Aku tengah sarat mengandung, aku mengadu dekat suami mengidam burger tepi jalan. Suami sibuk dengan game. Tengah malam aku driver sendiri pergi beli burger

Aku tunggu dia habis satu game. Tapi lepas satu game, dia boleh sambung pula game lain. Aku dah rasa macam tak penting. Akhirnya aku bangun, start kereta dan pergi beli sendiri. Aku duduk sorang – sorang dengan perut boyot dekat tepi jalan malam – malam. Rasa macam tak ada suami..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hidekan profil aku. Aku nak minta pandangan abang abang dan kakak kakak yang dah lama dalam alam rumah tangga ni. Terus terang aku cakap, aku baru sahaja berkahwin, tak sampai 5 tahun pun lagi.

Sekarang aku sedang sarat mengandung tujuh bulan. Ini anak sulung kami. Patutnya waktu macam ni la aku rasa paling bahagia, paling rasa disayangi, paling rasa dihargai. Tapi entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku rasa kosong sangat. Macam ada suami, tapi rasa macam tak ada.

Aku mula terasa hati dengan suami aku sebab satu benda yang nampak kecil, tapi bagi aku sangat besar. Baru – baru ni aku mengidam sangat nak makan burger daging. Dah lama teringin, tapi asyik tak sempat nak beli. Petang tu aku nampak ada kedai burger dekat dengan rumah kami baru buka.

Aku pun bagitahu suami elok – elok, aku cakap aku teringin sangat nak makan burger. Tapi dia diam sahaja, langsung tak menyahut. Rupanya dia tengah sibuk dengan hobi dia, main game. Aku tunggu dia habis satu game. Dalam hati aku fikir, tak apa la, tunggu kejap.

Tapi lepas satu game, dia boleh sambung pula game lain. Aku dah rasa macam tak penting. Akhirnya aku bangun, start kereta dan pergi beli sendiri. Dalam kereta aku tahan air mata. Sambil tunggu burger siap, aku duduk sorang – sorang dengan perut boyot dekat tepi jalan malam – malam. Rasa macam tak ada suami. Orang lain suami temankan isteri mengandung beli makan, aku pula macam bujang.

Masa tu aku rasa sangat kecil hati. Bukan sebab burger semata – mata, tapi sebab aku rasa aku tak diutamakan langsung. Lepas tu jadi pula satu lagi benda yang buat aku makin terasa. Nak dekat cuti sekolah haritu, mak aku ada hantar mesej minta aku balik awal sikit sebab dia nak ambil kuih muih yang dia dah order. Aku pun ok sahaja dan bagitahu suami. Dia kata ok juga.

Aku siap – siap awal, keluar rumah pukuI lima petang. Tapi sampai pukuI lapan malam pun kami masih tak bergerak balik kampung. Sebab apa? Sebab kena tunggu dia habis main game. Aku tengok jam, tengok telefon, tengok muka dia.

Dia macam tak ada rasa bersalah langsung. Mak aku tunggu dekat kampung, aku pula duduk dalam rumah tunggu orang yang asyik tengok skrin. Last – last aku tak tahan. Aku start kereta sendiri balik kampung sorang – sorang. Dalam perjalanan aku menangis lagi.

Bukan sebab penat memandu, tapi sebab rasa macam aku ni tak penting dalam hidup dia. Aku kesian mak aku tunggu sorang sorang dekat kampung. Tapi bila aku tunggu suami aku, dia macam aku ni tak wujud. Rumah kami pun rumah bujang sahaja. Tak ada televisyen, tak ada apa sangat.

Sepatutnya rumah sunyi macam tu la sesuai untuk berbual, bergurau, berdua. Tapi realitinya, ada suami pun kami tak bercakap sangat. Dia fokus main game, aku pula duduk melayan perasaan sendiri. Kalau aku s4kit kepala ke, loya ke, penat ke, aku akan tidur dulu.

Dia pula tidur pukuI tiga atau empat pagi macam tu. Esok pagi terus bangun siap – siap nak pergi kerja. Jadi memang hampir tak ada masa nak berbual. Tak ada masa nak tanya khabar, tak ada masa nak borak pasal baby, tak ada masa nak buat benda – benda kecil yang pasangan baru kahwin selalu buat.

