Suami minta ic aku sebab nak suruh jadi penjamin Ahl0ng. Bila aku taknak tolong, dia ugvt nak jual anak kami yang masih dalam kandungan

Suami suruh aku jadi penjamin, minta gambar kad pengenalan, minta alamat rumah ibu bapa aku. Rupa – rupanya dia ada pinjam ah l0ng RM30 ribu. Yang paling buat aku takut, dia cakap kalau aku tak nak jadi penjamin, anak dalam perut itu dia nak bagi kat ah l0ng. Tangan aku menggigil..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Aku guna akaun kawan ini. Mohon jangan siarkan profil dia. Pendahuluan sikit. Aku sebenarnya ambil masa lama juga nak tulis cerita ini sebab aku sendiri masih keliru dengan perasaan aku.

Kadang – kadang aku rasa macam mimpi, kadang – kadang aku rasa macam ini semua silap aku sendiri. Tapi aku perIukan pandangan orang luar sebab kepala aku sekarang betul – betul berserabut. Cerita aku macam ini. Aku baru sahaja berkahwin dengan suami aku dalam tiga bulan yang lalu.

Umur aku 23 tahun sekarang. Suami aku berumur 28 tahun. Kami berkahwin atas dasar bercinta selepas nikah. Sejujurnya, aku memang tak kenal dia sangat sebelum kahwin. Pernah keluar sekali sahaja dengan dia lepas itu dia ajak aku kahwin. Kenal pun melalui atas talian.

Mula – mula bersembang biasa, lepas itu dia terus cakap nak serius. Aku pun b0doh masa itu, terikut – ikut dengan trend kahwin muda ala Islamik bercinta selepas nikah. Semua nampak indah dalam media sosiaI. Post gambar tangan berinai, ayat – ayat manis pasal redha dan sabar.

Aku pun fikir mungkin ini jodoh aku, jadi aku setuju kahwin dengan dia tanpa fikir panjang. Sepanjang kami kahwin, kami duduk asing – asing sebab aku masih belajar. Dia pula ada bisnes sendiri. Bisnes kecil – kecil sahaja. Makan minum aku masa jumpa memang dia yang belanja tapi duit poket dia tak pernah bagi.

Aku hidup guna duit pinjaman PTPTN sahaja, macam zaman aku bujang. Aku jumpa dia dalam sebulan sekali. Kadang – kadang dua bulan sekali. Aku faham sebab dia pun tak berduit sangat. Lagipun ofis dia dekat Selangor, aku belajar dekat selatan.

Konon – konon nak jadi isteri setia di masa susah, aku pun terima seadanya. Aku selalu pujuk diri sendiri, tak apa la sekarang susah, nanti bila dia stabil hidup kami senang. Aku tak pernah p4ksa dia bagi nafkah lebih sebab aku fikir aku masih belajar, aku masih boleh berdikari.

Tapi makin lama aku rasa pelik juga. Suami orang lain rajin telefon, rajin tanya khabar, rajin ambil tahu. Suami aku ini kadang – kadang sehari dua tak mesej pun. Bila aku mesej, jawapan dia pendek – pendek. Aku cuba faham, aku fikir mungkin dia sibuk urus bisnes.

Baru – baru ini aku mengalami morning s1ckness, iaitu munt4h – munt4h dan loya. Period pun tak datang datang dah dekat enam minggu. Badan aku cepat penat dan aku asyik mengidam makanan. Bau kopi pun boleh buat aku loya.

Aku agak – agak aku dah mengandung. Jujur aku takut tapi dalam masa yang sama ada rasa gembira. Aku teks suami minta tolong teman pergi jumpa doktor semalam. Tapi dia marah – marah. Mood dia tak bagus. Dia cakap dia tengah pening, tengah banyak masalah. Aku kecil hati.

Kemudian sejam lepas itu dia teks lagi. Dia suruh aku jadi penjamin, minta gambar kad pengenalan, minta alamat rumah ibu bapa aku. Rupa – rupanya dia ada pinjam ah l0ng RM30 ribu. Patutlah dua tiga hari ini bila aku teks, dia jawab sepatah – sepatah.

H4ncur luluh hati aku. Rasa macam dunia runtvh. Dia cakap dia tengah serabut sekarang lepas itu aku pula serabutkan kepala otak dia cakap pasal anak. Kiranya macam masa yang salah la aku buka cerita pasal mengandung ini. Padahal anak dia juga, bukannya anak lelaki lain.

