
Saya terk3jut tengok baju baju anak saya di luar rumah dalam kotak. Saya pergi sekolah berjumpa dengan pengetua. Satu buku pun bekas suami tak beli untuk anak. Yuran pun tak dibayar, apalagi baju, kasut sekolah..
#Foto sekadar hiasan. Saya Suriya, berusia 42 tahun, bekerja sendiri. Telah bercerai dengan bekas suami hampir 5 tahun dan anak – anak (4 orang) di bawah jagaan bekas suami. Tapi maIangnya, selepas bekas suami berkahwin lain, dia telah mengabaikan anak – anak, termasuk nafkah anak.
Untuk makluman, bekas suami saya berjawatan tinggi di salah sebuah IPT*. Dari zaman anak – anak kecil lagi, bekas suami seorang yang sangat berkira bab duit dengan isteri dan anak – anak. Saya terp4ksa memikirkan perbelanjaan anak – anak, buku sekolah, pakaian sekolah, van sekolah, baju raya, barang dapur, dan mencari pendapatan sendiri.
Pada mulanya, saya berniat untuk membantu meringankan beban suami, tapi tak sangka memang itulah yang dia mahukan dari saya. Dari susu anak, lampin pakai buang, insurans anak – anak, kebanyakannya saya yang terp4ksa tanggung sebab dia sentiasa beri alasan duit tak cukup.
Dan sekarang, walaupun dia sudah mendapat hak hadanah, yang peritnya segala masalah atau kepayahan anak – anak masih diletakkan di bahu saya. Jika anak meminta dari dia, dia hanya mendiamkan diri, dan anak – anak akan cari saya.
Sebagai ibu, saya tak sanggup tengok anak saya susah, tak makan… saya akan bantu. Dan dia telah mengambil kesempatan atas keprihatinan saya pada anak – anak. Sekarang, anak sulung saya sudah 21 tahun, yang kedua 17 tahun (SPM 2025), yang ketiga berumur 11 tahun, dan yang bongsu berumur 9 tahun.
Bulan lepas, dia telah menghantar WhatsApp kepada anak sulung saya untuk keluar rumah dan mencari bilik sewa dengan alasan sudah umur 21 tahun dan bukan bawah tanggungjawabnya lagi. Saya agak terk3jut bila anak menghantar tangkap layar mesej itu… saya masih bersabar.
Baru – baru ini, sehari sebelum sesi persekolahan bermula, anak kedua saya telah membuat panggiIan video sambil menangis teresak – esak. Katanya, dia berg4duh dengan bapanya, dan bapanya telah menghalaunya keluar dari rumah. Punca perg4duhan adalah anak saya meminta bapanya belikan kasut sekolah kerana kasut sekolah lamanya sudah rosak, tapi si bapa enggan beli.
Berlaku pert3ngkaran sehingga dia sanggup menghalau anak perempuannya sendiri dari rumah dengan panggiIan kesat. Saya segera ke sana mengambil anak dan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan mengenai anak yang dihalau, dan saya mengambilnya dari penjagaan bapanya.
Ketika saya mengajak anak untuk ke rumah bapanya mengambil baju – bajunya, alangkah terk3jutnya saya apabila mendapati semua baju anak – anak perempuan saya sudah diletakkan dalam kotak di luar rumah. Saya juga ke sekolah anak saya untuk berjumpa guru kelas.
Saya dimaklumkan bahawa sebiji buku pun bapanya tidak beli untuk naik ke Tingkatan 5, malah tidak membayar yuran PIBG anak. AllahuAkbar… bukan setakat tidak mahu membeli kasut sekolah, baju sekolah, malah buku – buku dan peralatan sekolah juga tidak dibeli. Sedih rasa hati.
Sekarang, anak perempuan saya sudah berpindah sekolah, dan selama sebulan dia tidak tinggal bersama bapanya. Sepuluh sen duit makan pun bapanya tidak kirim untuknya. Kini, rumah yang dia diami bersama anak – anak yang lain telah dijual, dan dia akan berpindah ke daerah lain.