Yang buat aku lagi sedih, semua benda aku buat sendiri. Nak pergi klinik, aku pergi sendiri. Nak beli barang baby, aku cari sendiri. Teringin makan apa apa, aku keluar sendiri. Kadang – kadang aku rasa macam ibu tunggal, padahal status aku isteri orang.

Pernah satu hari tu aku demam dan munt4h teruk. Aku mesej dia dari bilik, cakap aku tak larat sangat. Dia balas ok, lepas tu sambung main game. Tak ada datang tengok aku, tak ada tanya aku nak makan apa, tak ada buat air panas ke apa. Masa tu aku rasa sangat sunyi walaupun suami ada dalam rumah yang sama.

Aku jadi tertanya – tanya, normal ke hidup macam ni? Normal ke suami yang lebih utamakan game daripada isteri mengandung? Atau aku je yang terlebih sensitif dan emosi sendiri? Aku bukan nak suami aku berhenti terus main game.

Aku faham semua orang ada hobi masing – masing. Tapi aku cuma nak rasa dihargai. Aku cuma nak rasa aku ni penting. Aku cuma nak rasa macam ada suami yang ambil peduli tentang aku dan anak dalam perut ni. Kadang – kadang bila tengok orang lain, suami mereka layan isteri elok – elok.

Isteri mengidam, suami sanggup keluar tengah malam. Isteri penat, suami urut kaki. Isteri nak balik kampung, suami yang siap awal. Aku pula rasa macam aku ni menyusahkan. Aku takut kalau keadaan ni berterusan, aku akan makin taw4r hati.

Aku takut lama – lama aku jadi terbiasa buat semua benda sendiri sampai aku tak perIukan dia langsung. Aku takut bila baby lahir nanti, aku masih rasa macam ni. Aku sayang suami aku, tapi aku penat pendam perasaan. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia tanpa jadi g4duh.

Aku cuma nak tahu, dari pandangan orang yang dah lama kahwin, keadaan macam ni normal ke? Atau sebenarnya aku sedang masuk dalam satu fasa rumah tangga yang tak sihat tanpa aku sedar? Perkongsian ini mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada para pembaca, terutama kaum ibu yang pernah melalui pengalaman ketika mengandung.

Normal bagi seorang wanita yang sedang mengandung apabila emosinya mudah tersentuh. Ketika itulah mereka ingin dibelai dan dijaga rapi oleh insan tersayang. Tetapi kadang – kadang, tak semua isteri bertuah mendapat suami yang benar – benar memahami perasaan mereka.

Komen netizen :

Diyana Nordin : Kesiannya, nasib orang tak semuanya sama. Ada yang dapat nasib maIang, ada yang dapat nasib baik. Berfikir la dulu sebelum ambil keputvsan untuk berkahwin. Kadang – kadang tuhan dah bagi hint jenis lelaki apa yang bakal kita kahwin.

Kalau sebelum kahwin sejenis dah nampak tak hiraukan sangat, buat tak tahu. Kita sendiri kena la fikir banyak kali nak kahwin dengan dia ke tak.. Jika kita tetap nak kahwin dengan dia, terima jela per4ngai dia sebab kita sendiri yang ambil keputvsan kahwin dengan dia walau tuhan dah bagi hint sebelum kahwin dia memang sejenis lelaki yang tak ambil tahu.

Siti Suraya : Sebenarnya kan hidup ni m4kin kita di makan usia m4kin hebat tau ujian Allah. Kalau kita ikutkan perasaan semua benda nak touching susah.. Kalau kita set minda semua yang positif In Shaa Allah semuanya akan elok je sebab kita yang boleh menilai bahagia tu kat mana. Rajuk dengan suami boleh tapi dalam waktu yang sama kita muhasabah diri kembali pada Allah. Semoga semuanya dipermudahkan

Puspa Rajah : Bila orang dah tak sayang kita, kita kena lebih kuat sayangkan diri. Selagi mampu pergi seorang, pergi jer. Tak lama lagi ada baby, lagi str3ss sebab tak boleh buat apa – apa pun. Lagi – lagi masa PKP ni nak bawa baby keluar rumah memang kena fikir banyak kali. Masak apa yang kita rasa nak makan, beli jer apa yang kita suka. Biar dia fikir sendiri kalau ada hati bersahutkan otak!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :