
Apabila aku buka pintu rumah, suami terk3jut hingga telefon yang ada di tangannya terlepas. Aku sempat melihat nama pemain yang bermain bersama dia. Suami mula marah dan berteriak. dia mengatakan jika aku berani bercakap tentang game lagi, dia akan ceraikan aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku telah berkahwin selama 3 tahun dan telah mengenali suami aku selama 6 tahun. Suami merupakan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa menyediakan keperluan aku. Namun, semua itu berubah apabila dia mula bermain permainan PUBG.
Semuanya bermula apabila aku diposting ke pedalaman dan bekerja sebagai seorang guru. Disebabkan risau akan keselamatan aku, suami berhenti bekerja sebagai juruteknik dan mengikut aku ke pedalaman. Pada mulanya, dia agak sukar menyesuaikan diri kerana di pedalaman, dia tak mempunyai kerja.
Dia sering merungut kebosanan serta malu apabila hanya aku seorang bekerja menyara kami berdua. Pernah sekali dia mengambil keputusan untuk bekerja kembali di tempat dia memandangkan aku tak mempunyai banyak masalah di pedalaman, tetapi apabila rumah jiran kami dimasuki pencuri, dia memadamkan niat untuk tinggalkan aku berseorangan di pedalaman.
Kerana kasihan melihat keadaan suami yang kebosanan apabila aku ke sekolah untuk mengajar, aku mengambil pakej wifi dengan kuota yang besar untuk dia melayari internet di masa lapang. Pada mulanya, semua berjalan seperti biasa.
Suami merupakan seorang yang sangat mengambil berat. Suami menyediakan makanan apabila aku kembali dari sekolah, dan menyediakan pakaian untuk aku sebelum pergi ke sekolah. Pendek kata, suami yang melakukan kerja – kerja di rumah yang sepatutnya dibuat oleh seorang isteri.
Satu hari, dia memuat turun permainan PUBG selepas diajak oleh sepupu dia. Ketika itulah per4ngai dia berubah sedikit demi sedikit. Daripada suami yang penyayang kepada suami yang panas baran. Dia sering berteriak ketika bermain permainan tersebut serta menghentak tangan, kaki serta marah apabila dia tak berjaya menyelesaikan misi.
Pernah juga dia membawa aku bermain permainan tersebut, dan sebagai seorang isteri, aku cuba untuk menyokong dia asalkan dia gembira. Aku mencuba permainan tersebut, namun tak berkekalan kerana konsep permainannya yang ganas dan bahasa yang dituturkan oleh pemain lain tak berpatutan.
Pada suatu hari, suami diajak bermain permainan PUBG secara berkumpulan bersama rakan sepupu suami. Aku menyedari terdapat seorang pemain wanita kerana aku terdengar melalui percakapan mereka. Aku bertanya kepada suami, adakah dia mengenali pemain wanita tersebut, dan dia menjawab tak kenal dan hanya mengatakan wanita tersebut rakan kepada sepupu dia.
Pada mulanya, aku agak janggal kerana suami memakai fon telinga, dan aku cuba mendengar perbualan mereka melalui fon telinga tersebut dan ternyata suara wanita itu agak manja dan kedengaran seperti suara yang gedik. Aku cuba untuk tak menghiraukan perasaan aku kerana tak ingin berg4duh dengan suami.
Tetapi hari demi hari, aku melihat suami aku kerap bermain PUBG bersama wanita tersebut. Dan apabila aku bercakap dengan suami, dia akan mem4tikan fungsi mikrofon di permainan tersebut. Aku mula curiga dan berasa tak sedap hati.
Aku meminta suami untuk membuka fungsi mikrofon di permainan tersebut walaupun aku tengah bercakap kerana itu merupakan satu petunjuk bahawa aku merupakan isteri dia. Oleh kerana tak ingin berg4duh, dia turutkan saja.
Namun, apabila aku sering kali bertanyakan suami, “pemain itu juga ke? Kenapa selalu sangat main dengan dia, tak ada pemain lelaki ke?”, suami mentertawakan aku dan aku juga turut mendengar suara ketawa wanita dari fon telinga tersebut.
Aku pendamkan saja perasaan aku kerana tak ingin berg4duh. Lagipun suami sering kali mengatakan itu hanyalah rakan di alam permainan. Satu hari aku disahkan mengandung. Aku dan suami berasa sangat gembira kerana itulah cahaya mata yang ditunggu – tunggu selepas sekian lama.
Aku juga membuat permohonan pindah dari pedalaman agar suami dapat bekerja. Aku berharap dengan bayi yang bakal lahir dan suami bekerja, dia dapat mengurangkan masa bermain permainan PUBG. Aku juga meminta dia untuk kurangkan bermain PUBG bersama pemain wanita tersebut. Tetapi dia memarahi aku kerana tak “sporting”.
Aku menegaskan bahawa aku bukanlah melarang suami bermain PUBG, tetapi melarang dia bermain bersama pemain wanita tersebut. Suami menurut kata kerana tak ingin bergaduh memandangkan keadaan aku yang sedang berbadan dua.
Selepas itu, suami bermain PUBG hanya dengan sepupu dan rakan lelaki yang lain. Walaupun dia masih tak berubah dengan sikap baran ketika bermain PUBG, aku bersyukur kerana suami tak lagi bermain dengan pemain wanita tersebut.
Bak kata orang, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Satu hari, ketika berada di sekolah, aku terlupa satu barang yang perlu aku kembalikan kepada rakan guru. Memandangkan terlanjur berjanji, aku pulang ke rumah untuk mengambil barang tersebut memandangkan jarak dari sekolah ke rumah taklah jauh sangat.
