
Dalam dua bulan lepas, suami aku beritahu mak dia yang dia dah tak ada hati pada aku sejak lima tahun lepas. Kiranya, masa dia s4kit terlantar tu, dia dah takde hati dekat aku? Sekarang dia bermadu kasih dengan budak muda umur 19 tahun..
#Foto sekadar hiasan. Pendahuluan dulu aku nak cakap, benda ni bukan mudah untuk aku luahkan. Selama ni aku simpan sendiri, telan sorang – sorang. Aku cuba kuatkan hati, pujuk diri sendiri konon semua ni ujian. Tapi makin hari, aku rasa aku sendiri makin hilang dalam rumah tangga ni.
Aku dan suami dah berbelas tahun hidup bersama. Kami dikurniakan dua orang anak. Yang sulung dah 10 tahun, yang kedua baru masuk 4 tahun. Dulu masa awal kahwin, hidup kami sederhana saja tapi aku rasa cukup. Tak mewah, tak senang sangat, tapi masih ada ketawa, masih ada berbual.
Masa anak pertama lahir pun, suami aku masih kerja, masih usaha cari rezeki walaupun gaji tak besar mana. Masuk umur anak kedua 4 tahun, hidup kami mula berubah. Suami aku jatuh s4kit saraf, dia terlantar, str0k. Sejak tu dia tak boleh bekerja.
Dari situ semua tanggungjawab rumah banyak jatuh atas bahu aku. Hal anak – anak, hal makan minum, hal urusan rumah, semua aku yang uruskan. Bab duit pula, aku sendiri tak bekerja sebab tak mampu nak bayar pengasuh. Nak hantar anak pada orang pun aku tak sanggup, sebab keadaan kewangan memang sempit.
Jadi hari – hari aku duduk rumah. Urus anak, urus rumah, jaga suami. Tapi orang luar nampak macam aku tak buat apa. Bangun pagi, hantar anak ke sekolah, balik rumah basuh baju, masak, kemas rumah, jaga anak kecil yang belum pandai berdikari. Penat tu memang ada, tapi aku telan sebab aku fikir ini tanggungjawab aku sebagai isteri.
Sekarang ni, ada lah dalam 8 – 9 bulan yang suami aku dah elok sikit. Tidak sembuh sepenuhnya tapi dah boleh pergi kerja. Tapi aku perasan dia makin lain. Masa s4kit dulu, kemain elok je cakap dengan aku dan anak – anak. Nak minta tolong itu ini, lembut gigi dari lidah.
Sampailah baru – baru ni, dalam dua bulan lepas, suami aku beritahu mak dia yang dia dah tak ada hati pada aku sejak lima tahun lepas. Aku tahu pun daripada mak mentua aku sendiri. Mak dia telefon aku, tanya kenapa aku buat suami aku macam tu. Aku sendiri terk3jut, sebab aku langsung tak pernah dengar daripada mulut suami aku.
Suami aku kata aku tak layan dia, tak kesah pasal makan minum dia. Katanya aku dekat rumah tak buat apa pun. Bila aku dengar ayat tu, jujur aku rasa macam dit4mpar. Kalau aku tak layan, siapa yang basuh baju dia. Siapa yang sediakan makan. Siapa yang jaga anak – anak bila dia baring seharian sebab s4kit. Tapi dalam mata dia, semua tu tak nampak.
Rupanya semua ni berpunca sebab dia dah ada orang ketiga. Umur budak perempuan tu baru 19 tahun. Suami aku pula dah 35 tahun. Bila aku tahu, badan aku menggigil. Aku bukan marah sangat, aku lebih pada rasa kecewa. Selama ni aku ingat aku tak cukup baik, rupanya memang ada orang lain dalam hidup dia.
Yang lebih s4kit, dia bukan buat benda ni baru sekarang. Sebelum ada anak pun, dia dah pernah buat per4ngai sama. Dulu aku pernah tangkap mesej dengan perempuan lain. Bila g4duh, dia pusing cerita, salahkan aku. Katanya aku yang buat dia rasa sunyi, aku yang tak faham dia.
