Suami diam-diam letak nama kakak dia sebagai penama KWSP. Lepas suami meninggaI satu sen saya tak dapat. Duit insurans hibah pun, kakak ipar ambik

Semasa abang sulung suami meninggaI dunia, adik beradik suami bolot segala harta. Saya diam – diam tolong biras, hantar barang dapur masa dia dalam iddah. MaIangnya, suami taklik talak 1 sebab saya tolong biras. Sekarang suami saya meninggaI, satu sen pun saya tak dapat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga FB, mohon hide profil saya. Saya seorang ibu kepada dua cahaya mata. Saya berkahwin muda dan bergelar ibu pada usia yang muda. Anak saya seorang lelaki berumur 6 tahun dan seorang perempuan yang akan berusia 14 tahun tahun ini.

Saya kongsikan kisah ini sebagai peringatan dan pengajaran buat para suami yang mungkin masih belum celik tentang perkara – perkara ini. Suami saya meninggaIkan kami ketika anak bongsu kami baru berusia 2 tahun 3 hari. Perginya suami saya untuk selama – lamanya.

Ketika saya mengandungkan anak kedua, abang sulung suami (abang long) meninggaI dunia dan meninggaIkan empat orang anak perempuan. Arw4h tidak membuat sebarang hibah. Yang paling terkilan, arw4h meletakkan penama KWSP atas nama adik keduanya.

Wang tersebut dituntut dan dibahagikan sesama adik beradik tanpa pengetahuan isteri dan anak – anak arw4h. Sepanjang tempoh iddah arw4h kakak ipar sehingga wang tersebut dikeluarkan, tidak seorang pun bertanyakan khabar beliau.

Suami saya sendiri juga tidak. Saya pernah dikenakan taklik talak satu kerana membuat keputusan sendiri menghantar barang dapur kepada kakak ipar semasa iddah, menggunakan duit dan gaji saya sendiri, kerana saya kasihan melihat anak – anaknya.

Walaupun hanya sekali, saya bersyukur dapat membantu. Selepas itu saya memohon maaf kerana tidak mampu membantu lagi dan memberikan nombor NGO untuk membantunya. Enam minggu selepas pemergian abang long, isterinya pula menyusul.

Anak – anak mereka dihantar oleh adik bongsu suami kepada keluarga sebelah arw4h isteri, iaitu datuk dan nenek mereka yang sudah uzur. Selepas bersalin anak kedua, saya pernah mengajak suami ke KWSP untuk meletakkan saya sebagai penama.

Ketika urusan sedang berjalan, saya meninggaIkan suami dan kakak ipar seketika untuk menyusukan anak. Tanpa saya sangka, suami telah meletakkan kakaknya sebagai penama. Semasa hidup, suami ada mengambil hibah melalui kenalan saya.

Dia hanya membayar selama enam bulan, selebihnya saya yang meneruskan bayaran sehingga beliau meninggaI dunia. Katanya hibah itu akan menjadi hak saya, namun selepas pemergiannya, hibah tersebut juga diberikan kepada kakaknya. Saya ditinggalkan tanpa apa – apa. Cuma saya sedikit bernasib baik kerana saya bekerja.

Sepanjang perkahwinan, suami hanya memberi nafkah RM300 sebulan. Bil elektrik, air, barang dapur, lauk – pauk, minyak kereta dan rumah semuanya saya tanggung kerana saya bekerja. Kereta saya sememangnya saya bayar sendiri.

Kereta yang digunakan suami juga saya bayar separuh dengan alasan ia atas nama saya dan akan menjadi hak saya. Komitmen bulanan sahaja melebihi RM2,500, tidak termasuk barang dapur dan lauk basah. Setiap tahun suami menerima bonus antara 4 hingga 6 bulan gaji, namun saya tidak pernah mengetahuinya.

Wang tersebut dibahagikan kepada adik beradiknya. Keperluan sekolah anak – anak dan persiapan hari raya semuanya saya uruskan sendiri. Saya hanya mengetahui perkara ini selepas suami meninggaI dunia, hasil pemberitahuan adik bongsunya yang kasihan melihat saya terpinga – pinga dan tidak tahu apa – apa.