Seperti yang diarahkan sebelum ini, tiba masanya anak sulung saya keluar menyewa bilik kerana katanya anak sulung saya sudah tidak di bawah tanggungjawabnya lagi. Sementara itu, dua orang anak saya yang kecil yang masih bersama bapanya merengek – rengek meminta supaya saya mengambil mereka.
Katanya, bapanya selalu marah – marah dan mengeluarkan kata – kata kesat kepada mereka berdua. Tambahan pula, kakak dan abang mereka sudah tiada bersama, mereka mendesak supaya saya mengambil mereka kerana tidak mahu lagi tinggal bersama bapa.
Buat pengetahuan semua, akses yang boleh menghubungkan saya dengan anak – anak kecil saya itu semua telah disekat. Saya memohon pandangan dan nasihat, apakah tindakan yang boleh saya ambil terhadap si bapa? Semoga tuan – tuan dan puan – puan dapat membantu saya dari segi nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih. – Suriya (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Di dunia ini, ada dua jenis manusia – yang mencari ketenangan dengan melepaskan kisah silam, dan yang hidup dengan d3ndam, menjadikan fitnah sebagai senj4ta untuk menjatuhkan orang lain. Surya tergolong dalam kategori kedua.
Baru – baru ini, dia menulis satu confession di atas penuh manipulasi, menuduh bekas suaminya sebagai bapa yang culas memberikan nafkah dan menyebabkan anak – anaknya mend3rita. Tetapi, ini bukan kali pertama dia menggunakan taktik yang sama untuk memusnahkan kehidupan seseorang. Saya sendiri adalah saksi kepada permainannya yang licik.
D3ndam yang Tidak Pernah M4ti. Sebelum dia mengh4ncurkan rumah tangga sendiri, Surya pernah memporak – perandakan keluarga saya pada tahun 2019. Ketika itu, dia menggunakan pelbagai helah untuk merosakkan hubungan adik lelaki saya dengan teman wanitanya. Semuanya kerana dia mahu bersama adik lelaki saya sendiri.
Saya sebagai kakak sulung tidak berdiam diri. Saya menghubungi suaminya ketika itu dan menceritakan segala – galanya tetapi seperti biasa, Surya lebih pandai memutar belit cerita dan membuat orang percaya bahawa dia adalah m4ngsa.
Apabila hubungan dengan adik saya berakhir, dia tidak berhenti di situ. Dia mendekati seorang lelaki bernama Reza (bukan nama sebenar), seorang yang aktif dalam NGO politik. Hubungan mereka berjalan sepanjang awal PKP, sehinggalah bekas suaminya sendiri melihat bukti pengkhi4natan itu dengan mata kepala sendiri.
Pada malam 25 Ramadan 2020, rakaman CCTV menunjukkan Surya check-in di Summersuite KLCC bersama lelaki tersebut pada pukuI 12.40 pagi dan check-out pada pukuI 11.00 pagi keesokan harinya. Dengan bukti itu, bekas suaminya akhirnya menceraikannya pada Mei 2020.
Hak Penjagaan Anak yang Hilang – Bukan Kerana KezaIiman, Tetapi Kerana Per4ngainya Sendiri. Selepas perceraiannya, mahkamah menarik hak penjagaan anak – anaknya. Bukan kerana bekas suaminya ‘jahat’ seperti yang dia cuba gambarkan, tetapi kerana mahkamah melihat sendiri bukti keperibadiannya yang tidak layak sebagai ibu.
Tetapi Surya tidak pernah puas. Dia masih mahu merosakkan kehidupan bekas suaminya dengan apa cara sekalipun. Di TikTok, menggunakan akaun “beautyj***”, Surya sendiri pernah menyatakan niatnya untuk mengh4ncurkan kehidupan bekas suaminya.