Aku bukan minta dia bagi duit ribu – ribu pun, aku cuma nak dia teman aku pergi klinik, itu sahaja. Yang paling buat aku takut, dia cakap kalau aku tak nak jadi penjamin, anak dalam perut itu dia nak bagi kat ah l0ng. Bila baca ayat itu, tangan aku menggigil. Aku tak tahu sama ada dia bergurau ke atau dia betul – betul serius.

Aku menangis sorang – sorang malam itu. Aku rasa b0doh, rasa tertipu, rasa menyesal dengan keputusan aku sendiri. Sekarang ini aku betul – betul taw4r hati dan ada terdetik rasa menyesal kahwin dengan dia. Aku tahu itu d0sa, tapi nak buat macam mana, korang bukan ada dekat tempat aku.

Aku masih muda, aku naif, itu aku mengaku. Dari awal aku terlalu percaya. Tak selidik latar belakang dia betul – betul. Tak tahu pun dia ada hutang, tak tahu pun dia ada masalah kewangan besar. Semua benda ini hanya keluar lepas aku dah jadi isteri dia.

Sekarang ini aku duduk dekat rumah ibu bapa aku. Ibu bapa aku tak tahu apa – apa lagi. Aku tak bagitahu sebab aku takut mereka kecewa, takut mereka marah, takut mereka salahkan aku. Selama ini aku yang beriya yakinkan mereka aku bahagia.

Ibu bapa suami aku pula dua – dua dah meninggaI. Jadi aku rasa macam tak ada tempat nak mengadu. Bila aku cuba bincang elok – elok dengan suami, dia cuma ulang ayat sama. Dia cakap dia tengah tertekan, dia cakap aku tak faham keadaan dia.

Dalam kepala aku sekarang cuma penuh soalan. Patut ke aku buat laporan polis atas ugvtan yang dia buat? Sebab bagi aku, ayat pasal nak serahkan anak kepada ah l0ng itu bukan benda kecil. Itu ugvtan, itu dah melibatkan nyawa. Atau patut ke aku pergi minta fasakh?

Tapi aku baru tiga bulan kahwin, aku mengandung, aku tak tahu prosedur, aku takut pandangan orang, aku takut gelaran janda muda. Atau patut aku jujur sahaja dengan ibu bapa aku, cerita semua benda dari awal sampai akhir? Mungkin mereka boleh tolong aku fikir jalan yang lebih w4ras. Tapi aku takut mereka akan terus suruh aku tinggalkan suami.

Aku sekarang betul – betul buntu. Aku rasa terper4ngkap. Di satu sisi aku isteri yang sepatutnya sokong suami. Di satu sisi aku bakal jadi ibu yang kena fikir keselamatan diri dan anak dalam perut. Aku tak minta banyak. Aku cuma nak suami yang bertanggungjawab, yang jujur, yang tak libatkan aku dalam hutang gelap, yang tak ugvt pasal anak. Itu sahaja.

Kalau korang ada di tempat aku, apa korang akan buat? Terus sabar dan bertahan, atau selamatkan diri sebelum benda jadi lebih teruk. Aku takut kalau aku terus diam, satu hari nanti bukan setakat emosi aku yang rosak, masa depan anak aku pun h4ncur sama.

Komen Netizen :

Nazia Suhaimi : Mohon puan bagitahu ibu bapa sebab sudah terang lagi bersuluh dia langsung tak mengendahkan bakal zuriatnya. Report polis atas sebab ugvtan dan mohonlah fasakh secepat mungkin. Betul memang isteri kena taat suami tapi kalau tahap memudar4tkan macam ni, tak perlu taat pun. Jangan zaIimi diri sendiri. Stick to family sebab akhirnya keluarga yang kita ada. F1ght puan, Allah ada.

Nur Hayati : Anak sanggup jual, tak must4hil esok – esok sis habis belajar dia p4ksa jadi peIacur gara – gara dia nak guna duit. Sekali dah buat macam ni, tak must4hil dia akan ulang lagi daripada sengs4ra seumur hidup, maru4h dijaja, anak dijual, lebih baik angkat kaki tinggalkan dia.

Sis masih ada parents, masih boleh duduk dengan parents kalau dah jadi ibu tunggal. Tak apalah ibu tunggal diusia muda pun, sis yang lalui p3rit kahwin dengan jantan macam ni. Mana tahu esok – esok ada jod0h yang lebih baik Allah hadiahkan. Utamakan diri dan anak sis, sayang diri sendri dan anak. Fikir panjang, jangan sebab sayangkan jantan macam ni, anak sis yang jadi m4ngsa. Orang macam ni memang susah nak insaf ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :