
Awalnya isteri berjanji yang dia akan bergilir 3 hari untuk jaga kakak dia yang s4kit. Minggu pertama, selepas tiga hari, isteri mesej aku beritahu dia tak dapat balik rumah. Minggu kedua pun sama, tak dapat balik dengan alasan yang sama. Masuk minggu ketiga, masih tak balik juga.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon siarkan kisah aku. Mana tahu ada pengajaran berguna yang boleh diambil oleh pasangan yang hendak berumah tangga, sedang berumah tangga, dan juga yang sedang diuji dengan pelbagai masalah. Mohon hide profil aku.
Aku seorang bapa tunggal kepada seorang anak perempuan. Aku bercerai dengan bekas isteri kira – kira setahun yang lalu. Sampai hari ini, aku masih tertanya – tanya di mana silapnya. Kisah yang menjadi punca kepada penceraian kami sebenarnya bermula dengan satu perkara yang pada awalnya nampak sangat baik dan penuh niat murni.
Pada suatu hari, ibu mentua call aku dan minta aku beri izin untuk benarkan isteri aku balik ke kampung selama dua atau tiga bulan. Katanya untuk menjaga kakak ipar yang sedang s4kit. Tanpa berfikir panjang, aku beri izin. Aku sokong sepenuhnya sebab dalam hati aku fikir ini perkara baik, boleh dapat pahala, dan sebagai manusia memang patut simpati dengan orang yang sedang sakit.
Masuk minggu – minggu akhir genap tiga bulan, melalui perbualan kami dalam mesej, isteri aku seolah – olah tidak mahu balik kepada aku walaupun tempoh yang aku izinkan sudah habis. Katanya masih perIukan dia di sana. Dari situ mula berlaku perg4duhan setiap kali kami bincang tentang perkara ini dalam telefon dan mesej.
Akhirnya, kerana sayangkan anak dan isteri, aku buat satu pilihan besar dalam hidup aku. Aku ambil keputusan untuk berpindah terus ke kampung. Isteri pun sudah jelas beritahu yang dia mungkin tidak akan tinggalkan kampung lagi.
Aku balik kampung dalam keadaan belum tentu aku dapat kerja. Aku tinggalkan kerja lama aku, walaupun gajinya tidak besar, tapi sekurang – kurangnya cukup untuk aku tunaikan semua kewajipan aku kepada anak dan isteri. Aku sanggup meminjam duit daripada kawan untuk kos membersihkan rumah sewa lama, kos balik kampung, dan kos untuk sewa rumah baru yang dekat dengan rumah mentua.
Semua itu aku telan sebab aku cuma ada satu niat, aku mahu hubungan aku dengan isteri kekal sampai akhir hayat. Bila sudah duduk di kampung, isteri tanya aku sama ada aku bagi atau tidak kalau dia terus jaga kakak iparnya. Aku izinkan.
Aku beritahu dia, aku tak pernah ada sebab untuk halang perkara baik, asalkan dia mampu dan pada masa yang sama masih jaga rumah tangga kami. Masa itu dia sangat gembira. Dia janji pada aku yang dia tidak akan abaikan aku, anak, dan rumah tangga kami.
Dia juga kata dia sudah berbincang dengan adik perempuannya, yang juga ada suami dan anak kecil. Mereka kononnya akan buat giliran tiga hari tiga hari. Maksudnya, tiga hari isteri aku akan balik ke rumah kakak iparnya untuk jaga kakak ipar yang s4kit.
Lepas itu, tiga hari adiknya pula yang akan jaga, dan isteri aku akan balik ke rumah aku. Aku terima dengan baik perjanjian itu. Minggu pertama, selepas tiga hari, isteri mesej aku beritahu dia tak dapat balik rumah. Alasannya adiknya tak datang dan dia tak boleh tinggalkan kakak iparnya seorang.
Minggu kedua pun sama, tak dapat balik dengan alasan yang sama. Masuk minggu ketiga, masih tak balik juga. Setiap kali alasannya tetap sama, adiknya tak dapat datang sebab anak tidak sihat, suami tolong ayah rombak reban ayam, dan macam – macam lagi.