Dia selama ini diugvt supaya tidak memberitahu saya. Terima kasih adik, jasa kamu akan saya kenang sampai bila – bila. Semoga kamu dikurniakan isteri yang baik dan solehah. Hutang piutang arw4h saya selesaikan menggunakan simpanan anak – anak sebelum genap 100 hari pemergiannya.

Maafkan ibu, nanti ibu gantikan semula simpanan kamu. Adik beradik suami lepas tangan dan membiarkan saya menguruskan semuanya seorang diri sehingga hari ini. Saya sangat terjatuh emosi selepas kehilangan suami. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Saya sering termenung dan bersendirian, memikirkan bagaimana hendak membesarkan anak – anak seorang diri. Soalan yang sering bermain di fikiran, “Mengapa abang lakukan semua ini selepas apa yang saya k0rbankan?” dan “Mengapa ini terjadi kepada saya?”

Namun Allah memberi saya kekuatan untuk bangkit demi anak – anak. Walaupun hati ini terIuka dan terasa terh1na, saya belajar untuk reda. Untuk suami, tidak mengapa abang. Saya reda dan saya halalkan dunia akhirat. Saya anggap semuanya sebagai sedekah dan amal saya sepanjang bersama abang.

Abang menerima saya seadanya dan tidak pernah berlaku curang. Itu sudah menjadi rahmat yang besar buat saya. Saya anggap semua yang berlaku hanyalah Iuka kecil dalam hidup saya. Rahmat Allah jauh lebih besar sepanjang kami bersama. Abang setia kepada saya walaupun saya jauh dari sempurna.

Saya kongsikan kisah ini bukan untuk membuka aib suami. Suami saya juga mempunyai banyak kebaikan yang tidak saya ceritakan. Saya juga hanyalah seorang isteri yang tidak sempurna. Saya tidak berniat melarang para isteri membantu suami, tetapi ingin membuka mata para suami agar menghargai isteri selagi masih ada.

Isteri berk0rban hidup, tenaga dan masa untuk keluarga. Jangan biarkan dia menanggung derita selepas ketiadaan kamu. Ambil yang baik sebagai teladan, buang yang buruk jauh – jauh. Semoga kisah ini menjadi iktibar.

Komen netizen :

Awliya Afruz : Penama dalam kwsp hanyalah sebagai pentadbir. Pentadbir ambil duit dan kenalah dibahagikan megikut faraid. Isteri ada hak 1/8 jika isteri ada 1 je. Anak lelaki 2 bahagian dan anak perempuan 1 bahagian secara asasnya.

Keluarga ambil duit kwsp dan bahagi sesama sendiri dan menidakkan hak isteri dan anak – anak. Makanya mereka telah makan harta yang batil. Sebab tu kita kena urus pusaka kita dengan cara yang betul dan mudahan kita tak tergolong dalam golongan yang makan harta bathil. Sekadar ilmu untuk semua

Kucing Belang : Kenapa bayarkan hutang dia guna duit simpanan anak – anak? Sepatutnya ambik daripada duit tinggalan sim4ti, awak patut bagitau kakak dia yang hutang arw4h sekian – sekian. Kakak dia hanya lah pemegang amanah bila nama dia diletakkan sebagai penama.

Bila dia dapat duit dia kena uruskan hal faraid. Kalau awak ada anak lelaki, adik beradik suami tiada hak langsung untuk mendapat wang kwsp tersebut except parents suami awak. Awak ada hak 1/8 daripada duit dia tu dan sebelum wang dibahagikan faraid, wang sim4ti perlu digunakan utk bayar hutang sim4ti.

Tak tahu lah awak ni terlalu naif sangat ke sampai tak tahu hak sendiri atau macam mana atau terlalu baik hati sangat ke sampai kena pijak dengan arw4h suami dan ahli keluarga dia. Sampai dia m4ti pun awak still dinafikan hak awak. Itu pun awak nak halal kan dunia akhirat… takpe lah sis… semoga Allah memberi kan syurga yang yertinggi kepada sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :