
Hari ni, suami marah dan hambur semuanya. Aku minta tolong suami belikan adik aku motor tapi dia tak nak tolong. Dia sanggup ceraikan aku sebab dah tak tahan dengan keluarga aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Aku merupakan isteri dan ibu kepada dua orang anak. Aku dah berkahwin selama lima tahun. Alhamdulillah, dapat suami yang baik. Suami aku seorang peniaga yang tekun. Boleh dik4takan pukuI 4 – 5 pagi dah keluar rumah, 9–10 malam balik, mandikan anak – anak, bawa balik makanan dan pergi kerja semula.
Balik petang, hantar lagi makanan untuk aku dan anak – anak. Lepas tu keluar balik meniaga sampai malam, baru balik selepas bawa aku dan anak – anak keluar pergi jalan – jalan, makan – makan walaupun dah tengah malam. Dua bulan sekali, mesti suami aku bawa aku pergi jalan – jalan ke luar negara atau dalam negeri.
Alhamdulillah, gaji suami aku RM2X,XXX sebulan. Maaf, bukan niat nak bercerita pasal gaji. Rupanya sejak kami berkahwin, suami banyak makan hati dengan keluarga aku. Selama ni aku tak sedar dan aku tak pernah terfikir. Tapi apabila aku lihat suami aku hari ni betul – betul marah apabila aku cakap aku nak tolong adik aku yang masih lagi belajar degree untuk belikan motor bagi kemudahan dia belajar.
Rupanya banyak dia pendam selama ni. Ya, betul. Selama ni pergi jalan – jalan ke luar negara, ke mana – mana dalam negeri, duit makan minum selalu semua suami aku tanggung, termasuk adik dan pelajaran adik aku pun. Dia cakap, bila aku minta tolong adik aku bantu dia dalam bisnes semasa ada kec3masan dan kem4tian, adik aku tak nak bantu sebab adik aku suka tidur.
Ya lah, betul lah suami aku cakap, selama ni asyik suami aku je bantu adik dari segala hal dan apa sahaja. Dan betul, tiap kali suami minta tolong adik aku, adik aku tak nak tolong. Dia malas. Baru ni abang aku meninggaI di Selangor. Duit kos untuk selesaikan jen4zah, suami aku tanggung segalanya sebab aku berasal dari keluarga yang berpecah – beIah.
Mak dan ayah aku memang materialistik. Selalu nak meminjam duit. Yang kakak aku pula kerja kerajaan tapi tiap kali raya atau makan besar semua tak nak keluarkan duit. Semua suami aku bayar dan belikan. Ayah aku ada mengambil seutas jam tangan Rolex milik suami aku.
Aku ingatkan suami aku tak kisah, rupanya terk3jut aku bila tahu jam tu berharga RM80K yang dia beli masa dia mula – mula susah ketika baru nak stabil dalam bisnes dulu. Maaf jika berterabur. Hari ni suami aku luahkan segala – galanya apabila aku marah kerana dia tak mahu bantu adik aku dan dia cakap dia tak akan tolong adik aku sampai dia m4ti.
Lepas tu aku pun cakap, tergamak dan sampai hati dia nak putuskan hubungan aku dengan adik beradik aku. Ya, aku akui silap aku. Sehinggakan dia putuskan hendak berpisah kerana terlalu banyak masalah yang terp4ksa aku tanggung. Setelah hampir satu hari, aku rasa macam nak giIa menangis fikirkan semua ni. Suami aku tak balik – balik…
Aku terfikir macam dah tak nak hidup lagi. Aku khilaf. Selama ni aku tak pernah menjaga hati suami aku. Dia sentiasa terIuka. Walaupun dia baru je hampir satu hari tak ada, aku dah merasa betul – betul kehilangan. Tolong doakan suami aku balik…
Sambungan… Assalamualaikum w.b.t. Aku namakan diri aku A. Aku suami kepada yang membuat pengakuan tempoh hari. Maafkanlah aku, TAK AKAN KEMBALI. Kalau aku kembali sekalipun, mungkin… mungkin dalam mimpi kau je.
Kau nak berubah hati? Mungkin… Tapi mungkin cuma beberapa hari. Dah lima tahun, asyik benda yang sama je. Kau berubah sehari dua bila tengok aku nak marah dengan diam, lepas tu kau dah lupa apa yang kau buat dan apa yang keluarga kau buat.
Aku bagi contoh, itu hari kan aku bawa keluarga kau makan besar. Aku order 12 lamb chop. Aku cakap dekat kau, simpan dekat aku satu. Tapi bila sampai dekat meja, aku nak makan, kakak kau cakap apa dekat aku? Kau ingat? “Dah tahu kan anak – anak aku makan banyak, kenapa order sikit?” Kecewanya aku.
Aku order maggi kosong je aku makan. Kau semua makan dengan lahap tak perasan aku makan maggi. Kau semua makan siakap, jenahak, kerapu, chicken chop, lobster, king crab, dan lain – lain. Aku langsung tak jamah semua tu. Tapi kau nampak ke aku makan maggi je?
Semua tak peduli. Ini bukan soal duit. Dah lama aku diam. Nak – nak masa raya, semua baju raya adik beradik, mak, ayah kau, semua aku belikan. Bila aku balik kampung, korang semua layan aku h4mbar. Kesilapan aku cuma lambat balik sebab tak beli barang untuk BBQ.
Sedangkan dorang semua dekat rumah dari pagi sampai malam asyik membuta. Lepas tu semua tak nak bercakap sebab nak marah. Mana silapnya? Kau pinggirkan aku. Aku juga ada hati dan perasaan. Dah beberapa hari ni, pasti kau mengerti setelah aku tiada lagi di sisi kau.
Bila berg4duh, apa kau akan cakap? “Isteri cerminan suami?” Maaf. Dah lama aku simpan. Dari dulu orang tua – tua selalu cakap, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aku cuma boleh bagitahu, kau ni cerminan keturunan mak, ayah, dan keluarga kau.
Maaf. Aku pun dah tak boleh nak menahan rasa kecewa di dalam d4da. Aku selalu tersungkur, menunduk, meraung dan tak ada siapa yang boleh rasakan betapa s4kitnya hati aku. Kau sebagai isteri aku sekalipun, sikit pun kau tak pernah nak menghargai apa aku buat.
Apatah lagi keluarga serta adik beradik kau yang tak pernah berterima kasih. Betul, bila aku selalu bantu keluarga kau tapi bila sekali sahaja aku tak dapat, keluarga kau macam – macam akan cakap dekat aku, ni buat susah, itu ini. Lepas tu? Aku terp4ksa puaskan hati kau dan keluarga kau.
Aku dah cuba berikan segalanya dan bertahan demi anak – anak. Tapi akhirnya aku tewas. Aku dah sedar. Kau bukan untuk aku. Nanti kita jumpa di mahkamah dalam masa terdekat. Anak kita bahagi dua. Kalau kau tak nak bela, aku akan bela kedua – duanya sekali, jangan risau. Bahagia tak, bila kau dan family kau menik4m aku selama ni?
Tapi jangan risau, walaupun aku sedih, aku lebih rela melepaskan kau. Kali terakhir aku nak tanya kau… kurang apa lagi? Kurang apa diri aku ni? Aku telah berikan semuanya untuk kau, tapi tergamak kau khi4nati aku sampai hati aku s4kit sangat.
Tak perlu pujuk atau apa. Aku bukan merajuk. Aku pergi untuk bawa diri dan aku tak ada dekat Malaysia. Nanti aku akan balik uruskan penceraian kita. Last… Semoga saja kau akan dapat hati yang tulus mencintai kau. Tapi… tapi bukan aku.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.