Bila masuk minggu ketiga, aku mula persoalkan sikit kepada isteri. Aku tanya mana janji yang dia buat pada aku. Aku cakap dengan baik, aku minta dia cuba beritahu juga kepada adik dan adik ipar supaya fikirkan rumah tangga kakak mereka, dan fikirkan juga aku sebagai suami.
Aku cakap, adik awak ada suami dan anak kecil, awak pun ada suami dan anak kecil. Tapi setiap kali aku sentuh pasal ini, isteri akan marah. Katanya aku tak faham adik dia, adik dia ada anak kecil, adik dia ada suami. Aku terfikir juga, isteri aku tak sedar ke yang dia sendiri pun ada anak kecil dan ada suami.
Sampai satu tahap, dia siap pesan aku jangan sebut langsung pasal adik beradik dia. Masa itu aku sangat tertekan. Aku rasa aku sudah berk0rban habis – habisan demi keluarga isteri. Aku sudah tinggalkan kerja, pindah tempat, pinjam duit, semua semata – mata untuk dekat dengan isteri dan jaga rumah tangga kami.
Sampailah satu hari, aku mesej isteri tanya bila dia boleh balik rumah. Aku punya makan minum pun dah lama terabai. Belanja makin tinggi sebab setiap hari makan di kedai. Aku beritahu dia duit aku makin kurang. Jawapan dia masa itu betul – betul buat aku hilang sabar dan rasa aku ini tidak dihargai langsung.
Dia jawab, kalau tidak ada duit, pinjam lagi pada kawan. Masa itu aku betul – betul geram. Aku sudah pinjam banyak daripada kawan semata – mata untuk berpindah, untuk dekat dengan dia, untuk bantu dia jaga kakak iparnya. Tapi dalam mata dia, seolah – olah aku ini bukan suami, tapi orang yang boleh disuruh – suruh dan diperb0dohkan.
Kami berg4duh teruk dalam telefon. Aku luahkan semua yang aku pendam. Aku cakap aku penat, aku cakap aku sudah terlalu banyak berk0rban. Tapi dia tetap berkeras tidak mahu balik. Akhirnya, dengan nada yang sangat dingin, dia minta aku ceraikan dia dengan talak tiga. Dan di situlah berakhirnya rumah tangga kami.
Sekarang aku hidup sebagai bapa tunggal. Anak aku duduk dengan aku. Kadang – kadang bila malam sunyi, aku terfikir balik semua peng0rbanan aku. Aku tertanya, adakah aku terlalu baik sampai dipijak – pijak, atau aku sebenarnya b0doh kerana terlalu percaya janji manusia.
Terpulang pada masing – masing untuk menilai kisah ini. Mungkin ada yang kata aku sebagai suami tidak cukup baik. Mungkin ada juga yang kata isteri aku terlalu mementingkan orang lain sampai abaikan rumah tangga sendiri. Apa pun, yang penting setiap kisah pasti ada pengajaran.
Dalam rumah tangga, peng0rbanan seorang sahaja tidak pernah cukup. Kalau sebelah pihak sahaja yang bertahan, lambat laun dia akan rebah. Cinta tanpa hormat, sayang tanpa tanggungjawab, akhirnya hanya tinggal Iuka dan penyesalan. ABU HAJAR (bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Lida Halida : Cerai sahaja perempuan begitu. Aku sebagai sesama perempuan pun kadang – kadang tak masuk akal dengan kaum sejenis aku ini. Apa yang dikejar dalam hidup, nak kejar pahala suami dan anak pun diabaikan. Maka jadilah ahli ner4ka isteri anda, Allahu Akbar.
Sebab minta cerai dengan suami tanpa sebab munasabah. Aku doakan pengadu dapat jumpa jodoh yang terbaik dan dimurahkan rezeki. Jangan tinggal solat dan berbuat baik pada manusia, insya Allah. Allah s.w.t mendengar doa – doa orang yang terani4ya.
Sheila Abdul Hisham : Dah settle. Pindah sahaja balik ke bandar, bina kehidupan yang lebih baik. Bawa anak itu sekali, jaga baik – baik, didik dengan menitikberatkan agama. Bekas isteri kau langsung tak fikir pasal anak sendiri, lebih pentingkan keluarga dia. Tak apa bro, yakin kifarah itu wujud. Buktikan kemampuan kau, pastikan dia menyesal atas perbuatan nusyuz dia dan telah mensia siakan anak dan suami.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.