Kalau aku tak buat fake account, sampai bila – bila pun aku takkan tahu dia masih memburukkan aku kepada semua orang. Sedangkan kami dah lebih setahun bercerai. Aku harap admin boleh siarkan kisah aku ni sebab aku tahu bekas isteri aku pun ada dalam group ni.
Dah lama sangat aku pendam semuanya. Selama ni aku hanya diam bila dia buruk – burukkan aku kepada semua orang. Ramai yang menjadi mangsa keadaan dan terlibat sekali dalam masalah kami, termasuk anak – anak serta isteri aku sekarang.
Bekas isteri aku macam tak boleh terima perceraian kami. Dia tak habis – habis mengganggu kehidupan aku, isteri dan anak – anak. Lima orang anak semuanya aku yang jaga, sedangkan dia sendiri dah bernikah dengan suami orang dan menjadi isteri nombor tiga.
Aku nak cerita terus kepada perkara sebenar. Selama ni dia cuba menggambarkan aku sebagai orang yang tak baik, sedangkan dia yang menjaja cerita ke sana sini semata – mata nak memburukkan aku. Antaranya dia mendakwa aku membuat hutang kereta menggunakan alamat rumah dia.
Setahu aku, rumah tu hanyalah rumah sewa yang aku bayar selama 11 tahun menggunakan hasil titik peluh aku sendiri. Aku tak pernah meminta satu sen pun daripada dia untuk membayar rumah tu. Dia juga pernah mendakwa dia yang menjamin aku keluar dari lokap, sedangkan dia rela hati tandatangan surat tanpa aku minta.
Dia kononnya menyesal atas perbuatan dia yang sengaja memerangkap aku semata – mata nak puaskan hati sendiri. Dia pernah jual kereta aku tanpa pengetahuan aku. Dia juga sembunyikan harta benda aku dan biarkan aku bayar hutang dia.
Bukan tu je, dia juga pernah pecah masuk rumah orang. Sepanjang menjadi isteri aku, banyak perkara yang dia dah buat. Tapi semua kesalahan dia langsung tak pernah diceritakan kepada orang lain. Selama ni dia banyak berdrama dan menangis untuk dapatkan simpati aku.
Dia juga selalu pertikai pasal tangan dia yang pernah bagi aku makan ketika aku berada dalam kesusahan. Sedangkan selama 11 tahun, tenaga dan hasil titik peluh aku yang bagi dia makan, tempat tinggal, keselesaan serta kemudahan. Aku selalu tertanya – tanya sama ada dia pernah hargai segala pengorbanan aku selama ni.
Bukan menghargai, malah dia sentiasa aibkan aku dalam Facebook. Dia pernah datang ke tempat kerja aku dan kacau aku ketika sedang bekerja. Disebabkan tindakan dia, periuk nasi aku hampir tertutup. Sedangkan akulah suami yang menanggung seluruh kehidupan dia dan anak – anak selama kami bersama.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, aku tetap berterima kasih sebab dia dah melahirkan anak – anak aku. Tapi dia seolah – olah lupa siapa dirinya sebelum aku berkahwin dengan dia. Sebelum mengenali aku, dia pernah melahirkan seorang anak luar nikah ketika berusia 21 tahun hasil hubungan dengan kekasih gelapnya.
Selepas tu dia bagi anak tersebut kepada orang lain semata – mata nak menutup aib sendiri. Pada waktu tu, mak dan ayah dia tak tahu apa yang dilakukannya dekat JB. Mereka ingat dia pergi ke sana untuk bekerja. Tapi dia hidup bergelumang dengan dosa, bertukar – tukar pasangan dan dibela oleh seorang ‘Sugar Daddy’.
Aku sendiri tak tahu berapa ramai lelaki yang pernah bersama dengan dia. Selepas tu dia balik ke kampung dalam keadaan tertekan kerana ditinggalkan oleh lelaki yang dah menyebabkan dia mengandung. Selama dua bulan dia jadi macam orang meroyan disebabkan kejadian tu.
Selepas kejadian hitam tu, dia mengenali aku. Aku pula menjadi manusia paling bodoh sebab dah diperbodoh – bodohkan olehnya. Selepas empat tahun berkahwin, barulah aku mengetahui sejarah hitam dia yang pernah mempunyai anak luar nikah.
Tu pun aku dapat tahu sendiri selepas dia kantoi. Dia masih menyimpan surat – surat cinta, gambar berpelukan dan berpegangan tangan dengan lelaki lain. Semua barang kenangan lama tu disimpan dalam satu tempat rahsia. Boleh pembaca bayangkan macam mana perasaan aku ketika tu?
Dah cukup banyak perkara yang dia buat kat aku sepanjang perkahwinan kami. Tapi aku masih bersabar dan bertahan kerana memikirkan anak – anak. Sekarang dia suka menunjuk – nunjuk, riak dan takbur dengan kehidupan serta kesenangan yang dimiliki.
Dalam masa yang sama, dia mencanang keburukan orang lain kepada semua orang. Dia seolah – olah lupa bahawa rezeki tu Allah yang bagi dan sekelip mata sahaja Allah boleh tarik semula. Sepatutnya sebelum menunjukkan kesalahan orang lain, dia perlu cerminkan diri sendiri dulu.
Umur dah semakin meningkat, tapi perangainya masih sama. Sekarang dia menjadi isteri nombor tiga selepas datang merantau ke tempat orang dan menggoda suami orang. Dia minta dinikahi semata – mata kerana gilakan harta dan nak hidup senang.
Aku harap dia sempat bertaubat sementara masih hidup. Sia – sia sahaja hidup kalau asyik memfitnah dan menceritakan keburukan orang lain. Sedih sebenarnya bila memikirkan kisah hidup dia. Dia sanggup mempermainkan agama semata – mata nak mendapatkan simpati orang ramai dan menunjukkan dirinya sebagai orang yang baik.
Aku cuma berharap satu hari nanti dia akan sedar dan berhenti mengganggu kehidupan aku serta keluarga aku sekarang. Terima kasih admin sebab bagi ruang untuk aku meluahkan semua yang dah lama terpendam. Lega sikit hati aku selepas dapat meluahkan semuanya. Aku harap selepas ni bekas isteri aku boleh sedar dan teruskan kehidupan dia sendiri.
Komen netizen :
Nor Fuzaima Ahmad : Suami dah baik macam tu pun, tak pandai nak hargai. Teruskan berbuat baik. Biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang. Kita tak boleh nak menghina orang, hanya mampu berdoa semoga dia berubah perangainya. Hanya Allah sahaja yang boleh membolak balikkan hati manusia. Amin.
Azianna Azianna : Kadang – kadang dapat lelaki baik, bini pula puaka. Dapat bini baik, laki pula puaka. Entahlah, senang cerita jenis puaka macam ni memang takde istilah bersyukur.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.