Menumpang duduk rumah mertua, anak aku 6 tahun tampal hasil lukisan dekat pintu. Ayah mertua cabut dan koyak. Dia kata lukisan anak aku hodoh

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Musim hujan aku sidai baju dalam rumah, aku pasang kipas. Bila aku turun bawah semula, kain baju yang baru dijemur bersepah atas karpet. Menangis aku sebab baju banyak dan karpet tu kotor. Memang sah ayah mertua yang buat.

#Foto sekadar hiasan / AI. Menangis meraung anak aku yang genap enam tahun bila dapati kertas – kertas hasil karyanya, melukis dan mew4rna, yang ditampal di pintu biliknya dikoyak dan dibiarkan bertaburan atas lantai. Bapa mertua aku yang buat. Anak aku tanya pada atuknya, “Atok, siapa yang koyak ni?”

Lembut je dia tanya. Bapa mertua jawab, “Atok yang koyak. Hodoh!” Bilik bapa mertua menghadap bilik anak aku. Memanglah ni rumah dia, tapi dengan budak takkan tak boleh beralah. Cucu kot. Lukisan dan hasil mew4rna anak aku bagi aku cantik je. Comel cara budak – budaklah.

Teringat empat tahun dulu, hujan lebat berhari – hari. Kain tak kering. Masa tu kedai dobi dan mesin pengering taklah banyak macam sekarang. Aku sidai kain banyak dalam rumah. Aku bawa masuk penyidai kain mudah alih. Letak di satu ruangan rumah yang tak digunakan dan jarang sekali guna. Aku pasang kipas.

Bila aku turun bawah semula, kain baju yang baru dijemur bersepah atas karpet. Menangis aku sebab baju banyak dan karpet tu kotor. Memang sah ayah mertua yang buat. Aku basuh balik semua baju tu. Nak kata dia pembersih dan kemas, taklah juga.

Kalau naik kereta tu, dia campak je sampah ke luar tingkap. Bilik dia pun sama. S4kitnya tu di sini. Yalah, ni rumahnya dan kami menumpang. Dia boleh buat apa yang dia nak. Tapi dengan cucu, budak pun dia sanggup buat begitu. Padahal dia baik je dengan cucu – cucu. Beli mainan semua.

Tapi bila tiba ego dan angin dia, macam orang tak w4ras berfikir pun ada. Aku? Diam jelah depan ayah dan luahkan di sini je. Suami pun kesal dengan sikap ayahnya. Tapi apa boleh buat, orang tua. Kena str0k pula tu. Dah tujuh tahun jalan capik. Orang lain kena str0k dah lega, dia masih macam tu.

Doktor suruh genggam bola lembut untuk latihan tangan. Dia maki balik, kata orang giIa pun boleh buat. Padahal dia ada PhD. Bekas pensyarah di universiti awam terkenal dan ustaz. Namun egonya mengatasi segala – galanya. Pagi – pagi lagi dah telefon orang sana sini, nak mengata dan mengutuk orang lain. Yang keluar dari mulutnya hanya benda tak baik. Politik 24 jam.

Cakap saje siapa nama ahli politik yang tak dia maki hamun. Tak cukup tu, ustaz – ustaz, penceramah agama yang selalu keluar dekat Televisyen tu pun semua dia tak puas hati. Dia je yang paling betul dan sempurna. Aku okey je duduk rumah ni. Selesa walaupun duduk dengan ipar biras. Gembira dan meriah. Cuma rasa tak seronok duduk dengan orang t0ksik macam ayah mertua.

Kesian aku pada anak – anaknya, selalu kena maki hamun. Contohnya, kena maki malamnya. Esok paginya tetap setia bawa ayah mereka pergi makan sebab dia suka makan di luar. Masakan di rumah dia kurang gemar. Mereka juga cuci bilik air ayah dan kemas bilik ayah.

Aku rasa tu semua hasil didikan mak mereka. Mak mertua aku yang sangat baik. Dua puluh tahun bersabar dengan sikap ayah. Memang sikapnya dari dulu macam tu, walaupun akhirnya bercerai juga. Setahun selepas bercerai, ayah mertua kena str0k. Mak mertua memang macam tu. Suka sangat beralah.

Biar orang buat jahat pada kita, jangan kita balas. Kes anak aku tu, aku rasa ia akan jadi antara kenangan yang dia akan ingat sampai tua. Yalah, kita semua ada kenangan zaman kanak – kanak yang kita tetap ingat sampai sekarang. Kenangan yang memberi kesan pada hati.

Saja je nak kongsi. Doakan aku kuat. Doakan semoga sikap ayah mertua tak diw4risi anak – anak aku. Doakan anak – anak aku ikut sikap ayah mereka, iaitu suami aku, dan nenek mereka, iaitu mak mertua aku, yang lembut hati.

Komen netizen :

Adah Firaisaa : Awak kena tahu. Biasanya str0ke ni akan bagi dua emosi kepada pes4kit. Satu, baran. Dua, sedih dan penangis. Ibu bapa aku kedua – duanya str0ke dan abah aku dapat baran, manakala arw4h ibu aku penangis. Mereka tak boleh kawal emosi tu.

Abah aku dah sihat daripada str0ke tapi kesan tu masih ada. Baran masih ada. Arw4h ibu aku macam mak mertua awak. Bersabar dan bila kena str0ke, nangis je kerjanya. Awak tahu tak betapa sengsara aku nak balancekan emosi kedua – duanya.

Masa arw4h ibu masih ada, dua – dua ni kerjanya berg4duh dan bercakar. Tapi aku sedar bagaimana keadaan mereka. Bila aku bersuami, aku explain sehabisnya kepada suami aku tentang abah dan mak aku. Dan suami aku alhamdulillah faham dan terima.

Sampai sekarang aku masih duduk jaga abah walau kadang – kadang ada waktu yang dia tak boleh kawal. Anak aku walau baru usia empat tahun, aku dah explain dan bagitahu dos and don’ts. Aku tak menangkan mertua awak, tapi bila kita tahu dia mengalami stroke, aku tahu kita yang sihat sepatutnya mengawal keadaan.

Kita pun bakal tua. Aku tak salahkan siapa – siapa. Cuma share juga cerita aku. Banyak yang aku lalui dan aku masih boleh senyum hingga hari ni sebab setiap kejadian aku dalami dan letakkan diri sebagai pelaku. Rasai dan selami. Maaf ya panjang. Aku tak nak suruh awak bersabar. Cuma kalau boleh, selami rasa hati pes4kit dan fahamkan anak – anak yang masih tak tahu erti kehidupan tu.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.