
Orang tua tu memang kurang ajar. Sejak aku g4duh dengan dia, dia memang berd3ndam dengan aku. Setiap kali aku keluar dengan boyfrined, dia tuduh aku buat maksi4t. Baru ni, dia dah berani halau aku. Sedangkan tu rumah mak aku, rumah aku. Dia h1na bapak kandung aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum korang. Aku share cerita ni untuk mintak pendapat korang semua apa yang aku perlu buat. Sebab sekarang aku buntu. Aku tak nampak jalan keluar. Aku taktau apa aku perlu buat. Bagi sesiapa yang lebih arif tentang masalah aku ni, aku alu – alu kan komen dari anda semua. Aku terima segala nasihat dengan hati yang terbuka.
Aku mulakan dengan umur aku, 25 tahun. Baru habis degree. Tengah tunggu konvo. Aku duduk rumah sahaja. Belum bekerja. Masih mencari. Aku kakak sulong dari tiga beradik. Mama aku dah lebih 10 tahun menjadi ibu tunggal kemudian berkahwin dengan sorang duda pada tahun lepas.
Masalah aku bermula bila aku perasan sejak mama kahwin hidupnya masih sama susah macam sebelum kahwin. Aku tak nampak dekat mana function nya bapak tiri aku dalam menjaga memelihara family aku ni. Aku tengok bapak tiri aku kerja pun on off. Kadang – kadang ada job. Kadang – kadang takde job.
Biasanya dalam seminggu hanya dua hari dia keluar rumah untuk bekerja. Selebihnya dia duduk rumah menghabiskan masa dengan ayam – ayamnya. Sekarang ni aku tengok dah sebulan dia takde kerja. Hanya duduk rumah. Oh ya rumah ni rumah aku. Rumah mama aku. Dia pindah masuk rumah ni lepas kahwin dengan mama aku.
So dah boleh agak dia memang tak berduit. Dia takde bagi nafkah pun dekat mama aku. Semua duit belanja barang dapur, bil api air semua ditanggung mama aku. Mujur mama aku masih sihat kuat bekerja. Ada bulan – bulan yang duit belanja tak cukup, mama akan mintak tolong aku support topap duit belanja mama.
Aku marah kenapa mama tak mintak dari laki dia. Kenapa kena mintak pada aku? Aku bukan berkira. Tapi aku persoalkan mana tanggungjawab orang tua tu. Tanggungjawab orang tua tu sepatutnya yang membantu dan mencukupkan keperluan keluarga ni.
Dari segi layanan orang tua tu pada mama, pada mata aku, buruk layanan yang diberikan. Aku kesian kat mama. Orang tua tu suka mengherdik orang. M4ki hamun orang. Suka tinggikan suara dengan mama sebab kesalahan yang kecil.
Aku benci tengok dia layan mama tak macam selayaknya isteri dilayan. Tahun lepas masa mama cakap dengan aku nak kahwin dengan orang tua tu, aku tak rela. Sebab aku belum cukup kenal orang tua tuh macam mana orangnya. Dalam setahun ni baru aku kenal macam mana orangnya. Hm..
Sejak kahwin, aku tak penah nampak dia cuba berborak dengan adik – adik aku. Tanya macam mana sekolah ke. Tanya macam mana result exam ke. Dia tak penah mulakan langkah tu. Kami tiga beradik tak biasa tiba – tiba ada lelaki baru masuk dalam rumah setelah lebih 10 tahun kami ada berempat dengan mama. Agak awkw4rd.
Ditambah lagi dengan orang tua tu yang tak penah cuba mengambil hati kami adik beradik. Bila kami tak penah menegur orang tua tu, mama salahkan kami sebab tak pandai hormat orang tua. Salah kami ke? Sepanjang satu tahun ni mama dah berkahwin, kami tak pernah borak dengan orang tua tu.
Adik – adik aku pun takut untuk tegur dia sebab air muka dia garang dan tak mesra. Masalah aku makin bertambah bila aku dah duduk rumah sebab habis pengajian. Kadang – kadang aku keluar rumah untuk urusan belajar aku. Kadang – kadang aku keluar untuk release tension. Aku keluar tengok wayang.