Bayangkan, anak – anak yang masih tinggal dengan ayah mereka melihat sendiri video – video ini! Apa yang terjadi? Anak – anak menjadi keliru, emosi mereka terganggu, mereka mula meIawan ayah sendiri. Bukankah ini satu bentuk pend3raan emosi terhadap anak – anak?
Surya menggunakan kata – kata yang sama seperti ketika dia memporak – perandakan keluarga saya dulu. Dulu, dia berkata kepada saya bahawa dia akan h4ncurkan hubungan adik lelaki saya. Sekarang, dia ulang taktik yang sama dengan menanam kebencian dalam fikiran anak – anak terhadap bapa mereka.
Anak Perempuan yang ‘Dihalau’ – Kenapa? Dalam confessionnya, Surya mendakwa anak perempuannya dihalau. Tetapi dia tidak menceritakan punca sebenar kenapa ia berlaku. Hakik4tnya, anak itu telah terpengaruh dengan dakyah ibunya, menjadi terlalu kasar dan meIawan ayahnya dengan cara yang tidak sepatutnya.
Mana – mana ibu bapa yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan kelakuan sebegini tanpa tindakan. Jika ayahnya tegas dalam hal ini, ia bukan kerana dia zaIim, tetapi kerana dia tidak mahu anaknya membesar dengan akhlak yang rosak hasil hasutan ibunya.
Nafkah dan Tuduhan ‘Anak Makan Maggi’. Surya juga menuduh bekas suaminya mengabaikan nafkah hingga anak – anak terp4ksa makan Maggi setiap hari. Saya sangat kenal taktik ini, kerana ini adalah skrip yang sama yang dia gunakan ketika dia cuba masuk ke dalam keluarga saya dulu.
Dulu, dia berkata kepada ahli keluarga saya bahawa bekas suaminya kedekut, tidak bertanggungjawab, dan tidak peduli tentang keluarganya. Tetapi pada waktu itu, bekas suaminya masih tinggal serumah dengannya, menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa.
Siapa yang sebenarnya yang sibuk setiap minggu pergi ke Melaka untuk bertemu dengan adik lelaki saya? Siapa yang menghabiskan masa jauh dari keluarga sendiri, tetapi dalam masa yang sama menuduh suami sendiri tidak memberi nafkah?Kini, taktik yang sama digunakan terhadap bekas suaminya sekali lagi.
Sokongan Keluarga yang Tidak Masuk Akal. Lebih menyedihkan, ibu bapanya dah ahli keluarga dia sendiri menyokong segala perbuatannya. Walaupun kakaknya sendiri pernah menyaksikan Surya tidur bersama adik saya di sebuah hotel di Melaka, mereka masih menyebeIahi dia tanpa rasa bersalah. Keluarga toksik seperti ini hanya akan membenarkan perkara yang h4ram demi menjaga air muka sendiri.
Kesimpulan: Siapa Sebenarnya M4ngsa? Bekas suaminya kini menjadi mangsa fitnah dan manipulasi yang sama seperti yang pernah saya dan keluarga saya lalui. Surya tidak pernah berubah. Dia menggunakan simpati sebagai senj4ta. Dia pandai bermain kata – kata.
Dia tahu bagaimana untuk membuatkan orang percaya bahawa dia adalah m4ngsa, sedangkan dialah pemusn4h sebenar. Dia boleh menulis sebanyak mana confession yang dia mahu. Dia boleh menggunakan anak – anak sebagai alat untuk menyer4ng bekas suaminya.
Tetapi satu perkara yang dia lupa, kebenaran tidak akan tertutup selama – lamanya. Semoga bekas suaminya dan anak – anak mereka diberi perlindungan daripada tipu daya yang k3jam ini. Dan semoga satu hari nanti, anak – anaknya sendiri akan melihat siapa ibu mereka yang sebenar.Kebenaran tetap akan menang. – Qilla (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.