Isteri aku janda anak 2 dan aku pula bujang. Waktu tu isteri aku berumur 30 tahun dan aku berumur 36 tahun. Isteri aku besarkan anak – anak dia sendiri tanpa nafkah dari seorang suami. Kawan – kawan aku cakap tak payah bagi hantaran sebab jandakan. Selepas 2 – 3 bulan nikah, aku tanya isteri, duit hantaran tu dia buat apa..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin.. Aku selalu dengar pasal janda, asal janda je nikah tak payah hantaran, mas kahwin murah – murah je, tak perlu kenduri, tak perlu keluar duit banyak sebab dia janda, orang dah pakai.
Barang second kot tapi kalau kau beli kereta second pun tetap kena bayar kan. Ramai lelaki yang pandang rendah dengan janda kerana geIaran tu. Sebab tu bila kau kenal dengan janda, kau nak nikah tapi kau tak nak bagi hantaran, nak buat simple – simple je.
Kau tak terasa bod0h ke?? Dia tu kan bakal bini kau, yang akan jaga makan pakai minum kau kat rumah. Jadi ibu pada anak – anak kau nanti, kenapa kau perlu pertikaikan semua tu terutama hantaran. Aku kadang – kadang tak boleh nak faham dengan lelaki yang jenis macam tu.
Apa salahnya kau tanya hantaran dia berapa, kalau kau ikhlas menerima dia sebagai janda, kau tak akan pertikaikan hantaran tu. Janda pun ada harga nilai diri. Sebab aku, isteri aku, dia janda anak 2 dan aku pula bujang.
Waktu tu isteri aku berumur 30 tahun dan aku berumur 36 tahun. Isteri aku besarkan anak – anak dia sendiri tanpa nafkah dari seorang suami. Aku terima dengan dia dengan anak – anak dia. Sebelum nikah aku ada tanya dia, berapa hantaran awak, isteri aku cakap terpulang pada aku.
Maksud dia ikutlah janji ada. Jadi 5 bulan gaji aku simpan, aku bagi dia hantaran RM 6,000 dan untuk mas kahwin pulak RM 4,000. Itu ikut kemampuan aku masa tu, walaupun ada je kawan – kawan aku cakap tak payah bagi hantaran sebab janda kan, walapun dia janda dia ada harga diri bro.
Bila dah nikah, selepas 2 – 3 bulan aku tanya isteri aku, duit hantaran tu dia buat apa, isteri aku jawab, “Masa buat doa kesyukuran nikah kita hari tu kat rumah saya, saya pakai duit tu lah, pelamin mini, mekap baju, dan nikah gambar, kalau tak ada hantaran tu mana saya nak bayar semua tu. Kalau tak mesti kita akad nikah je,” aku pun peIuk wife aku.
Bro, kalau kau ikhlas kau tak akan berkira tu bakal bini kau.. Bagi aku sama je d4ra ke janda. Harga diri tetap harga diri. Kalau tak mampu jangan nikahlah senang. Sekarang isteri aku tengah mengandung baby kembar..
Anak tiri aku alhamdulillah seronok dan boleh terima aku jadi abi diorang.. Walapun aku rasa janggaI pada awalnya, sekarang alhamdulillah. Anak – anak aku boleh terima aku, kehidupan aku jauh lebih baik..
Orang cakap beli satu percuma dua, sekarang tengah tunggu lagi dua. Cepatkan! Terima kasih isteri ku Haura Natasha dan anak – anak abi, Arya Nabila dan Aryan Nasir kaulah penyeri hidup abi.. Korang semua semangat abi..
Komen Warganet :
Norlizayati Lz : Alhamdulillah.. kadang – kadang bukan lelaki yang tak nak bagi tapi janda tu sendiri yang memilih untuk tak nak. Contohnya aku, masa nikah kali ke-2 aku hanya minta mas kahwin RM33 sebab kebetulan nikah pada hari jadi aku waktu umur 33 tahun dan aku minta jadi pend4mping aku sebagai suami yang menyenangkan hati, itu je. InshaAllah.. Aamiin. Sekarang baru nak masuk 4 tahun usia perkahwinan kami..
Ayu Hanna : Aku pon janda jugak suami bujang. Kami ni tak berapa nak sangat hantaran tu janji nikah sebab atas pengalaman lama buat apa la nak berhabis kat majlis yang berapa jam tu. Hidup panjang lagi, yang penting kehidupan lepas kahwin tu tanggungjawab tu yang kami lebih risaukan.
Aku tak hairan orang nak kata apa biarlah janji aku bahagia dengan kehidupan baru. Suami aku siap nak bagi RM10k tapi abang long aku sebagai wali tak nak hantaran banyak – banyak cukup mas kahwin ja tapi suami aku beri sikit la duit untuk makan majlis. Alhamdulillah 2 bulan ja persiapan tarikh bertunang jadi tarikh nikah terus.
Rose Jelembai : Yang janda tu dah sah – sah janda. Janda sebab cerai hidup atau cerai m4ti. Tapi maru4h dia tetap sama dengan wanita lain. Jangan pandang h1na dengan orang yang janda. Yang belum kahwin tu belum tentu betul – betul d4ra. Lagi teruk kita tak tau siapa si pen3buknya. Tolong horm4ti kami.
Susilawati Sudrajat : Hanya orang toIol yang memandang rendah janda. Tengok Nabi Muhammad, manusia agung pun tak sombong, beliau menikahi janda b4hkan sangat mencintainya. Sekarang pula banyak lelaki toIol yang berIagak, tak hargai janda, padahal cakap je lah, lelaki miskin meIarat sengs4ra makanya tak mampu bagi duit hantaran.
Saya dulu pun janda anak dua, ketika nikah untuk kedua kali, suami bagi hantaran, mas kawin yang lumayan b4hkan sangat besar. Sekarang tengok suami saya, karier sem4kin meningkat, gaji naik. Itu berkat menikahi janda dengan ikhlas.
Niat ibadah berumah tangga. Saya memang tak minta duit hantaran pun, tapi beliau sendiri yang faham. Jadi untuk lelaki miskin berIagak di luaran sana, kalau tak mampu kahwin, jangan nak kahwin, pastu mengh1na janda.
Mie Salleh : Lelaki ni sebenarnya tak tengok pun status perempuan, asalkn perempuan tu baik, ikhlas, sanggup bersama suka duka dan saling memahami. Lelaki bujang teruna ni tak kisah pun, malah memberi kasih sayang kepada anak tiri pun sanggup dengan anggap macam anak sendiri. Harap wanita yang bergeIar janda ni beri penghargaan dan jaga betul – betul jika dapat suami sebegini, susah woo nak jumpa.
Cik Puan Julieta : Respect lelaki macamni. Alhamdulillah lelaki yang tahu menghargai perempuan, tak pandang rendah pada perempuan walaupun bergeIar janda. Janda – janda pun, janda tu jugalah nak jaga makan minum suami.. Ada janda lagi baik, lagi bagus dari anak d4ra dalam menguruskan hal rumahtangga. Kenapa nak berkira bab hantaran?
Nur Latifah : Memang ada jenis member mcm ni.. tapi selagi namanya ikhlas tiada isu pon untuk menghalang kita mendirikan masjid dengan sesiapa pon. Ingat nikah itu kerana Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.