Kadang – kadang aku keluar makan malam dengan boyfriend aku. Semua yang aku keluar tu, boyfriend aku yang amek dan hantar. Sebab aku takde transport. Kalau ke mana – mana aku perIukan kawan untuk hantarkan. Kebetulan orang orang yang akan hantarkan aku ke sana ke mari tu semua lelaki. Mana kawan perempuan aku?
Ye aku takde kawan perempuan. Ada tu ada lah. Tapi jauh – jauh lah. Dekat kawasan rumah aku, aku memang takde kawan perempuan melainkan kawan universiti. Boyfriend aku penah jumpa dia mintak izin nak bawak aku keluar. Tapi sejak kami terima respon orang tua tu yang meny4kitkan hati, aku decide lepas ni aku keluar aku tak kan mintak izin orang tua tu lagi. Sebab dia tak kan paham.
Selepas hari kejadian tu aku keluar tanpa izin orang tua tu. Aku hanya minta izin dengan mama aku sahaja. So semua tempat aku nak pergi aku akan bagitau mama. Satu malam tu lepas aku balik dari tengok wayang dengan izin mama, orang tua tu marah aku tanya aku pergi ke mana.
Dia bukan betul – betul nak tau aku ke mana pun sebenarnya. Sebab dalam kepala dia aku ni keluar buat maksi4t dengan lelaki – lelakii tu semua. Yelahkan orang – orang yang amik hantar aku kat rumah semua lelaki. Padahal aku tak buat benda – benda tu. Malam tu aku terlampau marah dengan tuduhan yang dia bagi kat aku.
Masa tengah marah tu aku nak halau dia keluar rumah. Wah sejak tu, d3ndam kesumat dia semakin membuak dengan aku. Semakin benci dengan aku. Sekarang dia pulak yang nak halau aku dari rumah aku sendiri. Dia kata kalau nak buat maksi4t pergi duduk sendiri. Jangan duduk dalam rumah ni lagi.
Aku pernah kuar dengan boyfriend aku nak beli barang keperluan, balik rumah dia tanya aku “seronok ke keluar hari ni? Dapat batang panjang ke pendek?” kurang ajar betul orang tua tu. Aku dengan orang tua tu dah banyak kali berg4duh per4ng mulut. Sampaikan dia pernah Iudah muka aku.
Dia marah aku sebab aku lepaskan kucing keluar rumah. Aku memang menjawab dengan dia masa tu. Bagi aku buat apa kucing dikurung – kurung dalam rumah. Dia tengking dengan aku. Aku pun tinggi suara dengan dia. Sebab dia marah sangat dekat aku, dia cakap nak ter4jang aku.
Masa tu takde sape kat rumah. Mama kerja. Adik sekolah. Cuma aku dengan dia kat rumah. Disebabkan dia tau dia tak boleh ter4jang aku, dia Iudah muka aku. Dapat bayangkan betapa benci dia dengan aku? Sebabkan kucing aku kena Iudah.
Sikit aku tak balas. Even masa tu tengah menyapu rumah, aku tak hayun penyapu tu kat muka dia. Sekarang aku menyesal kenapa aku tak penyapukan muka dia. Sangat – sangat kurang ajar bahasa dia. Dia maki aku carutkan aku. Tak sesuai langsung bahasa dia dengan umur dia yang dah sangat lanjut tu.
Lepas aku kena Iudah, lepas habis adegan hempas pintu tu semua aku whatsapp mama aku yang tengah bekerja tu. Aku cerita orang tua tu dah mula berani Iudahkan aku. Tapi jawapan mama aku, sangat buat aku kecewa. Mama pun takut dengan orang tua tu kalau meng4muk.
Mama aku cakap jangan meIawan cakap orang tua tu. Ya Allah. S4kit hati aku.. Hati aku yang s4kit kena Iudah belum hilang, jawapan mama lagi meny4kitkan hati aku. Mama langsung tak pertahankan aku. Dia lagi salahkan aku. Sejak tu, aku mintak mama cerai dengan orang tua tu.