Sesampainya aku di rumah, aku terdengar suami berbual sambil ketawa dan dari perbualan tersebut, aku tahu suami sedang bermain PUBG. Apabila aku buka pintu rumah, suami terkejut hingga telefon yang ada di tangannya terlepas.
Suami cuba untuk mengambil telefon tersebut dan cuba untuk mem4tikan PUBG namun aku sempat melihat nama pemain yang bermain bersama dia. Dan nama pemain itu adalah wanita tersebut. Aku berasa sangat marah dan terkilan kerana tak sangka suami masih bermain bersama wanita itu di PUBG.
Walaupun ia kedengaran lucu, namun ia boleh jadi punca keretakan rumah tangga. Aku bertanya kepada suami kenapa masih bermain dengan wanita itu. Suami meninggikan suara dan bertanya semula, “kenapa aku tak boleh bermain dengan kawan aku sendiri?”
Aku menjawab, aku cemburu kerana apabila dia berbual dan bergurau dengan wanita itu di PUBG, sepertinya mereka sedang bertelefon, cuma platformnya adalah PUBG. Suami mula marah dan berteriak. Dia katakan bahawa dia tak mempunyai kebebasan.
Aku katakan bahawa aku tak pernah melarang dia bermain PUBG, namun bukan dengan wanita itu. Aku menegaskan lagi bergurau bermain berduaan dalam PUBG memang tak nampak di mata masyarakat, tapi bunyinya tak sesuai untuk suami orang bergurau senda apatah lagi suara wanita tersebut bermanja – manja dengan dia.
Kerana tak tahan aku bercakap, suami menarik rambut aku dan menjatuhkan aku ke lantai. Dia menolak kepala aku ke lantai dan menekannya dengan keras. Aku hanya mampu menangis dan memegang perut aku kerana risau jika terjadi apa – apa terhadap zuriat kami.
Dia berteriak dan mengatakan aku tak memberinya kebebasan. Apa kebebasan lagi yang suami minta? Aku tak pernah melarang suami bermain PUBG. Apabila aku menjawab, suami menghentakkan kepala aku ke lantai. Aku tak dapat berfikir benda lain, melainkan kem4tian di tangan orang yang paling aku sayangi.
Apabila suami menarik rambut untuk bercakap dengan aku, aku rasa kes4kitan yang amat sangat. Aku tak pernah sangka suami akan buat begini terhadap aku kerana sepanjang perkahwinan kami, suami tak pernah memukuI aku. Dan dia mengatakan jika aku berani bercakap tentang PUBG lagi, dia akan ceraikan aku.
Kemudian, suami berdiri dan menuju ke dalam bilik sambil mengambil telefon, mengunci diri sendiri di dalam bilik tersebut. Aku tak mampu buat apa – apa melainkan menangis teresak – esak. Aku tersentak, terk3jut dan tr4uma.
Perkataan “cerai” terngiang – ngiang di kepala aku. Spontan aku memegang perut memikirkan tentang nasib anak ini jika kami bercerai. Sedih tak terkata apabila per4ngai suami berubah hanya kerana PUBG. Selepas perg4duhan itu, aku mengambil alternatif untuk berdiam diri.
Tetapi pada masa yang sama, aku bersedia andai suami ingin membawa haluan masing – masing. Aku wanita yang bekerjaya, kuat dan mampu berdiri sendiri andai suami pergi bersama wanita lain. Kepada suamiku, Tak pernah terdetik di hati sayang untuk abang bertindak begini.
Jauh di sudut hati, sayang sangat sayangkan abang. Abang lelaki yang baik, cuma abang terpengaruh dengan mainan dunia. Sayang cuba untuk mengubah abang, tapi apakan daya jika kekerasan yang abang gunakan, sayang tak boleh meIawan. Sayang sentiasa berdoa semoga abang berubah dan kembali seperti yang dulu.
Kepada bakal suami – suami dan suami – suami gamers di luar sana, rendahkanlah ego anda seandainya isteri meminta anda untuk berhenti atau kurangkan bermain PUBG, Mobile Legend dan seangkatan. Mungkin kerana isteri anda nampak perubahan sikap anda yang anda tak sedari.
Fahamilah bahawa syurga akhirat itu lebih bernilai daripada syurga dunia. Ada insan yang lebih perIukan anda di dunia realiti berbanding dunia alam maya. Kepada wanita gamers di luar sana, Aku tak salahkan anda jika tujuan anda hanya ingin mengisi hari anda dengan bermain permainan.
Namun, fahamilah sempadan anda di antara suami orang walaupun hanya di alam maya. Dan cubalah bercakap menggunakan suara formal untuk berkomunikasi kerana aku juga wanita, aku tahu membezakan suara formal dan suara manja. Dan ingatlah andaikata ada wanita yang berniat buruk, karma itu wujud. Apa yang dibina dengan air mata, tak akan berkekalan. – Laila
Komen netizen :
Nabilah Zaki : Maaf puan, bukan saya nak judge puan, tapi in the first place kenapa puan setuju bila suami nak berhenti kerja dan ikut puan berpindah? Dan membiarkan suami tak bekerja untuk beberapa ketika, hmm maaf cakap puan, itu bukan tindakan yang bijak. Konteks masalah puan ni lebih besar daripada pubg semata. Maybe suami puan sengaja cari alasan menggunakan pubg untuk menutup masalah lain.
Nor Haslinda Mohd Mahidin : Permulaan keg4nasan kepada sang isteri. Suami yang baik tidak akan sesekali mengas4ri seorang isteri. Hanya kerana Pubg dan wanita lain. Sila berfikir secara w4ras wahai isteri di luar sana.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.