Masa tu aku b0doh, aku percaya. Aku maafkan. Aku fikir orang boleh berubah. Tapi kali ni lain. Hari – hari aku tengok dia boleh tersenyum sorang – sorang, berwasap dengan budak tu. Bila aku tanya, dia marah. Katanya aku suka menyibuk, suka cari pasal.
Dengan aku dan anak – anak, dia dingin. Jarang berbual. Kalau bercakap pun nada kasar. Kadang – kadang anak aku panggil dia, dia buat tak dengar. Tapi bila telefon bunyi, terus senyum. Pernah satu hari tu aku sengaja tak masak. Aku tunggu, nak tengok reaksi dia.
Dari pagi sampai malam, dia langsung tak tanya ada makan ke tak. Tapi dengan budak tu, boleh pula tanya dah makan ke belum. Masa tu aku rasa hati aku macam koyak. Aku isteri dia, aku yang jaga dia bertahun – tahun, tapi aku tak wujud dalam hidup dia.
Aku cuba berbincang elok – elok. Aku tanya kenapa dia buat aku macam ni. Dia jawab dia dah tak ada perasaan. Katanya dia perIukan perhatian, perIukan orang yang faham dia. Aku cuma diam. Dalam hati aku nak jerit, siapa yang sebenarnya tak faham siapa.
Aku pernah ugvt nak balik rumah mak aku. Tapi bila tengok anak – anak, aku tak sampai hati. Anak sulung aku dah mula perasan perubahan ayah dia. Pernah dia tanya kenapa ayah selalu marah sekarang. Aku tak tahu nak jawab apa. Aku cuma peIuk anak aku dan cakap ayah penat.
Kadang – kadang aku rasa aku ni b0doh. Bertahan dengan lelaki yang jelas tak hargai aku. Tapi kadang – kadang aku juga rasa aku terper4ngkap. Tak ada kerja, tak ada simpanan, anak – anak masih kecil. Nak keluar pun aku tak tahu nak mula dari mana.
Sekarang ni aku dah taw4r hati. Aku tak marah macam dulu. Aku cuma letih. Letih berharap, letih menunggu dia berubah. Setiap hari aku hidup macam orang asing dalam rumah sendiri. Aku buat tanggungjawab aku, jaga anak – anak, urus rumah. Tapi hati aku dah kosong.
Aku tak tahu apa lagi yang aku boleh buat. Nak bertahan, aku s4kit. Nak lepaskan, aku takut. Satu – satunya yang buat aku masih kuat cuma anak – anak. Kalau bukan sebab mereka, mungkin aku dah lama mengalah. Tapi sampai bila aku mampu bertahan dengan lelaki yang lebih bahagia dengan orang lain berbanding keluarga sendiri, itu pun aku sendiri tak ada jawapan.
Komen netizen
Ainie Hazimawati : Sis, sudahlah, jangan berk0rban lagi dengan suami gitu. Tak sedar diri, saraf otak kot sebab apa yang dilakukan oleh isteri tak dihargai, tak berterima kasih, tak bersyukur. Jadi sis buat perubahan, tiada nak sedih – sedih.
Tak payah fikir masalah si suami, sekiranya ada simpanan sis cari kerja untuk tampung diri dan anak. Abaikan suami yang tengah angau bercinta, upgrade diri ekonomi dan sentiasa berdoa pada Allah moga Allah pelihara diri sis dan anak dan dipermudahkan urusan sis.
Fatin Athirah Nordin : Sebelum s4kit saraf dia tiba – tiba teruk sampai bawak ke Iumpuh meIepek, baik awak angkat kaki sis oi. Kang kalo ko tunggu lagi buatnye tiba – tiba saraf dia jem terus meIepek kau jugak yang kena jadi bibik tak bergaji.
Ko patut bersyukur dah ade bibik baru menunggu nak masuk mulut buaya laki kau yang tak guna tu. Sedekah je kat budak tu biar budak tu yang tukar pampes mandikan dia ape smua Dah la tak berguna 1 sen, menyusahkan lagi meny4kitkan hati, siap ada scandaI bawah umur lagi. Buat ape nak simpan lagi. Caboootttt
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.