Sebab aku tak tahan dengan per4ngai orang tua tu yang sangat berlagak dan biadap bila bercakap. Setiap ayat dia, kalau tak perlekehkan orang memang tak sah. Dia mesti nak h1na orang. Bukan sekali dia h1na bapak kandung aku. Dia cakap baka dari bapak aku semua buruk per4ngai. Takde yang elok per4ngai. Aku dengar dia h1na – h1na mama pun mama diam je. Tak balas pape.
Setiap hari aku sangat tertekan. Aku cuma boleh memerap dalam bilik setiap hari. Tak boleh keluar mana – mana. Kalau mama bagi aku keluar pun aku terp4ksa keluar senyap – senyap. Aku mintak mama bercerai pun mama cakap takde alasan yang kukuh.
Aku cakap kat mama aku, kalau orang tua tak bagi nafkah, tu bukan alasan yang kukuh ke? Mama aku jawab, itu (nafkah) semua tak penting. Ya Allah. Aku taktau apa benda dalam pikiran mama. Mama sendiri cakap dengan aku dia tak bahagia dengan orang tua tu, tapi mama cuma diam diam diam diam diam. Sabar sabar sabar sabar. Itu je mama aku buat.
Aku kesian dengan mama aku. Sepatutnya ada suami, boleh jaga dia. Mencukupkan keperluan dia. Tapi ni tak. Betulkan sinki pun mama aku buat tertonggeng – tonggeng mengetuk. Orang tua tu sedap hisap r0kok kat depan rumah. Baru – baru ni orang tua tu rampas hp mama.
So orang tua tu baca semua wasap aku dengan mama yang cakap pasal cerai tu. So hubungan mama aku dengan orang tua tu dingin dua tiga hari ni. Orang tua tu nampak muka aku je, dia berangin. Panas satu badan dia. Dia cakap “kau tunggu bila tiba masanya”. Aku pun taktau dia plan apa untuk balas d3ndam kat aku.
Terlalu banyak kalau nak cerita per4ngai buruk bapak tiri aku. Aku cerita yang aku mampu nak nak taip je. Aku mintak maaf kalau cerita ni memeningkan kepala dan tak tersusun. Tapi aku harap mesejnya sampai dekat korang. Aku mintak nasihat dan support dari korang semua.
Setiap hari aku semakin lemah dengan ujian ni semua. Aku makin lemah sebab kesudahannya mama akan salahkan aku. Dah banyak kali cuba berbincang dengan mama aku, tapi tak membuahkan hasil. Terlalu banyak benda yang mama pendam dan tanak bercerita dengan aku. Sedangkan aku cuma nak tolong mama aku. Aku nak mama bahagia. – Anak yang sayangkan mamanya
Ulasan Pembaca :
Norizan Mamat : Salam, umur dah 25 kan ? Zaman makcik dulu, abis study, terus keluar rumah kerja. Kerja apa saja asal tak berg4ntung dengan orang. Abis belajar umur 23.. Kerani bayar gaji ikut jam pun ok jer. Masa belajar pun dah kerja. Kat restoren, kat kfc, kat stesen minyak. Apa nak malu boskurrr… Hahaha…
Camni la, kita usah banyak merungut. Kita cari jalan penyelesaian ikut kemampuan kita. Nak suruh mak berpisah ? Itu hati orang, kita mana boleh p4ksa. Rumah tangga orang (biarpun ibu atau adik beradik, kita boleh nasihat dan beri pandangan. Jangan p4ksa).
Bila dah kerja, usaha untuk bantu mak jaga adik. Biarkan mak jalani hidup bahagia (yang kita mungkin tak nampak) sehingga dia rasa tak mampu bertahan. Jangan rumitkan keadaan mak lagi. Kesian kat mak. Biar dia bahagia walaupun sekejap. Semoga semua kita tabah dan bahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.