Baru kahwin seminggu, mak mertua call nak pinjam 6 ribu. Suami p4ksa aku keluar duit simpanan. Sejak dari hari tu, duit, barang aku selalu hilang

Mak aku nampak suami punggah beg tangan aku. Aku tahu tapi aku diam je. Bukti. Suami mengorat anak d4ra dalam WeChat. Bukti. Buat akaun Facebook lain konon alim untuk mengurat perempuan lain. Bukti. Lepas habis pantang, aku pasang peguam dan fail cerai. Bila surat sampai, suami terk3jut..

#Foto sekadar hiasan. Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Lepas habis sekolah, aku terus bekerja. Bukan sebab aku tak pandai, tapi memang bukan rezeki aku sambung belajar. Mak ayah aku tak ada duit nak sambung pelajaran aku. Nak kata keputusan SPM teruk pun tak juga. Aku dapat B dalam semua mata pelajaran.

Masa tu umur aku baru 18 tahun. Muda lagi, silap pilih kawan, akhirnya aku mengandung luar nikah. Lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab tu entah ke mana. Terus hilang. Keluarga aku pula buang aku dan hantar aku ke keluarga angkat yang kononnya nak tolong jaga. Rupanya keluarga angkat tu nak jual anak aku.

Aku ni boleh tahan comel, jadi semua orang nak anak aku. Tapi entah macam mana, mak aku tiba – tiba berubah fikiran dan ambil aku balik. Jadi sampailah aku bersalin, aku lalui semua seorang diri. Lelaki tu? Tak ada pun datang jenguk. Langsung tak muncul.

Lepas pantang, aku cari kerja. Alhamdulillah, dapat kerja sebagai kerani. Dapatlah aku tanggung anak aku. Mak aku tolong jaga baby sebab baby tu memang comel sangat. Lepas dua tahun, aku jumpa seorang lelaki. Dia kerja kerajaan, seorang cikgu. Mula – mula semua nampak okay. Jadi aku pun berkahwin. Dia kata dia terima aku seadanya.

Awal kahwin memang semuanya okay. Tapi seminggu lepas tu, mak mertua aku telefon nak pinjam duit RM6,000. Katanya ada hutang dengan orang. Aku ni jenis cakap terus terang. Aku kata aku tak ada duit sebanyak tu, memang tak mampu nak tolong. Tapi suami aku desak macam orang giIa suruh aku keluarkan duit. Sampai aku kena pukuI.

Cuba bayangkan, suami p4ksa mintak tolong boleh sampai macam tu. Akhirnya aku keluarkan juga duit simpanan aku sikit, bagi lebih kurang RM1,000. Hutang tu pula dia lambat giIa nak bayar. Aku jenis yang selalu ingatkan, hutang wajib dibayar. Ambil masa lama baru selesai.

Beberapa bulan lepas tu, aku mengandung. Masa aku pregnant, barang dalam rumah asyik hilang. Duit hilang, telefon hilang, kamera hilang. Tapi peliknya semua hilang dalam rumah. Tak pernah seumur hidup aku duduk rumah sendiri barang hilang macam ni.

Aku bukan b0doh. Aku tahu suami aku sendiri yang buat. Sebab setiap kali barang hilang, dia pun hilang. Kononnya pergi kedai sekejap. Bila balik aku tanya, dia kata s4kit gigi pergi cari ubat. Lamanya pergi kedai. Lepas tu aku buat – buat mengadu, kata mungkin ada pencuri masuk rumah.

Dia pun buat drama, pusing tilam, cari barang. Aku tengok je dalam hati, buat muka b0doh, padahal aku tahu dia yang mencuri. Seminggu lepas kejadian tu, aku cakap sayang gambar dalam kamera hilang. Tiba – tiba suami aku kata dia jumpa pencuri tu.

Telefon dengan duit memang tak dapat, tapi kamera boleh dapat balik kalau bayar RM50. Aku pun cakap, suruh dia bayarkan dulu nanti aku bayar balik. Tapi aku tak bayar pun. Akhirnya kamera tu dapat balik. Pelik kan. Konon dicuri tapi boleh dapat balik. Macam g3ng dengan pencuri pula.

Sejak tu kes duit hilang selalu jadi. Aku buat tak tahu je sebab masa tu aku pregnant. Kadang – kadang str3ss juga. Pantang letak duit kat luar, mesti hilang. Pernah sekali balik kampung, mak aku nampak dia punggah beg tangan aku. Tapi aku diam je.

Bila anak kedua aku lahir, alhamdulillah semua okay. Tapi suami aku tak ada pun. Lepak dengan kawan tengok TV. Dia hantar aku ke hospital, lepas tu balik. Datang melawat 30 minit je lepas tu keluar dengan kawan. Mak aku jugak yang temankan aku kat hospital.

Sebenarnya banyak benda dia buat. Mengurat anak d4ra kat WeChat. Bersayang dengan bekas teman wanita. Buat akaun Facebook lain konon alim untuk mengurat perempuan lain. Banyak kali aku kantoi. Tapi aku buat diam je sebab aku kumpul bukti.

Lepas habis pantang, aku pasang peguam dan fail cerai. Bila surat sampai, dia terk3jut. Datang mahkamah buat acah alim, konon dia tak bersalah. Akhirnya kami bercerai juga. Senang sebab ada peguam. Lepas keluar mahkamah, dia cakap aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku buat b0doh je.

Kali kedua, dia giIa talak. Bila aku tak layan, kami Iawan hak anak. Masa tu banyak keluarga dia memburukkan aku. Tapi aku dan keluarga aku buat relaks je. Lawaknya, dia tuntut duit dari aku sebab kononnya dia jaga anak. Mahkamah pula dia jarang datang, yang selalu datang ayah dia. Sampai orang semua gelak, aku kahwin dengan siapa sebenarnya.

Dalam proses ni memang banyak kena sabar. Kadang – kadang penat nak pergi mahkamah. Kadang – kadang marah sampai rasa tak nak jaga anak. Kadang – kadang duduk rumah seorang diri, dengar bunyi pelik – pelik. Tapi aku ingat, kuasa Tuhan lagi besar.

Akhirnya mahkamah putuskan dia kena bayar nafkah setiap bulan, anak dengan aku. Tapi lepas tu dia makin kurus. Konon makan hati, rupanya ambil d4dah. Hari berlalu, nafkah pun tak bagi, jenguk anak pun tak. Aku buat relaks je. Tak tanya, tak kejar. Aku fokus kerja aku.

Sampai satu hari aku kenal seorang lelaki lain. Kerja biasa je. Mula – mula okay. Tapi bila dia tahu aku cuma ada SPM, tak ada diploma atau degree, terus dia reject aku. Katanya mak ayah dia nak yang setaraf, tak nak single mother. Masa tu hati aku h4ncur. Padahal masa dia susah dulu, aku yang tolong dia. Ambil masa lama aku nak pulihkan diri.

Tapi Tuhan adil. Aku naik pangkat. Dari syarikat biasa, sampai syarikat antarabangsa. Dari setakat SPM, aku berjaya juga kalahkan orang yang ada degree. Lelaki yang dulu reject aku mula mesej balik, nak minta tips, nak jumpa, nak belanja minum. Aku buat b0doh lagi.

Anak – anak aku membesar. Aku bawa mereka bercuti. Mereka tak tanya pun pasal ayah mereka. Kalau orang tanya, anak aku jawab ayah mereka dah kahwin lain. Sampai satu hari, aku dapat taw4ran kerja di New York, Amerika Syarikat.

Pangkat tinggi, gaji besar. Mak aku risau, tapi akhirnya setuju. Rezeki aku dapat balik Malaysia setiap tahun sebab semua ditanggung syarikat. Bila aku mula senang, ramai saud4ra tiba – tiba muncul. Ada yang kutuk, ada yang nak pinjam duit, ada yang nak tanya rahsia. Ada suami orang cuba mengurat. Tunang orang cuba masuk line. Lawak, mungkin suami anda juga salah seorang.

Dulu aku dih1na. Sekarang aku diuji dengan pujian dan perhatian. Aku tetap buat b0doh. Aku simpan circle aku kecil. Cukup keluarga aku. Ramai orang tak tahu kisah aku. Nampak aku kuat, nampak aku buat tak kisah. Tapi dalam hati, aku pernah h4ncur teruk.

Aku cuma percaya satu, rezeki Tuhan luas. Bahagiakan ibu bapa, itu paling penting. Aku tak kaya, tapi cukup. Aku tak ada degree, tapi aku ada usaha. Aku tak sempurna, tapi aku bangkit. Dan lelaki yang dulu buang aku, lelaki yang dulu d3ra aku, sekarang entah hidup ke m4ti aku pun tak tahu. Yang pasti, aku tak rugi kehilangan dia. Sebab aku jumpa diri aku semula. Dan itu jauh lebih berharga daripada mana – mana lelaki.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :